You are on page 1of 6

LAPORAN

SK LUMBA KUDA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


“PPKI’s FAMILY VISIT DINOSOUR’

ANJURAN
GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

TARIKH DAN HARI


25 Jun 2022 (Sabtu)

TEMPAT
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
1.0 Tujuan :

Lawatan sambil belajar ini adalah merupakan kolaborasi antara Guru PPKI bersama ibu bapa
MBPK. Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik
darjah bagi murid-murid sebagai satu pendedahan dan pengalaman sebenar tentang hidupan
yang telah pupus. Dengan itu, murid-murid lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan
dalam bilik darjah. Program ini juga sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan
guru-guru dan ibu bapa dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
dalam menghasilkan corak didikan, pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0 Matlamat

Memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai fakta menarik tentang aspek kehidupan
alam semula jadi yang telah pupus dan menimbulkan minat murid terhadap bidang sains dengan
lebih mendalam. Ia juga memberi pengalaman sebenar kepada murid malah dapat
menambahkan ilmu pengetahuan murid yang sedia ada. Di samping itu,memberi peluang kepada
murid kita untuk meneroka perkara baru.

3.0 Objektif :
i. Menambah pengetahuan dalam mengenali kehidupan dinosaur.
ii. Mendedahkan murid pendidikan khas mengenai dunia sebenar kehidupan yang telah
pupus.
iii. Sebagai aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.
iv. Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai kitaran hidup dinosour.
v. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk pendidikan khas.
vi. Meningkatkan kolaborasi dan komunikasi pelbagai pihak.
4.0 Penyertaan Peserta (Rujuk Lampiran A)

5.0 Tentatif Program (Rujuk Lampiran B)

6.0 Laporan :

Lawatan PPKI’s Family Visit Dinosaur telah berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan. Seramai 30 orang ibu bapa/ penjaga dan 30 orang murid menyertai lawatan ini.
Terdapat juga ibu bapa murid membawa ahli keluarga yang lain seperti datuk, nenek serta adik
beradik murid yang lain. Pihak pengajur Pameran Dinosaur juga telah memberikan kerjasama
dan sangat berbesar hati dengan kehadiran kami. Mereka sanggup untuk membuka slot sebelah
pagi bagi memberi peluang kepada murid PPKI serta ibu bapa dan guru untuk melawat tapak
Dinosaur.

Pada hari kejadian Guru,Ibu bapa dan murid berkumpul di tapak MBKS seawal jam 8.15
pagi. Murid datang bersama ibu bapa/penjaga masing masing. Lawatan ini telah mendapat
sambutan yang baik dari pihak ibu bapa. Guru dan ppm mengambil kehadiran dan mengagihkan
sarapan sebaik sahaja ibu bapa dan murid sampai malah mengambil peluang tersebut untuk
beramah mesra dengan ibu bapa murid.

Sebelum masuk ke tempat lawatan, ibu bapa dan murid diberi taklimat ringkas oleh
Penolong kanan PPKI iaitu Encik Dasyiman bin Bujang berkenaan dengan keselamatan dan
kawalan murid bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. Usai taklimat, para peserta
lawatan menjalankan aktiviti menyusun Puzzle Dinosaur. Aktiviti ini memerlukan kerjasama
antara guru, ibu bapa dan murid bagi menyelesaikan puzzle tersebut. Namun terdapat beberapa
orang murid perlu dibantu oleh PPM bagi mengekalkan fokus untuk menyiapkan aktiviti tersebut.

Selepas aktiviti Menyusun Puzzle tamat, Peserta lawatan diberi tugasan seterusnya iaitu,
tugasan ‘Word Search’ yang berkaitan dengan nama-nama dinosaur dan pertandingan foto kreatif
oleh ibu bapa dan murid. Hasil tugasan perlu dihantar secara maya iaitu melalui Group
Whatsapp. Keputusan pemenang diumumkan selepas sahaja lawatan selesai. Guru-guru dan
PPM memantau dan membantu ibu bapa dan murid yang memerlukan bantuan. Sebelum masuk
ke tempat lawatan peserta lawatan telah mengambil gambar kenangan beramai-ramai di hadapan
kain rentang Dinosaur.
Ibu bapa dan murid begitu teruja ketika masuk ke tempat dinosaur. Murid-murid juga
gembira dan bertanya soalan berkenaan dinosaur kepada ibu bapa mereka. Namun ada juga
segelintir murid pada mulanya agak takut dengan replika dinosaur kerana ianya bersaiz agak
besar dan rupa yang ganas. Namun tidak berapa lama selepas itu, murid mulai berani untuk
memegang dinosaur apabila melihat rakan-rakan lain yang gembira. Selain Replika Dinosaur,
peserta lawatan juga berpeluang untuk mengenali haiwan lain iaitu replika beruang Panda yang
begitu comel.

Setelah beberapa kali pusingan, ibu apa dan murid duduk ditempat rehat yang telah
tersedia dan bersama-sama membuat tugasan yang diberikan, ada juga murid yang menikmati
sarapan yang telah disediakan pihak PPKI. Ibu bapa dan guru bersama berbincang, berbual
mengenai perkembangan murid serta minat dan kekurangan murid yang perlu diperbaiki.

Sebelum lawatan berakhir, guru telah mengagihkan borang maklum balas kepada ibu
bapa dan mengingatkan mereka untuk mengembalikan borang tersebut dengan kadar segera.
Melalui borang tersebut, ibu bapa sangant mengharapkan pihak PPKI boleh melaksanakan aktiviti
bersama pada masa akan datang bahkan mereka juga mencadangkan tempat-tempat lain yang
boleh dikunjungi seperti taman haiwan, tempat menontong wayang, mendaki bukit dan
sebagainya. Pihak PPKI akan berusaha untuk merealisasikan harapan ibu bapa dan
menyesuaikannya dengan keperluan pendidikan murid pada masa akan datang.

7.0 Laporan perbelanjaan

Sumber kewangan lawatan ke PPKI’s Family Visit Dinosaur . Hasil kewangan adalah seperti
berikut :
Bil Murid Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1 Tiket masuk ke Dinosour in Borneo 5 30 150
2 Makanan dan minuman 3 30 90
3 Hadiah dan saguhati - 3 83.05
JUMLAH RM 323.05
8.0 Gambar-gambar lawatan
Disediakan Oleh : Disemak Oleh:

______________________ _____________________________
( NOREDATUL BINTI GABO ) (DASYIMAN BIN BUJANG)
GURU PPKI PENOLONG KANAN PPKI SK LUMBA KUDA
TARIKH : 18 Julai 2022 TARIKH :

Disahkan Oleh :

______________________
(RICHARD KAWI)
GURU BESAR SK LUMBA KUDA
TARIKH :

You might also like