You are on page 1of 9

SJKT SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR.

LAPORAN
HARI ORIENTASI
PRASEKOLAH SESI
2020
SJKT SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
LAPORAN HARI ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2020

Pada 30 Disember 2020, Prasekolah SJKT Sungai Besi telah melaksanakan Hari
Orientasi dan Hari Suai Kenal bagi murid prasekolah sesi 2020. Hari suai kenal ini
telah mendapat sambutan yang memuaskan daripada ibu bapa yang hadir untuk
mendaftarkan anak mereka di Prasekolah SJKT Sungai Besi.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk mewujudkan hubungan dua hala yang
baik diantara ibu bapa dan pihak sekolah. Selain itu, ia juga diadakan bagi tujuan
mendapatkan maklum balas ibu bapa tentang persediaan yang sepatutnya mereka
buat menjelang hari persekolahan awal anak-anak mereka. Pihak sekolah juga
mengambil peluang ini untuk menyampaikan maklumat dan informasi penting
kepada ibu bapa.

Program dimulakan pada pukul 9:00 pagi dengan pendaftaran murid dan ibu
bapa. Seramai 19 orang murid telah berdaftar pada hari ini. Setelah selesai
pendaftaran murid, mereka dikumpulkan di kelas prasekolah untuk melaksanakan
beberapa aktiviti yang dirancang oleh Pn.K.Theivanai, selaku guru kelas
prasekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pn.K.Theivanai. Seterusnya beliau


telah mengalu-alukan kehadiran para ibubapa dan kanak-kanak kalian. Pn.Uthaya
Sundari selaku guru besar sekolah ini telah memberi ucapan. Beliau telah
mengucapkan syabas kepada ibubapa yang hadir dan berdaftar anak-anak
mereka pada hari ini. Beliau telah menerangkan waktu persekolahn prasekolah
dan tanggungjawab ibubapa terhadap anak mereka. Beliau juga meminta ibubapa
agar memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi membangunkan tahap
pencapaian anak mereka dalam Pdpc Prasekolah.

Seterusnya, Pn.K.Theivanai selaku guru prasekolah memberi taklimat ringkas


tentang peraturan-peraturan am prasekolah yang patut diikuti oleh ibu bapa
serta murid. Beliau juga telah memberi penerangan lanjut berkenaan Rancangan
Tahunan dan Projek Tahunan kelas prasekolah kepada ibubapa dan meminta agar
mereka memberi kerjasama yang baik kepada guru prasekolah. Pn.Rohana selaku
PPM prasekolah telah memberi penerangan tentang makanan yang disediakan di
prasekolah.

Majlis diteruskan dengan Pendaftaran murid telah dilakukan dengan mengumpul


borang maklumat murid, salinan surat beranak murid, salinan kad pengenalan ibu
bapa, bil elektrik, empat keping gambar murid dan kad kesihatan murid.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi murid-murid prasekolah seperti


aktiviti mewarna, nyanyian secara berkumpulan dan permainan. Pada
keseluruhanya murid sangat seronok dan memberikan respon yang baik kepada
guru kelas mereka.

Program Hari Orientasi ini diakhiri pada pukul 11.00 pagi dengan pemberian
beg makanan kepada murid-murid.

Disediakan oleh, 30 DISEMBER 2020

__________________

(THEIVANAI KRISHNAN)

Disahkan oleh,

_________________________
Gambar-gambar
hari orientasi
PRASEKOLAH, sesi 2020
DOKUMEN

You might also like