You are on page 1of 4

.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH

KALI PERTAMA

BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2021

PERKARA : Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah SK Muzaffar Syah

Sesi Persekolahan 2021

TEMPAT : War Room

TARIKH : 19 Julai 2020

MASA : 12:00 Tengahari

KEHADIRAN :

1. Pn. Fazilah binti Hassan (Guru besar)


2. Pn. Julaila binti Selamat (GPK Pentadbiran)
3. Pn. Affidah binti Afandi ( GPK HEM )
4. En. Muhammad Iftitah bin Mustafa ( Guru Prasekolah)
5. Pn. Nadia Zuleikha binti Johari( Guru Prasekolah )
6. Pn. Rosmayati binti Sonip (PPM)
7. Pn. Noor Nazihah binti Sharif (PPM)

LAPORAN MINIT MESYUARAT

1. Ucapan aluan dari Pengerusi mesyuarat.


2. Penerangan ringkas tentang tujuan perjumpaan oleh pengerusi mesyuarat kepada
Jawatan kuasa pemilihan prasekolah sesi 2021.
- Syarat Pemilihan Murid prasekolah adalah berdasarkan :
a) Kanak-kanak berumur 6 tahun ( keutamaan ), 5 tahun dan 4 tahun

Tindakan : Makluman Kepada Semua


jawatankuasa
3. En. Muhammad Iftitah memohon agar jawatankuasa Pemilihan dapat memberi
keutamaan pada calon dari keluarga yang berpekapita rendah dahulu berbanding calon
lain. Dan usul ini diterima sebulat suara oleh jawatankuasa pemilihan.

Tindakan : Makluman Kepada Semua


Jawatankuasa

4. Jawatankuasa Pemilihan telah sebulat suara melakukan pemilihan berdasarkan borang


permohonan dan dalam masa yang sama mengenal pasti ketelusan borang
permohonan. Supaya tidak berlaku maklumat pendapatan yang tidak sewajarnya
( penipuan )

5. Antara kriteria yang dinilai ialah :


a) Keluarga ibu tunggal
b) Pendapatan bulanan & Perkapita keluarga
c) Sumber pendapatan lain
d) Dari keluarga senang ( berada )
e) Harta ATAU Aset yang ada
f) Maklumat yang meragukan (KEWARGANEGARAAN)

Tindakan : Makluman Kepada Semua


Jawatankuasa

6. Setelah proses pemilihan jawatankuasa bersetuju memilih 50 calon yang layak dan 4
calon ditolak permohonannya .
Tindakan : Makluman Kepada Semua
Jawatankuasa

7. Pengerusi memaklumkan bahawa surat tawaran , surat penolakan dan surat calon
simpanan akan diserah kepada calon selewatnya pada bulan November nanti. Dan
surat tersebut akan diedar melalui Jawatankuasa Pemilihan untuk diserah kepada calon
yang memohon.
Tindakan : Pn.Nadia

8. Pengerusi juga memaklumkan bahawa satu perjumpaan bersama ibu bapa calon yang
layak akan diadakan sejurus selepas surat tawaran diedarkan. Surat tawaran mestilah
diserah semula kepada pihak pengurusan prasekolah untuk direkod. Ibu bapa yang
gagal menyerahkan kembali surat penerimaan tawaran akan dianggap sebagai
MENOLAK tawaran kemasukan ke prasekolah SK Muzaffar Syah dan peluang akan
dibuka kepada calon simpanan.

Tindakan : Guru
Prasekolah

9. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan bantuan maklumat yang
diberikan oleh Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih murid prasekolah Tahun 2021.
10. Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah sesi 2021 ditangguhkan pada 1.00 petang.

Disediakan Oleh: Disahkan oleh:

…………………………………… ……………………………………
………….. …………..
(NADIA ZULEIKHA BINTI (FAZILAH BINTI HASSAN)
JOHARI) Guru Besar
Guru Prasekolah SK MUZAFFAR SYAH

You might also like