You are on page 1of 5

PRASEKOLAH SJKT SUNGAI BESI, K.L.

1 & 2 JULAI 2020


LAPORAN PEMBUKAAN SEMULA PRA SEKOLAH PADA MUSIM PKPP 2020

Sesi persekolahan pra sekolah telah bermula semula pada musim PKPP. Hari pertama
sesi persekolahan tersebut adalah pada 1 JULAI 2020. Terdapat 4 Mod persekolahan.
Pra sekolah SJKT Sungai Besi telah memilih Mod 4 iaitu cara penggiliran setelah
mengadakan mesyuarat dalaman.

Kanak-kanak telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.


Kanak-kanak Kumpulan A telah hadir ke sekolah pada 1JULAI 2020. Murid pertama
telah masuk ke kawasan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Para guru sekolah telah
menjemput kanak-kanak pra sekolah dengan mesra. Apabila kanak-kanak masuk ke
dalam kawasan sekolah, suhu badan mereka telah diimbas dan merekod dalam buku
kehadiran . Selepas itu, kanak-kanak dibawa oleh guru-guru bertugas ke kelas mereka .

Apabila kanak-kanak tiba di kelas, PPM membimbing mereka membasuh tangan dan
duduk di tepat mereka yang telah dilabelkan. Kanak-kanak telah diberi sarapan pagi dan
meminta mereka makan di tempat masing-masing. Setelah itu, kanak-kanak diajar laluan
pergerakan mereka ke tandas dan balik ke tempat masing- masing. Pada pukul 8.00 pagi ,
aktiviti perbualan bebas telah diadakan oleh guru kelas Pn.K.Theivanai. Beliau telah
berbincang tentang Covid-19 dan cara-cara menjaga diri dapada Covid19 dengan
menayangkan video .Unsur-unsur kebersihan dan kesihatan juga telah diterangkan oleh
guru.

Aktiviti Pdpc telah bermula pada pukul 8.30 pagi. pada pukul 9.30 pagi kanak-kanak
diminta membasuh tangan dan balik ke tempat mereka mengikuti arah yang ditetapkan.
Makanan telah diedarkan oleh PPM dan guru-guru. Setelah kanak-kanak siap makan,
Pn.Theivanai selalaku guru pra sekolah telah membimbing mereka membersihkan meja
masing-masing. Pada masa rehat juga perbincangan tentang Covid-19 telah diadakan .

Pada pukul 10.30- 11.50 kotak pensel, warna dan buku-buku kanak-kanak telah dikumpul
dan letak diatas sebuah rak. Guru telah memesan kepada kanak-kanak supaya balik
rumah dan mandi sebelum makan. Kelas bersurai pada pukul 12.00 tgh. Guru dan PPM
membimbing kanak-kanak untuk beratur dengan penjarakan sosial yang betul. ibubapa
telah membawa balik kanak-kanak ke rumah masing-masing. Kehadiran kanak-kanak
pada 1.7.2020 adalah seramai 10/12 dan pada 2.7.2020 adalah seramai 4/13.

Laporan disediakan oleh, 2 JULAI 2020

____________________

(THEIVANAI A/P KRISHNAN)

Laporan disahkan oleh,


Laporan disemak oleh,
____________________
____________________

You might also like