You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SJKT LADANG TEBRAU
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH
BAGI SESSI PERSEKOLAHAN 2020

TARIKH : 03.07.2019
MASA : 11.30 Pagi
TEMPAT : Bilik Prasekolah
KEHADIRAN :
1. En.Gnanasekarn(Guru Besar)
2. Pn.Glory Jiva( PK Pentadbiran )
3. En.Parwathi ( PK HEM )
4. Pn.K.Lachemi ( Guru Prasekolah)
5. Pn.Kumkumadevi ( wakil Guru )
6. En.S.Suresh ( Wakil AJK Permuafakatan Pra )
Turut hadir :
Tiada
Tidak hadir :
Tiada
Urusetia Mesyuarat :
1.Pn.Lachemi Kalimuthu( Guru Prasekolah)

1.Perutusan Pengerusi
1.1 Penerangan ringkas tentang tujuan perjumpaan oleh pengerusi mesyuarat
kepada Jawatan kuasa pemilihan prasekolah 2019.
- Syarat Pemilihan Murid prasekolah adalah berdasarkan :
a) Kanak-kanak berumur 6 tahun dan 5 tahun .

Tindakan : Makluman Kepada Semua


jawatankuasa
2.Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat 3/19.
2.2 Minit mesyuarat lalu telah dicadang oleh Pn.Kumkumadevi dan disokong
oleh Pn.Glory jiva untuk diterima dan disahkan.

3.Perkara-Perkara Berbangkit
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

-Tiada-

4.Pembetangan Kertas kerja /isu/laporan


4.1 En.Gnanasekarn ( Guru Besar ) memohon agar jawatankuasa Pemilihan
dapat memberi keutamaan pada calon yang berumur 6 tahun dan dari
keluarga ibu tunggal serta yang berpekapita rendah dahulu berbanding
calon lain dan usul ini diterima sebulat suara oleh jawatankuasa pemilihan.
Tindakan : makluman Kepada Semua
Jawatankuasa

4.2 Jawatankuasa Pemilihan telah sebulat suara melakukan pemilihan


berdasarkan borang permohonan dan dalam masa yang sama mengenal
pasti ketelusan borang permohonan. Supaya tidak berlaku maklumat
pendapatan yang tidak sewajarnya ( penipuan )

4.3 Antara kriteria yang dinilai ialah :


a) Berumur 6 tahun
b) Keluarga ibu tunggal
c) Pendapatan bulanan & Perkapita keluarga
d) Sumber pendapatan lain
e) Dari keluarga senang ( berada )
f) Harta ATAU Aset yang ada
g) Maklumat yang meragukan (KEWARGANEGARAAN)

Tindakan : Makluman Kepada Semua


Jawatankuasa

4.4 Setelah proses pemilihan , jawatankuasa bersetuju memilih 1 calon yang


layak permohonannya .
Tindakan : Makluman Kepada Semua
Jawatankuasa

4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa surat tawaran , surat penolakan dan surat
calon simpanan akan diserah kepada calon selewatnya pada bulan Oktober

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

nanti. Dan surat tersebut akan diedar melalui Jawatankuasa Pemilihan


untuk diserah kepada calon yang memohon.

Tindakan : Guru prasekolah

5.Hal-hal lain

5.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa satu perjumpaan bersama ibu bapa
calon yang layak akan diadakan sejurus selepas surat tawaran diedarkan.
Surat tawaran mestilah diserah semula kepada pihak pengurusan prasekolah
untuk direkod. Ibu bapa yang gagal menyerahkan kembali surat penerimaan
tawaran akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran kemasukan ke prasekolah
SJKT Ladang Tebrau dan peluang akan dibuka kepada calon simpanan.
Tindakan : Guru Prasekolah
6.Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan bantuan
maklumat yang diberikan oleh Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih murid
prasekolah Tahun 2020.

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah sessi 2020 ditangguhkan pada 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,
LACHEMI KALIMUTHU
Mesyuarat AJK permuafakatan ibu bapa prasekolah..
Tarikh : 04.07.2019

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like