You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAJLIS PERWAKILAN

PELAJAR (MPP)

Bil. 2 Tahun 2021

Tarikh :29 April 2021 (Khamis)


Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Tempat : Bilik MPP, Kolej Vokasional Muar

Hadir:

1. Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar


Pn. Hjh. Alina @ Elena binti Hassan
2. Penyelaras MPP
En. Mohd Ezlan bin Mohd Ahwan
3. Setiausaha 1
Pn. Nor Amira Idayu binti Miswadi
4. Setiausaha 2
Pn. Nur Syafiqah Maisara binti Ismail
5. AJK
Pn. Fatimatulzahrah binti Mohd Zulkifli

Hadir Bersama: -

Tidak Hadir:

1. AJK
Pn. Hjh. Rozidah binti Ruslei
2. AJK
En. Noor Iskandar bin Hasan
3. AJK
Pn. Soriani binti Mohd Tabiee
4. AJK
En. Wirahadi bin Ali

Urus Setia:

1. Penyelaras MPP
En. Mohd Ezlan bin Mohd Ahwan
2. Setiausaha
Pn. Nor Amira Idayu binti Miswadi
3. Setiausaha
Pn. Nur Syafiqah Maisara binti Ismail

(i) Ucapan Pengerusi

Pengerusi mesyuarat, En. Mohd Ezlan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
pensyarah-pensyarah pada mesyuarat MPP hari ini.
(ii) Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat yang lepas disahkan oleh Pn. Fatimatulzahrah dan disokong oleh
En. Mohd Ezlan.

(iii) Perkara-Perkara Berbangkit

Tiada

(iv) Pilihanraya MPP 2021

4.1 Pengerusi memaklumkan pilihanraya MPP akan diadakan dalam masa yang
terdekat ini. Tetapi pembubaran JK MPP yang terdahulu mesti dilaksanakan
sebelum pilihanraya MPP berlansung.
Makluman : Semua Pensyarah

4.2 Pengerusi memaklumkan pihak Lembaga Teknologis Malaysia atau Malaysia


Board of Technologies (MBOT) meminta sekurang-kurangnya ada setiap wakil
MPP daripada setiap program yang akan dilawati oleh MBOT nanti.
Makluman : Semua Pensyarah

4.3 Pengerusi telah berbincang dengan Pn. Nor Amira Idayu berkaitan kerjasama
dengan Ketua Program dan pensyarah-pensyarah program untuk mencalonkan 7
orang pelajar daripada setiap program untuk Pilihanraya MPP akan datang.
Semua ahli mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan tersebut.
Makluman : Semua Pensyarah

4.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa Pilihanraya MPP kali ini akan dibuat secara
dalam talian dengan menggunakan Google Form. Calon-calon MPP akan merekod
video untuk membentangkan manifesto mereka dan akan dikumpulkan oleh JK
Plilihanraya MPP.
Makluman : Semua Pensyarah

4.5 Pengerusi memaklumkan tarikh-tarikh berkaitan Piliharaya MPP seperti berikut


setelah mendapat kata putus dan persetujuan daripada semua ahli mesyuarat:
a) Pembubaran JK MPP yang sedia ada : 5 Mei 2021 (Rabu)
b) Pembentangan manifesto : 17 Mei 2021 (Isnin)
c) Pilihanraya MPP : 19 Mei 2021 (Rabu)

Makluman : Semua Pensyarah

(v) Hal-hal Lain

Tiada

(vi) Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.


Disediakan oleh, Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ................................................ ...........................................


(Pn. Nor Amira Idayu binti . (En. Mohd Ezlan bin Mohd
Miswadi) (Pn. Nur Syafiqah Maisara Ahwan)
Setiausaha1 MPP, binti Ismail) Penyelaras MPP,
Kolej Vokasional Muar Setiausaha 2 MPP, Kolej Vokasional Muar
Kolej Vokasional Muar

You might also like