You are on page 1of 6

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH

Sebelum pentaksiran dilaksanakan, guru perlu mengetahui proses pelaksanaan pentaksiran bagi
memudahkan guru membuat persediaan dari segi item yang ingin dinilai, kaedah yang akan
digunakan dan murid yang akan diperhatikan. Proses pelaksanaan pentaksiran yang dimaksudkan
adalah seperti berikut :

1. Merancang - Sebelum menjalankan pentaksiran, guru perlu :

a) Mengenal pasti murid yang hendak dinilai

b) Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai

c) Menentukan instrument yang hendak digunakan.

d) Menentukan aspek yang hendak diperhatikan

e) Menentukan tempoh pemerhatian

f) Menentukan masa untuk menjalankan penilaian dan pentaksiran.

2. Membina Instrumen- Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

a) Tujuan yang jelas

b) Menepati perkara yang hendak dinilai

c) Boleh diukur

d) Setiap item mengukur satu kemahiran sahaja

3. Melaksanakan pentaksiran

Dalam pendidikan prasekolah, pentaksiran dan penilaian dilakukan melalui pemerhatian.


Pemerhatian merupakan satu kaedah yang sering digunakan untuk mengumpul maklumat atau
evidens. Permerhatian terhadap perlakuan murid ini dilakukan secara bersahaja tanpa pengetahuan
mereka. Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan murid yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang
sistematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Melalui
pemerhatian, guru boleh melihat tingkah laku murid iaitu 3 Garis Panduan Pengurusan Prasekolah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia 2012. 25 tingkah laku yang
boleh diperhatikan dan dinilai contohnya bermain bersama rakanrakan. Guru juga boleh melihat
perbualan murid-murid. Perbualan disini bermaksud interaksi lisan yang boleh diperhatikan dan
dinilai contohnya perbualan seorang murid dengan rakan-rakannya ketika bermain atau menyiapkan
tugasan yang diberikan. Selain membuat pemerhatian terhadap tingkah laku dan perbualan murid,
guru juga boleh membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Hasil kerja murid yang
dimaksudkan adalah lembaran kerja murid, lukisan, buku skrap dan apa jua bahan yang boleh
diperhatikan dan dinilai. Pelaksanaan pentaksiran di prasekolah memerlukan guru membuat
pengumpulan maklumat melalui pelbagai kaedah yang bersesuaian untuk menilai perkembangan
murid berkaitan dengan pelbagai aspek perkembangan mereka. Hills,1993 menyatakan bahawa
pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam mengumpul maklumat mengenai
perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka,. Pentaksiran dapat mengenalpasti
signifikannya matlamat dan objektif pendidikan serta menggunakan maklumat yang ada untuk
merancang program yang berkaitan dengan kanak-kanak terutama dalam aspek pemerhatian dan
pengukuran yang dibuat ke atas diri kanak-kanak. Oleh itu, setiap maklumat yang diperolehi perlulah
direkodkan.

4. Merekod

Merekod adalah satu aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan,
kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid. Salah satu kaedah merekod ialah melalui senarai
semak. Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Antara tujuan senarai semak
digunakan adalah untuk merekod sesuatu tingkah laku atau ciri yang dapat diperhatikan, merekod
sesuatu perlakuan yang telah dilakukan dan merekod kekerapan sesuatu tingkah laku yang
dilakukan. Terdapat tiga jenis rekod lagi yang boleh digunakan untuk merekod pemerhatian yang
dijalankan. Tiga jenis rekod tersebut ialah skala kadar, rekod anekdot dan rekod berterusan.

i. Skala kadar

Skala kadar ialah satu instrument yang digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Skala boleh dinyatakan secara angka atau gred.

ii. Rekot anekdot

Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk
menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana ia berlaku. Untuk menggunakan rekod anekdot,
guru perlu membuat pemerhatian terhadap setiap tingkah laku murid yang signifikan.

iii. Rekod berterusan

Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat terhadap individu
atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap pelakuan dan apa-apa
yangditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian secara terperinci ini
biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit. Untuk menyediakan Rekod Berterusan,
guru perlu fokus kepada murid yang ingin diperhatikan, menentukan item yang ingin difokuskan
semasa pemerhatian dan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Di samping
itu, guru juga perlu memastikan setiap perlakuan dicatatkan dengan jelas, tepat dan padat mengikut
urutan.
5. Penyimpanan maklumat

Segala maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian yang sistematik direkod dan dikumpulkan
dalam portfolio. 4 Tujuan portfolio adalah untuk merekod pengalaman, usaha, kemajuan dan
kejayaan yang diperoleh murid secara sendirian serta bersama-sama rakan lain. Portfolio boleh
dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan
pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama-sama ibu 4 (Modul Pentaksiran
Perkembangan Murid di Prasekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia 2010 ) 27 bapa murid untuk memaklumkan perkembangan dan kemajuan anak mereka.
Untuk memaklumkan perkembangan dan kemajuan kepada ibu bapa murid, guru perlu membuat
pelaporan.

6. Pelaporan

Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat penilai dari semasa ke semasa tentang
perkembangan melibatkan pengetahuan am, kemahiran, penilaian nilai, sikap dan pencapaian
murid. Pelaporan perlu dilakukan dari semasake semasamengikut keperluan untuk membolehkan
guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Dalam hal ini, guru seharusnya
memerhatikan perkembangan murid secara lebih teliti berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh dan
ketrampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka. Untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan
di prasekolah berjaya, guru perlu memahami proses pentaksiran dan bagaimana pelaksanaannya
supaya setiap pentaksiran yang dijalankan ke atas murid tidak berhadapan dengan banyak masalah.
Sehubungan itu, pentaksiran harus dilaksanakan dengan jayanya di prasekolah supaya setiap
perkembangan murid dapat direkod, dibuat pelaporan seterusnya dijalankan tindakan susulan yang
sesuai dengan tahap perkembangan murid.

7. Tindakan susulan / aktiviti bimbingan

Dalam proses terakhir ini, guru perlu memastikan kelebihan murid dalam pencapaian perlu
diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti penggayaan manakala kekurangan tahap pencapaian
murid perlu dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya. Disamping itu, guru juga perlu memantau
perkembangan murid-murid seadilnya secara individu, kumpulan dan kelas melalui proses
pembelajaran dan yang paling penting memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak
mereka untuk mendapat sokongan dan bimbingan tambahan di rumah. 28 Melihat kepada proses
pentaksiran itu sendiri, dapat dibuat kesimpulan bahawa pentaksiran amat penting dalam
pendidikan prasekolah kerana ia dapat membantu guru menilai perkembangan murid-murid dan
menetukan apakah tindakan susulan yang perlu diambil untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah dalam permbelajaran dan beberapa aspek perkembangan lain yang melibatkan
emosi, jasmani, rohani, intelektual dan sosial.
Masalah ptaksirsn prasekolah

Pelaksanaan pentaksiran memerlukan guru mempunyai pengetahuan dan pendedahan yang cukup
terutama dari segi proses pentaksiran dan penggunaan kaedah-kaedah untuk tujuan pengumpulan
data. Namun, pentaksiran prasekolah hari ini masih lagi tidak dapat dijalankan dengan baik kerana
beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru prasekolah. Hasil kajian yang dijalankan oleh Nordin et
al. (2000) mendapati guru menghadapi beberapa masalah sewaktu melaksanakan penilaian di
peringkat prasekolah.Antara masalah yang dimaksudkan ialah guru tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk melaksanakan pentaksiran di prasekolah akibat kekangan masa. Menurut Nor
Hashimah dan Khadijah ( 2000 ) guru tidak mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap
pelajar ketika pelaksanaan Pendidikan Islam dan Moral di peringkat prasekolah. Hal ini kerana,
dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru mempunyai masa yang terhad kerana pada masa
yang sama, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar,
menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dan
sebagainya. Tugas guru prasekolah contohnya tidak terhad di dalam kelas semata-mata tetapi
melibatkan keseluruhan kawasan dalam dan luar kelas prasekolah. Kesibukan tugas sebagai guru
prasekolah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kejayaan pelaksanaan pentaksiran yang baik di
prasekolah. Bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh guru ditambah pula dengan jumlah murid
yang ramai dan mempunyai pelbagai karenah menjadikan tugas mentaksir menjadi semakin rumit.
Menurut Fatimah Salleh (1994), tidak semua orang sanggup melayani karenah kanak-kanak yang
datang dari pelbagai latar belakang, sosioekonomi dan budaya. Hanya guru yang mempunyai niat
yang ikhlas, sabar dan berilmu yang mampu menjadi guru prasekolah yang baik dan berwibawa.
Pendidik prasekolah mempunyai peranan penting dalam menunjang perkembangan dan
pembentukan peribadi kanakkanak ( Widjaja, 2003). Mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab
sebagai tenaga pengajar, pendidik, pengasuh dan ada kalanya berperanan lebih dari ibu bapa.
Menurut Siti Saleha Samsuri dan Surayah Zaidon, dalam kajiannya menyatakan 30 bahawa peranan
guru prasekolah selain pengganti ibu bapa, model dan pengajar, juga adalah sebagai pengurus yang
berkebolehan untuk mengendalikan kanak-kanak, kelas dan tugas-tugas lain yang berkaitan
pentadbiran prasekolah.

Selain daripada kekangan masa dan bebanan kerja guru, masalah dalam pentaksiran juga berlaku
akibat guru tidak berkemahiran menggunakan kaedahkaedah untuk merekod maklumat yang
diperolehi. Kajian Rohaty ( 1996 ) bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers
menunjukkan guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis kaedah penilaian
perkembangan kanakkanak. Oleh kerana guru-guru kurang pendedahan dan latihan terhadap
pelaksanaan penilaian, mereka tidak menggunakan pelbagai kaedah penilaian dalam menjalankan
pentaksiran. Kajian Mohamad ( 1993 ) berjudul Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan
Kurikulum Prasekolah yang dijalankan ke atas 12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru
Tabika Perpaduan mendapati aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun
guru menghadapi kesukaran mengendalikannya akibat kurang kemahiran menggunakan kaedah-
kaedah dalam pentaksiran. Kajian di Malaysia menunjukkan penilaian yang dijalankan di kebanyakan
tadika lebih banyak menjurus pada perkembangan akademik dan kognitif. Guru banyak memberi
tumpuan pada persediaan dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. Tiada rekod yang sistematik
digunakan untuk mencatat tentang perubahan sikap, emosi, tingkah laku atau amalan kanak-kanak
secara terperinci. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa lebih memberi perhatian kepada aspek
kognitif kanak-kanak seperti pencapaian dalam pembacaan dan nombor. Aspek-aspek seperti sikap,
emosi, tingkah laku hanya dibincangkan dengan ibu bapa yang bertanya dan berminat untuk
mengetahui perkembangan anak-anak mereka. Kajian Rohaty (2003) mendapati penggunaan
penilaian lebih menumpu pada melaporkan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa, sedangkan
ianya mempunyai skop yang lebih luas. Penilaian dijalankan secara formal dengan cara menduduki
ujian yang kemudiannya diberikan gred markah dan kedudukan. Kesan dari kemasukan gred dan
markah adalah penglabelan ke atas kanak-kanak secara langsung terlalu awal. Melabel kanak-kanak
hasil satu dua ujian adalah perbuatan yang tidak sesuai. Ianya boleh memberikan tekanan kepada
ibu bapa dan guru yang inginkan anak-anak mereka maju. 31 Masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelaksanaan pentaksiran di prasekolah. Secara tidak
langsung, ia akan memberi kesan kepada perkembangan murid-murid prasekolah jika masalah ini
berterusan. Memang tidak dapat dinafikan, pelaksanaan pentaksiran terhadap kanakkanak bukanlah
semudah yang disangka. Terdapat banyak masalah dan kekangan yang terpaksa dilalui oleh guru
selaku penilai perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, masalah-masalah ini perlu diberi perhatian oleh
pihak berwajib dan mencari jalan untuk menyelesaikannya secepat mungkin terutama dari aspek
guru kurang berkemahiran menggunakan kaedah-kaedah dalam pentaksiran.

CADANGAN-CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan yang dirasakan dapat membantu guru menangani beberapa masalah
melaksanakan pentaksiran di prasekolah. Diharapkan cadangancadangan ini dapat membantu guru
mengendalikan pentaksiran dengan baik. Cadangan-cadangan tersebut ialah :

1. Guru kurang kemahiran

Untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman guru tentang pelaksanaan pentaksiran, pihak-
pihak yang berwajib perlu membuat pemantauan tentang sejauhmana pelaksanaan pentaksiran di
prasekolah dan apakah masalahmasalah yang dihadapi oleh guru.Melalui cara ini, guru dapat
dibantu contohnya dengan mengadakan taklimat atau kursus yang bersesuaian untuk melaksanakan
pentaksiran dengan jayanya.

2. Bebanan tugas guru dan kekangan masa

Dalam hal ini, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dicadangkan didedahkan dengan pelaksanaan
pentaksiran di prasekolah supaya mereka dapat membantu guru melaksanakan kaedah merekod
seperti menggunakan rekod anekdot, rekod berterusan dan senarai semak

Kerjasama daripada ibu bapa


Para informan mengakui bahawa untuk menjalankan pentaksiran yang lebih
dipercayai dan autentik, penglibatan ibu bapa juga adalah penting. Para pendidik boleh
menjalankan pemerhatian dan pentaksiran sewaktu kanak-kanak di berada di taska dan ibu
bapa juga perlu memerhati dan mengesan perkembangan kanak-kanak semasa berada di
rumah. Maka dengan itu, dapatan pentaksiran tersebut akan lebih berkualiti, boleh
dipercayai dan lebih autentik.
Isu dan cabaran yang dihadapi dalam pentaksiran kanak-kanak di taska ianya mendapatkan
kerjasama daripada ibu bapa. Pihak taska memberikan Buku Log Perkembangan Kanak-
Kanak yang mengandungi Senarai Semak Perkembangan yang telah diisi oleh para pendidik.
Buku log itu diserahkan kepada ibu bapa agar pemerhatian dan pentaksiran yang seterusnya
dapat dijalankan di rumah. Akan tetapi, sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa masih
sukar untuk diperolehi.
Menurut informan P2, borang tersebut tidak ditanda dan jika ditanda pun hanya sekadar
menanda sahaja. Akhirnya para pendidik juga yang akan menjalankan semua pemerhatian
kerana tiada pemerhatian dan pentaksiran dijalankan di rumah. Tujuan pendekatan ini
diadakan adalah untuk meningkatkan kebolehpercayaan dapatan pentaksiran dan juga proses
untuk membuat keputusan yang kolektif berkenaan tindakan susulan yang akan diberikan
kepada setiap kanak-kanak.

“saya bagi borang pemerhatian untuk parent pantau anak kat rumah, tetapi tak ramai pun
yang buat. Ada yang hantar pun just tick sahaja tak ada catatan pun. Sudahnya nanti kami
cikgu juga yang kena tick semua borang-borang tu…" (P2)
kanak-kanak. Mereka hanya faham taska ini hanya tempat untuk mengasuh anak mereka
semasa mereka bekerja. Ibu bapa menganggap tugas pendidik taska hanya untuk mengasuh
sahaja. Tidak perlu untuk mendidik, merancang aktiviti pembelajaran apatah lagi
menjalankan proses pentaksiran. Salah faham ini harus ditangani dengan segara kerana
pentingnya untuk potensi kanak-kanak itu dikenalpasti seawal mungkin agar boleh
dikembangkan ke tahap yang lebih optimum. Sehubungan dengan itu, informan S1
mencadangkan agar usaha advokasi dan penerangan harus digerakkan secara berkala
untuk membetulkan salah faham ini serta menyedarkan masyarakat mengenai
pentingnya untuk melaksanakan pentaksiran secara kolaboratif.
Selain itu, informan O1 juga memberikan cadangan agar kecanggihan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dimanfaatkan dalam pentaksiran perkembangan kanak-kanak
secara kolaboratif dan kolektif. Perlunya ada sistem atau aplikasi mudah alih yang boleh
digunakan oleh pendidik dan ibu bapa untuk memerhati dan menaksir kanak-kanak. Maka
dengan itu, masing-masing boleh memainkan peranan dengan lebih baik, teratur dan
berkesan.

You might also like