You are on page 1of 8

‘PENYARAM’:

SAJIAN DAN SIGNIFIKASI KEPERCAYAAN KEOMBO’AN DALAM PERSEMBAHAN


TEATER RITUAL MAG’BUAYA ETNIK BAJAU PANTAI TIMUR SABAH.

Sharifuddin Zainal, Mohd Kipli Abd Rahman dan Patta Ariffin Husin
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Abstrak: Penyaram merupakan sejenis kuih tradisional etnik Sabah khususnya etnik Bajau Pantai Timur. Kuih Penyaram
merupakan sejenis kuih yang dihasilkan dari tepung beras, diuli bersama gula sebelum diacu dan digoreng. Kuih
penyaram juga dikenali dengan nama Penjaram di daerah Pantai Barat Sabah; merupakan kuih yang sering dihidangkan
dalam pelbagai majlis keraian dengan kepelbagaian fungsi yang tertentu. Mag’Buaya merupakan persembahan ritual
pengubatan etnik Bajau Laut Semporna- khususnya diamalkan oleh kelompok kecil etnik Bajau Kg. Seloka Empat, Pulau
Bum Bum Semporna. Mag’Buaya adalah persembahan ritual pengubatan yang menyeru ombo’ buaya pote’ (semangat
perlindung buaya putih) yang menjadi pegangan keluarga pengamal dan diwarisi secara turun temurun. Penyaram
merupakan salah satu bahan yang penting dan merupakan satu kod bersyarat yang perlu disediakan ketika ritual
Mag’Buaya di persembahkan dan proses pengubatan dijalankan. Kuih Penyaram yang dihidangkan dan digunakan
semasa proses ritual tersebut hendaklah disediakan dengan aturan dan tertib tertentu bagi memastikan kehadiran
keombo’an dan kejayaan proses pengubatan. Penyaram merupakan sajian yang dipersembahkan kepada semangat
perlindung- juga merupakan salah satu di antara peralatan persembahan yang bersignifikasi dalam membina jambatan
yang menghubungkan dunia mikro kosmos (manusia) dan makro kosmos (Keombo’an). Melalui kajian etnografi kertas
ini akan menghuraikan fungsi dan peranan Penyaram dalam persembahan teater-ritual Tradisional Mag’Buaya Etnik
Bajau Pantai Timur Sabah. Kertas ini juga akan menjelaskan signifikasi hubungan diantara Penyaram dan kewujudan
keombo’an dengan kepercayaan kosmologi dan pandangan semester etnik tersebut. Melalui kerangka teori, teori
persembahan dan bacaan menggunakan penedekatan teori semiotik metafizik pula- kertas ini akan memperihalkan
konsep penggunaan props dalam persembahan Teater Tradisional Etnik Bajau Pantai Timur Sabah.

Kata Kunci: Penyaram, Keombokan, Mag’Buaya, Ritual Tradisi Bajau, Teater Tradisional Etnik Pantai Timur Sabah.

PENGENALAN kelompok etnik terhadap kewujudan serta pengaruh


Keombo’an dalam kehidupan mereka [11,23,24].
Mag’buaya
Mag’Buaya merupakan sebuah persembahan ritual Seperti majoriti sub-etnik Bajau Laut yang lain,
tradisional yang diamalkan oleh etnik Bajau Laut di kelompok sub-etnik Bajau Laut Kg. Seloka Empat ini
daerah Semporna Sabah. Ritual Mag’Buaya ini adalah telah mengamalkan satu kepercayaan sinkritisme-
sebuah ritual pengubatan yang diwarisi dan diamalkan kepercayaan agama Islam yang berasimilasi dengan
oleh kelompok sub-etnik Bajau Laut di Kg. Seloka kepercayaan Pagan- diwarisi daripada nenek moyang
Empat, Pulau Bum Bum, Semporna. Mag’Buaya mereka dahulu. Pada masa terdahulu, masyarakat etnik
merupakan sebutan dalam bahasa etnik Bajau Laut Bajau Laut percaya kepada semngat penjaga yang
yang bermaksud ‘ber-buaya’. Hal ini adalah ekoran mendiami alam sekeliling mereka seperti pokok,
daripada bagaimana semangat penjaga buaya putih bintang dan laut. Etnik Bajau Laut ini juga percaya
atau Keombo’an Buaya Pote’ yang diseru bagi semngat yang baik mendiami lautan dan semnagat
menjayakan proses pengubatan semasa ritual tersebut yang jahat pada kebiasaanya tinggal di daratan [19,20]
dijalankan. Seperti persembahan ritual-ritual Melalui tahap kepercayaan sinkritisme yang telah
pengubatan tradisional etnik Bajau Laut yang lain- dicapai oleh kelompok etnik ini- Ritual pengubatan
Persembahan ritual Mag’Buaya yang diamalkan oleh Mag’Buaya yang terpusat kepada kepercayaan
kelompok etnik Bajau Laut Seloka Empat ini juga, kosmologikal etnik terhadap Keombo’an tersebut
adalah terpusat kepada kepercayaan kosmologi dipersembahkan melalui satu rangkaian metafizik

Corresponding Author: Mr. Sharifuddin Zainal, FKSW, Universiti Malaysia Sabah, 0127404420, Prof Madya Mohd Kipli Abd.
Rahman, FSMP, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 0194755365. Patta Ariffin Husin, FKSW, Universiti Malaysia Sabah,
0109471837.

1
dalam ruang makro kosmos (alam Keombo’an) yang kelompok etnik Bajau Laut. Ianya dihidangkan dalam
saling bersangkut paut terpusat kepada naratif lagenda pelbagai majlis seperti perkhawinan, menyambut
Arung Salamiah1 [3,14]. Masyarakat etnik percaya kelahiran dan kenduri arwah bagi kematian. Ianya
ke’ombokan-ke’ombokan ini mempunyai kuasa dan jugak dihidangkan dengan pelbagai fungsi dan tujuan.
pengaruh yang besar dalam segenap aspek kehidupan Penyaram adalah sejenis kuih dalam kelompok apam
mereka. Oleh kerana itu persembahan ritual beras yang digoreng.
pengubatan masih kuat dimalkan dan dipersembahkan Penyaram dihasilkan daripada adunan tepung beras,
untuk pelbagai fungsi. tepung gandun, air gula apong. Bahan-bahan yang
diadunkan tersebut digoreng dalam kuali kecil dan
Ritual pengubatan Mag’Buaya merupakan sebuah dianginkan dalam kuali menggunakan lidi sehingga
ritual sakral yang dipersembahkan untuk pelbagai ianya mengembuang dan bertukar kepada warna
fungsi yang berbeza-beza antarnya adalah; 1) keperangan seperti dalam Figura 1 dibawah.
Pengubatan- ritual dipersembahkan bagi tujuan
merawat penyakit, khususnya penyakit misteri yang
berkaitan dengan alam metafizik seperti keteguran.
Menurut informan yang telah ditemubual- kelompok
etnik ini pada kebiasaanya akan mendapatkan bantuan
perubatan moden dan klinikal terlebih dahulu
sekiranya ditimpa sakit. Namun rawatan ritual
tradisional ini akan dijadikan sebagai rawatan alternatif
sekiranya rawatan moden gagal menyembuhkan
penyakit yang mereka hidapi. 2) Kominikasi- ritual
digunakan sebagai medium komunikasi diantara dua
alam iaitu alam nyata dan alam metafizik. Tujuan ini
biasanya terhasil daripada persembahan ritual bagi
tujuan Kok Taun’2. 3) Keharmonian- ritual Mag’Buaya Figura 1 Kuih Penyaram Yang Siap Digoreng
dipersembahkan bagi tujuan keharmonian dan (SUMBER:
perlindungan bagi kampung atau keluarga. Sebagai http://groupsempornamari.blogspot.com/2016/07/kuih
contoh dipersembahkan bagi melindungi kampung -penyaram-resepi-tradisional.html)
tersebut dari serangan musuh, pengganas, wabak,
bencana, musibah dan sebagainya. 4) Pemudah rezeki-
ritual dipersembahkan bagi tujuan membantu Berbeza dengan penyaram yang biasa dihidangkan di
majlis-majlis adat- penyaram yang dihidangkan dalam
memudahkan rezeki sebagai contoh bagi peniaga atau
persembahan ritual Mag’Buaya adalah penyaram yang
bagi pelajar yang menduduki peperiksaan. Ritual perlu dihasilkan sendiri oleh dayang-dayang utama
dipersembahakan agar proses mencari rezeki berjalan dengan menggunakan bahan-bahan yang semulajadi
lancar. yang dikumpul dan dihasilkan sendiri juga. Tepung
beras yang digunakan mestilah ditumbuk daripada beras
Penyaram yang telah ditidurkan semalaman melalui ritual
Penyaram merupakan sejenis kuih tradisional Mag’patuli pai. Mag patuli pai atau dalam bahasa
masyarakat Sabah, khususnya bagi etnik Bajau Laut. melayunya diterjemahkan sebagai ‘menidurkan beras
padi’ adalah satu ritual yang dilakukan sebeluam
Kuih penyaram dihidangkan secara meluas oleh
persembahan ritual Mag’Buaya dipersembahkan.
kelompok etnik Bajau laut ini dalam majlis-majlis adat Melalui Mag’patuli pai beras padi akan di jemur
dan persembahan-persembahan ritual etnik. Kuih seharian dan kemdiannya dibalut dalam nipah kelapa
penyaram merupakan satu kuih yang mempunyai sebelum ditidurkan semalaman di ruang ritual
signifikasi yang tinggi terhadap amalan budaya Mag’Buaya kemudiannya dijalankan.

1 2
Arung Salamiah merupakan sebuah lagenda dan cerita rakyat yang Kok Taun’ adalah istilah bahasa Bajau Laut yang merujuk kepada
terkenal dikalangan etnik Bajau Laut. Arung Salamiah adalah seorang kepala tahun. Ritual Mag’Buaya dijalankan sebagai kok taun’ atas
ikon puteri Bajau yang mempunyai kelebihan untuk berhubung beberapa sebab iaitu sebagai ulangtahun pegangan etnik dan yang
dengan dunia metafizik. Arung Salamiah dipercayai sebagai asal usul kedua sebagai peringatan sekiranya sepanjang tahun tidak ada ritual
kepada amalan-amalan ritual pengubtan tradisional etnik Bajau Laut. dipersembahkan atas tujuan pengubatan.
2
Pada pagi persembahan ritual Mag’Buata dijalankan daripada sebelas yang telah diusulkan Schehner
beras padi akan dibuka/dibangunkan dan ditumbuk bersignifikasi secara lansung dalam konteks kertas
untuk menghasilkan tepung beras. Air yang digunakan penyelidikan ini. Sembilan daripada sebelas tema
untuk mengadun tepung beras bagi menghasilkan
tersebut ialah:
penyaram ini juga adalah air khusus yang telah
disediakan oleh dayang-dayang dalam tempayan yang
berisi mayang pinang. Air tersebut adalah air yang • Ritual sebagai aksi, ritual sebagai
diperolehi oleh tujuh dayang suci3 dalam proses ritual persembahan.
yang dinamakan proses mencuri air sebelum ritual • Ritual manusia dan haiwan.
dimulakan. Minyak yang digunakan dalam • Ritual sebagai persembahan yang liminal.
menghasilkan penyaram Mag’Buaya ini juga adalah
munyak kelapa yang dihasilkan sendiri oleh dayang • Komuniti dan anti stuktural
utama yang bertanggungjawab dalam mempersiapkan • Masa dan ruang ritual
peralatan ritual. Pada amalan terdahulu gula juga • Pengangkutan/perhubungan dan transformasi
hendaklah dihasilkan sendiri daripada tebu yang telah • Drama sosial
didapatkan sebelum persembahan ritual, namun pada
• Potensi hibuaran (unsur tuntutan sekular dan
hari ini atas kesukaran mendapatkan tebu dan
kekurangan kemahiran menghasilkan gula, gula pasir sacred)
yang digunakan untuk menyediakan penyaram tersebut • Asal-usul/pemulaan seni persembahan
boleh dibeli dikedai oleh dayang utama atau keluarga • Perubahan atau ritual yang di rekacipta
pesakit. Jadual 1 di bawah merupakan senarai peralatan • Kegunaan ritual dalam teater, tari dan muzik.
penuh yang digunakan dalam persembahan ritual
Mag’Buaya yang perlu disediakan sebelum upacara
ritual tersebut bermula Kertas penyelidikan ini ditulis bertunjangkan kepada
lebih dari satu kaitan ritual dan persembahan seperti
Props Ritual Pengubatan Tradisional Magbuaya
1 Kain kuning 11 Air mata duyung yang dicadangkan oleh Schechner dalam kerangka teori
2 Mangkuk putih 12 Lilin persembahannya. Penyelidikan ini berkembang
3 Beras kunyit 13 Lembing berlandaskan -ritual sebagai sebuah drama sosial dan
4 Pulut putih 14 Parang persembahan liminal yang berpotensi menjadi asas dan
5 Pulut hitam 15 Tebu hutan permulaan kepada seni persembahan serta berpotensi
6 Pisang raja 16 Kemenyan untuk bertransformasi menjadi sebuah bentuk seni
7 Ayam kg (jantan) 17 Pokok pisang persembahan teater tradisional.
8 Mayang pinang 18 Minyak kelapa
9 60 biji telur ayam 19 30 biji pinggan
Victor Turner (1982) bersama dengan rakan sarjananya
10 Kain pelikat 20 7 orang anak dara
Richard Schechner telah membahaskan dan
21 140 biji Penyaram
menguraikan perhubungan dan kesatuan di antara ritual
Jadual 1 Peralatan Mag’Buaya (drama sosial) dan teater (drama estetik). Turner dalam
menghuraikan perhubungan diantara ritual dengan
teater dan persembahan, serta proses tranformasi yang
KERANGKA TEORI DAN KAEDAH KAJIAN berlaku semasa perubahan tersebut- melibatkan proses
liminal dalam liminoid atau liminality. Turner telah
Ritual- Simbol dan Seni Persembahan meminda konsep liminal dan liminality yang diusulkan
Schechner (2013), telah mengusulkan sebelas tema yang oleh Arnold Van Gennep kepada satu aplikasi kajian
menghubungkan secara langsung di antara ritual dengan ritual dalam skala masyarakat yang lebih besar dan luas.
kajian persembahan. Melalui sorortan literatur yang Melalui bukunya Turner telah menulis satu kertas
telah Schechner tinjau dalam bidang ritual dan konsep perbandingan simbologi yang menghuraikan
persembahan ritual, Schechner telah mencadangkan bagaimana sesebuah ritual itu mengalami proses liminal
terdapat lebih kurang sebelas tema dalam ritual yang bagi mencapai liminiod- dalam konteks permainan/play
berkaitan dengan bidang kajian persembahan. Sebanyak (perlakuan persembahan), aliran (flow) dan ritual.
sembilan tema (telah digariskan dalam senarai di bawah)

3
Tujuh dayang terdiri daripada anak dara sunti yang
belum datang bulan.
3
Turner juga telah mengusulkan bagaimana ritual itu yang terhasil adalah terarah kepada seperti yang
sendiri telah menjadi satu simbol dalam satu sistem disasarkan. Ritual tradisional etnik Pantai Timur sabah
sosial masyareakat. Liminal atau tahap anti-struktur ini merupakan satu simbolik terhadap kepercayaan dan
merupakan satu tahap dimana ritual berada dalam proses budaya hidup masyarakat pengamal. Oleh kerana itu,
transisi dan transformasi yang mendefinasikan semula Tunner juga telah mengatakan bahawa ritual merupakan
persembahan ritual tersebut kepada penciptaan bentuk- satu simbol dan mengandungi simbol-simbol yang
bentuk dari konsep-konsep bersifat struktural (Ana terhasil daripada proses serta aktiviti sosio-budaya
Adiwijaya, 2011). masyarakat etnik. Tunner juga telah mengusulkan
bahawa dalam meleraikan maksud disebalik simbol-
Pada tahap liminal perubahan-perubahan berlaku simbol tersebut, satu analisis perbandingan simbologi
kepada etnik pengamal terhadap pemahaman ritual dan haruslah dilakukan- bagi mendapatkan hubungan antara
bentuk ritual itu sendiri- dimana masyarakat etnik akan simbol yang dibaca dengan konsep, intiusi, nilai,
melakukan proses cerminan semula terhadap status pengertian, dan lain-lain lagi yang dipautkan oleh
sosial, nilai personaliti, sudut pandang, ideoogi, konsep pengguna ke atasnya. (Tunner, 1982:20-21). Tunner
makna dan identiti. Perubahan tersebut merupakan hasil telah membahagikan simbol-simbol dalam ritual ini
refleksi keseriusan permainan masyarakat etnik kepada dua kategori iaitu yang pertama kategori
terhadap ritual yang mereka persembahkan- dominan dan yang keduanya kategori intrumental .
dimanifestasikan dalam amalan perlaksanaan ritual (Mathieu Deflem, 1991:4-5). Konteks simbol ritual
tersebut. Ianya merupakan satu tempoh fasa yang mana yang akan difokuskan dalam penyelidikan ini nanti
etnik pengamal berada dalam keadaan yang terbuka dan adalah jenis-jenis simbol instrumental. Simbol
tidak pasti. Masyarakat etnik berada dalam keadaan instrumental ini seterusnya akan menjadi dasar dalam
kabur, berdiri di ‘ambang’ dua keadaan, diantara cara pembacaan bagi menganalisis dan mencerakinkan
terdahulu bagaimana mereka menstrukturkan identiti, identiti-identiti khas persembahan ritual tradisional
masa atau masyarakat dengan cara baru yang tertetapkan etnik Pantai Timur Sabah dan seterusnya menjadi asas
oleh ritual tersebut. (Mathieu Deflem, 1991:10) dalam pembentukan identiti Teater Tradisional etnik
tersebut.
Liminoid atau limainality pula merupakan satu tempoh
masa transisi yang mana pemikiran etnik berada dalam Makna yang terhasil dari simbol dalam persembahan
keadaan normal dan neuteral. Pada tempoh masa ini, ritual tradisional juga berhubung secara tidak langsung
masayarakat etnik tersebut berada dalam keadaan kepada fungsi dan tuntutan pengamal dalam melakukan
memahami jati diri dan persekitaranya- serta bertindak persembahan ritual tersebut. Tunner mengagaskan-
dalam secara tenang dan terbuka dalam menerima apa fungsi utama ritual dalam masyarakat etnik adalah untuk
juga perubahan yang berlaku. Pada tahap ini konsep dan menjaga dan mengekalkan aturan sosial (Ana
definisi makna dalam kalangan masyarakat etnik Adiwijaya, 2011). Ritual tradisional yang dijalankan
pengamal terhadap amalan ritual mereka juga akan oleh mesyarakat etnik ini mempunyai hubungan yang
berubah secara perlahan-lahan. Proses tranformasi rapat dengan pembentukan sebuah stuktur sosial dalam
(liminal-liminality) ini mengambil tempoh masa yang masyarakat yang mengamalkannya serta perubahan-
panjang dan proses perubahan tersebut juga berlaku perubahan yang dinamik terhadap sturutur itu sendiri.
secara bertahap tergantung kepada kejadian persekitaran Schechner telah mengusulkan empat perspektif dalam
etnik pengamal dari masa ke masa. Proses perubahan memahami dan membaca sesebuah persembahan ritual
dan tranformasi ini boleh terjadi secara semulajadi dan dan satu darinya adalah bagaimanakah sesebuah ritual
secara dirancang. Perubahan-perubahan terhadap berhubung dalam memenuhi masyarakat yang
bentuk ritual dan masyarakat pengamalnya ini mengamalkannya. Empat perspektif tersebut adalah:
bergantung kepada keseluhan sistem kepercayaan dan
sistem sosial masyarakat tersebut sendiri. Bentuk akhir • Stuktur - Rupa fizikal, bunyi, aturan
yang terhasil bagi ritual tradisional yang telah persembahan, ruang dan pemain
mengalamali proses liminality secara semulajadi adalah • Fungsi - Apa yang ingin dicapai melalui
tidak dapat dijangkakan dengan pelbagai kemungkinan. persembahan ritual tersebut. Bagaimanakah
Manakala bagi proses liminality terancang bentuk akhir

4
persembahan menyempurnakan tuntutan Bajau Laut Kg. Seloka Empat khususnya dan Etnik
pengamalnya. Bajau Laut secara am.
• Proses - Dasar yang mengerakkan sesebuah
PENYARAM DALAM RITUAL MAGBUAYA
persembahan ritual secara dinamik. Penegasan
dan perubahan yang dibawa oleh persembahan Sebanyak 140 biji penyaram digunakan dalam
ritual. persembahan ritual Mag’Buaya ini. Saiz penyeram yang
• Rasa – Rasa dan pengalaman merasai ketika digunakan dalam persembahan ritual Mag’Buaya ini
terlibat secara lansung dalam persembahan berbeza dengan saiz kuih penyaram pada kebiasaanya.
ritual tersebut. Pada kebiasaanya saiz kuih penyaram adalah sebesar
piring iaitu dengan diameter lilit sekitar 3 sehingga ke
(Schechner, 2013) empat inci. Namun ukuran diameter kuih penyaram
yang digunakan dalam ritual ini adalah sekitar satu inci
bersamaan dengan sebesar suiz syiling 50 sen.
Kertas penyelidikan ini akan menggunakan empat
Kuih penyaram yang telah dihasilkan akan dilekatkan
perspektif ritual yang dicadangkan ini secara bersepadu
kepada dua replica buaya yang dihasilkan daripada pulut
dalam membaca dan menanalisis fungsi penyaram
putih dan pulut hitam. Sebanyak 80 biji penyaram akan
dalam ritual Magbuaya dan signifikasinya terhadap
diletakkan sebagai sisik buaya hitam yang bersaiz lebih
kepercayaan kosmologi etnik.
besar dan sebanyak 60 penyaram akan diletakkan
direplika buaya putih yang bersaiz lebih kecil. Figura 2
Semiotik Metafizik
dan Figura 3 di bawah adalah contoh replika buaya yang
Bagi melihat fungsi dan menganalisis fungsi penyaram
digunakan dalam ritual Mag’Buaya (namun saiz dalam
ini juga, kertas penyelidikan ini akan menggunakan
gambar tersebut lebih kecil daripada saiz sebenar yang
kaedah semiotic metafizik seperti yang dicadangkan
digunakan dalam ritual). Pada pengakhiran
oleh Mohd Kipli Abd Rahman [12]. Mohd Kipli Abd
persembahan ritual Mag’Buaya ini nanti buaya putih
Rahman (2009) dalam penyelidikannya yang terdahulu
akan diajungkan ke laut Bersama beberapa peralatan
telah membangunkan teori semiotic metafizik, satu teori
lain seperti ayam jantan, pisang, kemenyan, tebu, lilin,
yang dibangunkan berasaskan teori semiotik C. S.
kain kuning dan beberpa peralatan iringan lain. Buaya
Pierce. Walaubaimanapun melelui penyelidikan yang
hitam yang ditinggalkan di darat akan dijadikan jamuan
dijalankan, Mohd Kipli Abd Rahman (2009) telah
kepada khalayak yang hadir ke persembahan ritual
menemui kelemahan dalam teori semiotik yang
tersebut.
dibangunkan oleh para sarjana Barat dalam membaca
system simbol yang terdapat dalam masyarakat
nusantara yang berpusat kepada kepercayaan
metafizikal mereka.

Melalui kaedah yang dicadangkan melalui teori semiotic


metafizik- simbol dalam persembahan ritual boleh
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu yang pertama kod
bersyarat. Kod bersyarat adalah satu kod yang
digunakan dalam membaca simbol dari peralatan atau
perbuatan tetap dan tidak boleh diubah serta diganti
dalam persembahan ritual. Penyaram dalam konteks
kajian ini adalah merupakan satu kod bersyarat dalam
persembahan ritual Mag’Buaya yang mana ianya
mempunyai signifikasi tertentu terhadap kepercayaan Figura 2 Replika buaya Figura 3 replika buaya II
matafizik etnik. Kod kedua yang dicadangkan dalam (Sumber: Siti Rahmas Bedu, 2018)
teori semiotic metafizik adalah kod separa bersyarat
iaitu satu kod yang terjana dari peralatan dan amalan Fungsi Penyaram
tetap dalam riual namun boleh ditukar ganti. Kod ketiga
pula adalah kod tidak bersyarat atau kod bebas. Simbol Kunci
kod ini terjana daripada peralatan atau perbuatan yang Penyaram dalam persembahan ritual Mag’Buaya ini
tidak tetap dalam persembahan ritual dan boleh ditukar berfungsi sebagai kunci yang membuka pintu portal
ganti. Oleh kerana penyaram merupakan satu kod yang memisahkan dua alam. Penyaram merupakan salah
bersyarat- kertas ini akan menganalisis fungsi dan satu kunci yang perlu disediakan dalam membuka pintu
peranan penyaram dalam ritual melalui hubungan portal yang memisahkan dua dimensi ruang kosmos
metafiziknya mengikut kepercayaan kosmologikal etnik iaitu ruang mikro kosmos (alam nyata) dan ruang makro
5
kosmos (alam metafizik/keombo’an). Tanpa penyaram dilakukan dalam proses mengajung juga sebagai
dalam melengkapi rangakaian kunci pintu portal tidak simbolik kepada satu konsep kepercayaan yang mana
dapat dibuka dan keombo’an tidak dapat melintas portal keombo’an yang pulang membawa segala musibah dan
dan berpindah ke dimensi alam nyata seterusnya hadir sakit yang dihadapi mereka kembali ke laut.
ke persembahan ritual pengubatan tersebut. Tanpa Penyaramyang berwarna keemasan ini adalah hadiah
kehadiran ke’ombokan proses pengubatan tidak dapat yang diberikan sebagai ufti dan iringan yang diberikan
dilakukan dan objektif persembahan ritual tersebut tidak kepada keombo’an semasa ianya pulang ke laut.
dapat dicapai. Selain Penyaram, mayang pinang, Akhirnya sebagai satu simbolik kepada keseimbangan
kemenyan, air mata duyung dan kelamat adalah yang telah dicapai oleh kedua ruang kosmos.
rangkaian kunci yang saling melengkapi dalam
membuka pintu portal yang memisahkan dua ruang ANALISIS FUNGSI PENYARAM
dimensi ini.
Penyaram adalah satu simbol kepada keharmonian dua
Jambatan alam dan juga keseimbagan kosmos diantara dua
Penyaram dalam persembahan ritual Mag’Buaya ini dimensi kosmos. Kerana itu penyaram merupakan satu
juga berfungsi sebagai jambatan. Keombo’an wujud kod bersyarat yang perlu ada mengikut kepercayaan
alam dua bentuk di dalam ruang mikro kosmos ini ketika kosmologi kelompok etnik yang dimanifestasikan
ritual dipersembahkan. Setelah pintu portal terbuka, melalui persembahan ritual Mag’Buaya. Kelompok
ombo’ Buaya Pote’ akan berpindah masuk ke dalam etnik percaya segala sakit berpunca daripada gangguan
replika buaya putih yang disediakan sebelum berpindah dan ketidak seimbangan kosmos. Bagi merawatnya
ke dalam badan manusia (kelamat) bagi menjalankan ruang kosmos harus diseimbangkan dengam
proses pengubatan. Penyaram juga membentuk menggunkan elemen-elemen kosmos seperti air, tanah,
kewujudan fizikal buaya melalui replika yang dihasilkan api, angin dan jiwa (elemen kelima ini merujuk kepada
sebagai sebuah bentuk pengwujudan hyperreality kelamat dan keombo’an)
keombokan konsep yang teracu daripada sudut pandang
dunia kelompok etnik tersebut. Penyaram merupakan satu hidangan yang disediakan
Penyaram yang disusun seperti sisik buaya adalah satu dengan menggunakan keseimbangan empat elemen
perbuatan secara simbolik kelompok etnik bagi kosmos air, tanah, api dan angin. Oleh kerana itu secara
menghasilkan kewujudan fizikal semangat penjaga simbologi penyaram menjadi satu bahan yang ideal
keluarga mereka dalam bentuk hyperreality di ruang dalam mereprentasikan kesimbagan kosmos dan
mikro kosmos ini sebelum ia benar wujud dalam badan akhirnya dilengkapkan dengan kehadiran keombo’an
kelamat nanti. dan kelamat- sebagai tanda penyatuan dua dimensi
kosmos. Figura 4 dibawah melihatkan bagaimana
Jamuan keseimbangan komos terhasil dalam proses penyediaan
Penyaram berfungsi sebagai sebentuk jamuan yang dan kewujudan kuih penyaram itu sendiri
bersentimen dan bersignifikasi dengan kepercayaan
mereka terhadap keombo’an. Ianya berfungsi sebagai
alat keraian yang menyambut kejayaan mereka merawat
penyakit yang dihadapi dengan bantuan keombo’an.
Penyaram juga berfungsi sebagai alat keraian bagi
menunjukkan rasa hormat kelompok etnik terhadap
semangat penjaga yang telah hadir dan merahmati ritual
yang mereka persembahkan.
Penyaram adalah satu jamuan yang dikongsikan
bersama diantara manusia dan keombo’an sebagai
sebuah simbol kesepakatan dankeharmonian di antara
dua alam. Kerana itu penyaram akhirnya akan
dihanyutkan ke laut sebagai jamuan kepada semangat
dan sebahagianya di makan oleh tetamu yang hadir. Figura 4 Elemen Kosmos dalam penyaram
Penyaram menjadi simbolik kepada kedamaian dan
keharmonian yang dicapai oleh kedua dimensi kosmos. Selain daripada keseimbagan yang di wakilkan
dengan penyatuan elemen-elemen kosmos- bentuk
Hadiah kuih penyaram yang bulat lengkap juga merupakan
Fungsi terakhir penyaram dalam persembahan ritual satu simbolik kepada satu kitaran kosmos alam dan
pengubatan Mag’Buaya adalah sebagai hadiah dan kosmos yang lengkap dan tidak terpisah. Oleh kerana
penghargaan ynag diberikan kepada keombo’an sebagai
itu penyaram telah menjadi satu simbol yang
tanda terima kasih kelompk etnik. Pemberian hadiah ini
6
sempurna dalam memanifestasikan kepercayaan for assistance with the research informant and the
yang mendasari persembahan ritual mag’Buaya ini. wonderful fieldtrip at Kg. Seloka Empat, Pulau Bum
Bum Semporna.

RUJUKAN
KESIMPULAN
[1] Abdullah Taib, “Asas-asas antropologi.” Kuala
Bentuk wujud penyaram (dengan kesatuan dan
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
keseimbangan elemen kosmos) telah menjadikannya
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1985
satu bahan yang sangat bersignifikas kepada [2] Deenerwan, Marlenny, “Bobolian Seni Teater Etnik
persembahan ritual pengubatan etnik Bajau Laut. Dusun,”. Kuala Lumpur: JKKN, . 2014.
Penyaram telah menjadi satu kod bersyarat kerana ianya
[3] Deflem, Mathieu “Ritual, Anti-Structure, and
mematuhi konsep kepercayaan kosmologi kelompok
Religion: A Discussion of Victor Turner's
etnik terhadap keombo’an dan alam metafizikal
Processual Symbolic Analysis” in Journal for the
disekeliling mereka serta hubungannya dengan amalan
Scientific Study of Religion 30(1):1 · March 1991
budaya dan kehidupan merekan. Satu kepercayaan yang
[4] Halina Sendera Mohd. Yakin, A. T., “Signifikasi
menjadi pusat terhadap bagaimana sesebuah
Konsep Proxemics Dan Chronemics Dalam Ritual
persembahan ritual dijalankan olek kelompok etnik- Kematian Bajau: Satu Kajian Dari Perspektif
selanjutnya menjadi identiti yang mendasari
Komunikasi Bukan Lisan. Jurnal Komunikasi”,
persembahan Teater Tradisional Etnik Pantai Timur
Malaysian Journal of Communication Jilid 30(2) ,
Sabah (TTEPTS)
2014, pp 71-90
[5] Halina Sendera Mohd. Yakin, “IdentitiBudaya Etnik
Palau' Di Semporna, Sabah-Konservasi, Adaptasi
dan Transformasi Budaya”, Kota Kinabalu:
Penerbit UMS, 2007
[6] Hanafi Hussin, “Bobohizan dan Peranannya di
kalangan Masyarakat Kadazan Daerah Penampang
Sabah,” Journal of Southeast Asian Studies 8
(Disember), 2003, pp 15-40.
[7] Hanafi Hussin, “Seni persembahan sebagai
perkakasan ritual pengubatan: Paluan Gandang
dan Tari Sumazau dalam Ritual Monogit oleh
Kadazan Penampang di Sabahm,” Journal of
Southeast Asian Studies 11 (December), 2006, pp
1-19
[8] Hanafi Hussin, “Worldview dan amalan:
Figura 5 Signifikasi Penyaram
Pengalaman Kadazan Dataran Penampang,”
Borneo Research Journal 1(1), 2007, pp 7-29.
Figura 5 di atas adalah satu rajah kitaran yang
[9] Hanafi Hussin, “Performing rice farming rituals by
menyimpulkan fungsi dan signifikasi penyaram kepada
Penampang Kadazan of East Malaysia: Between
persembahan ritual tradisonal Mag’Buaya dan
sacred ritual and secular performance,” Journal of
seterusnya menjadi dasar kepada identiti persembahan
Southeast Asian Studies 13 (Disember), 2008, pp
TTEPTS.
173-197
[10] Hasan Mat Nor, “Mengapa kami jadi begini?
ACKNOWLEDGMENTS
Konflik masyarakat Orang Seletar dan
Pembangunan Iskandar, Johor Bahru, Malaysia,”
This research was supported by Universiti Malaysia
Malaysian Journal of Society and Space 5, issue 2,
Sabah, Geran Penyelidikan Bidang Keutamaan. We
2009, pp 16 - 26.
thank our colleagues and thesis supervisor from Fakulti
[11] Jennings, Sue, “Theatre, Ritual and transformation
Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Penddidikan
(The Senoi Temiar,” London: Routledge, 1995.
Sultan Idris who provided insight and expertise that
[12] Md. Saffie Abd., Rahim et all, “Bajau Pantai Timur
greatly assisted the research.
Sabah,” Universiti Malaysia Sabah, 2012.
[13] Md Saiffie Abd.Rahim, A. N. "Warisan Budaya
We thank Mohd Kipli Abdul Rahman, Associate
Yang Tidak Ketara.” In S. O. Md. Saffie Abd.
Professor Dr. for assistance with approaches and the
Rahim, Bajau Pantai Timur (pp. 52-66). Kota
theoretical framework of semiotic metaphysic and Patta
Kinabalu: ITBM-UMS. (2012).
Ariffin Husin of Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan

7
[14] Mohd. Kipli Abdul Rahman, “Mabuk Mistikal:
Semiotik Metafizik dalam Kuda Kepang Mabuk,”
Pulau Pinang: Penerbit USM, 2009.
[15] Mohd Kipli Abdul Rahman, “Bebayuh: From
healing ritual to traditional performance”. IJASOS
- International E-Journal Of Advances In Social
Sciences, 1(2), 2015, pp 136-141. doi:
http://dx.doi.org/10.18769/ijasos.75810.
[16] Mohd. Kipli Abdul Rahman, “Sinkritisme dalam
Wayang Wong Johor,”. Pulau Pinang:Penerbit
USM, 2012.
[17] Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, “Pengantar Akidah”.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1984.
[18] Narupon Duangwises & Lowell D. Skar (Editor),
“The Folk Performing Arts in ASEAN,” Bangkok:
Princess Maha Chakri Sirindhorn Antropology
Centre, SAC Publication, ), 2016.
[19] Nasuruddin, M. G, “Teater Tradisional Melayu”.
Kuala Lumpur: DBP. 2000.
[20] Osman Bakar, “Perspektif Kosmologi Tasawuf
dalam Pemikiran Kosmologi Melayu”. Kertas
Kerja dlm. Seminar Antarabangsa Kosmologi
Melayu. Akademi Pengajianm Melayu, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 24–26 Januari 1994, pp
639.
[21] Saidatul Nornis Hj. Mahali, “Nilai dan Norma
Masyarakat di Sabah” Universiti Malaysia Sabah,
2013.
[22] Saidatul Nornis Hj. Mahali, “Bajau Pantai Barat,
Sabah,” Universiti Malaysia Sabah, 2012.
[23] Sopher, DE., “The sea nomads: A study based on
the literature of the maritime boat people of
Southeast Asia “, Singapore., 1965.
[24] Schechner, Richard, “The future of ritual. London”
Routledge Publisher, .1993
[25] Schechner, Richard. “Performance Studies: An
Introduction”, Third Edition. London: Routledge
Publisher. 2013
[26] Turner, Victor, “From Ritual to Theatre: The
Human Seriousness of Play” PAJ books, 1982
[27] Yeon Amsalie @ Amsalib Pisali et all,
“Persembahan Tarian Panangsang Dalam Ritual
Penyembuhan Masyarakat Bajau Laut”
JurnalGendang Alam, Vol 7 Universiti Malaysia
Sabah, 2017, pp 73-96
[28] Zainal, Sharifuddin, "Melabuh Ajung": Signifikasi
Kepercayan Kosmologi dalam Pembentukan
Identiti Teater Tradisional Etnik Pantai Timur
Sabah. JurnalGendang Alam, Vol 8 Universiti
Malaysia Sabah, 2017, pp47-68

You might also like