You are on page 1of 7

Fungsi Bahasa Melayu Moden

Terdapat empat fungsi Bahasa Melayu moden iaitu:

 Bahasa Kebangsaan

 Bahasa Rasmi

 Bahasa Perpaduan

 Bahasa Ilmu
Bahasa Kebangsaan
• Perkara 152, Perlembagaan Malaysia – Bahasa Melayu
ialah kebangsaan
•Digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan
warganegara yang berbilang kaum
•Perlu bagi melambangkan identiti yang sama bagi
semua kaum yang tinggal di Malaysia.
•Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sejak
berzaman lamanya dan dipertuturkan oleh sebilangan
besar penduduk termasuk yang bukan Melayu.
Bahasa Rasmi
• dipilih sebagai bahasa rasmi selepas tahun 1969
• Bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi dalam
bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan,
pendidikan, perdagangan dan perusahaan
• fungsi Bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan dan
pentadbiran:
a) sebagai bahasa lisan para kakitangan kerajaan pada semua
peringkat pentadbiran semasa menjalankan urusan rasmi negara
b) sebagai media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan
di antara jabatan kerajaan
c) digunakan dalam semua rekod kerajaan
d) sebagai media untuk menulis undang-undang dan peraturan
negara
e) digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan
Bahasa Perpaduan
• Garvin dan Mathiot (1968) memberikan tiga fungsi simbolik bahasa
baku iaitu:
i. Fungsi penyatuan – Bahasa Melayu baku bertindak sebagai alat
yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan
berbagai-bagai dialek bahasa yang sama. Ini dapat menyatukan
mereka ke dalam satu masyarakat pertuturan.
ii. Fungsi pengasingan – Bahasa Melayu baku bertindak sebagai
variasi bahasa yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada
bahasa yang sama dapat melambangkan identiti kebangsaan.
iii. Fungsi prestij – dapat mewujudkan satu bahasa baku yang
menimbulkan perasaan atau semangat megah terhadap negara.

• Ketiga-tiga fungsi tersebut dapat menyatukan penduduk dan


peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan
melalui dasar pelajaran kebangsaan.
Bahasa Ilmu
• digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan
•Dasar Pendidikan 1981- Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar dalam semua peringkat persekolahan
•Tahun 1983 – semua kursus tahun pertama di universiti-
universiti tempatan menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.
•Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras di sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil – dapat memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk
melalui penggunaan satu bahasa.
•Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa penyalur ilmu
•Pada masa kini, banyak buku-buku akademik yang ditulis
dalam Bahasa Melayu- menunjukkan bahawa Bahasa Melayu
mampu berfungsi sebagai Bahasa Melayu.
….TAMAT….

You might also like