You are on page 1of 15

SEK.

KEB BANDAR TUN RAZAK (1)


JALAN YAAKOB LATIFF
56000 KUALA LUMPUR

LAPORAN DAN DOKUMENTASI


LAWATAN KE DOMINOS PIZZA, BALAI
BOMBA,KILANG BATIK, DAN INDOOR
PETTING ZOO
PRASEKOLAH DAN TAHAP 1
2023
KELOLAAN :
UNIT TADBIR DAN KURIKULUM
SK BANDAR TUN RAZAK 1

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARI SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
LAWATAN KE DOMINOS PIZZA, BALAI BOMBA, KILANG BATIK,

DAN INDOOR PETTING ZOO

TAHUN 1 2023

1.0 PENGENALAN

Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak


pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1 telah bercadang
untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Dominos Pizza, Balai Bomba,
Kilang Batik Jadi dan Indoor Petting Zoo. Selain dapat melahirkan murid yang
menghargai kehidupan haiwan , ia juga merupakan satu program yang amat baik
sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung
kepada murid-murid sekolah untuk meneroka dunia luar dari bilik darjah tentang
cara penghasilan serta teknologi terkini yang wujud di sekeliling mereka. Melalui
program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan
pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid.

2.0 LATAR BELAKANG

Pada tanggal 8 November 2023, Unit Kurikulum dengan kerjasama guru -


guru Tahun 1 telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Dominos Pizza,
Balai Bomba, Kilang Batik dan Indoor Petting Zoo. Seramai 120 orang peserta
dari kalangan murid-murid prasekolah dan Tahap 1 terpilih untuk mengikuti
lawatan sambil belajar tersebut. Turut terlibat seramai 12 orang guru pengiring
dalam kalangan guru kelas juga guru pembantu.

2.1 Tarikh Pelaksanaan

1. Tarikh : 8 November 2023


2. Masa : 7.00 Pagi hingga 6.30 petang
3. Tempat : Dominos Pizza,Balai Bomba,Kilang Batik dan Indoor Petting
Zoo
4. Kumpulan Sasaran : Prasekolah Bestari dan murid Tahap 1 SKBTR1
2.2 Jawatankuasa Pelaksana

PENGERUSI

RAVI SUNDARAM A/L KANNAN


(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI

MAS ZURAIDAH BINTI MASRON


(GPK PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA

FARAH WAHIDAH BINTI AHMADIDAN

AJK

NOOR HASNIZA BINTI AHMAD


NUR IZZATI AMIRA BINTI RIDZWAN
MUHAMMAD ALKAHFI BIN KAMARUZAMAN
NOREENNUR BINTI SHAHARUDDIN
RUBILLA BINTI ROSLAN

2.3 Objektif Lawatan Tahap 1 2023

Objektif program ini ialah untuk

i. Mengembangkan daya pemikiran murid – murid Tahun 1


ii. Menimbulkan keseronokan murid – murid melihat sendiri
haiwan – haiwan yang terdapat di dalam air.
iii. Menambah ilmu, pengetahuan dan pengalaman kepada murid –
murid tentang cara kehidupan, cara pemakanan serta cara
menjaga haiwan – haiwan di dalam air.
iv. Murid dapat pengetahuan mengenai pengajaran dan
pembelajaran luar bilik darjah.
v. Memberikan pengalaman baharu dan pengetahuan yang
bermakna kepada murid-murid
2.4 Kaedah Pelaksanaan

Terdapat beberapa kaedah pelaksanaan yang dijalankan termasuklah :


1. Lawatan
2. Kuiz

2.5 Bahan Dan Alatan Yang Digunakan

2.5.1 KEWANGAN

PERBELANJAAN JUMLAH CATATAN


BIL PERKARA
Pendapatan Perbelanjaan (RM)
1 Yuran peserta (termasuk RM 121 x 120 RM 14520
sarapan dan makan tengah hari)
2 Insurans RM 3 x 120 RM 360
3 Baju t-shirt murid RM 11 x 120 RM 1320
(semasa lawatan)
JUMLAH RM 16200

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN/AKTIVITI

Masa Perkara
RABU
7.00 am Berkumpul / sarapan
7.45 am Bertolak ke Dominos Pizza
8.30 am Dominos Pizza
10.30 pm Balai Bomba dan Penyelamat Serdang
12.00 pm Makan tengah hari di Restoran Anjung D’Hanna
12.45 pm Bertolak ke Kilang Batik Jadi
2.00 pm Kilang Batik Jadi
3.30 pm Solat
5.00 pm The Mins @ Kota Damansara
6.30 pm Balik ke sekolah
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Secara keseluruhannya, Lawatan ke Dominos Pizza, Balai Bomba


Serdang, Kilang Batik Jadi dan Indoor Petting Zoo 2023 berjalan dengan lancar.
Lawatan ini bertujuan untuk mengembangkan daya pemikiran murid – murid
Tahap 1 selain menimbulkan keseronokan murid – murid serta menambah ilmu
pengetahuan dan pengalaman melawat ke tempat – tempat menarik.

Berpandukan objektif yang telah ditetapkan tersebut, seramai 120 orang


murid beserta 12 orang guru pengiring mengikuti rombongan ini berkumpul di
sekolah seawal 7.00 pagi. Murid diberi sarapan pagi terlebih dahulu. Selepas itu,
murid beratur dan menaiki bas pada pukul 7.45 pagi selepas keadaan di sekitar
pintu pagar B reda dengan kenderaan.

Tepat pukul 8.30 pagi, murid – murid sampai di destinasi pertama iaitu di
Kedai Dominos Pizza mengikut bas iaitu bas 1 di Dominos Hulu Langat, bas 2 di
Dominos Serdang Perdana dan bas 3 di Dominos Taman Connaught.Pihak
agensi menguruskan murid dengan baik dan mengira murid setiap kali sebelum
perjalanan dimulakan. Kami disambut oleh pengurus Dominos Pizza di setiap
cawangan masing - masing. Satu taklimat ringkas diberi oleh pengurus Dominos
Pizza kepada murid - murid dari cara mengambil pesanan sehinggalah proses
penghasilan piza. Murid - murid diberikan pengalaman menghasilkan sendiri roti
pintal dan kemudiannya diberi merasa piza dan roti pintal. Sebelum pulang
murid- murid diberikan sekotak pizza dan roti pintal beserta air sebagai
cenderahati kepada murid - murid.

Murid - murid bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu di Balai Bomba


Serdang.Bas 2 dan bas 3 sampai ke destinasi tepat pada pukul 10.30 pagi
manakala bas 1 agak lambat atas kekangan jarak dan trafik yang agak sesak
pada ketika itu. Kami disambut oleh pegawai bomba yang mengendalikan tempat
tersebut. Murid - murid diberikan serba sedikit taklimat tentang cara
menyelamatkan diri apabila kebakaran berlaku. Setelah itu, murid - murid
dibahagikan kepada empat kumpalan dan bergerak mengikut stesen yang telah
ditetapkan. Murid - murid diajar cara merangkak untuk melepaskan diri ketika
kebakaran serta merasa memadamkan air menggunakan hos air secara beramai
- ramai. Murid - murid juga diberi peluang memakai baju bomba dan menaiki trak
bomba.

Pada pukul 11.30 pagi murid menaiki bas untuk bergerak ke Masjid
Negara untuk pengurusan diri dan makan tengah hari. Tepat pada pukul 1.30
tengah hari, murid selesai makan, solat dan sedia untuk menaiki bas menuju ke
Kilang Batik Jadi di Jalan Imbi.

Murid sampai di Kilang Batik jadi pada pukul 2.30 petang. Apabila masuk
ke Kilang Batik Jadi, murid-murid diberikan papan batik serta peralatan
mewarnakan batik. Murid - murid diberikan masa selama 15 minit untuk
mewarnakan papan batik yang disediakan mengikut kreativiti masing - masing.
Selepas itu, murid - murid diberikan masa untuk membeli cenderahati yang ada
di jual di kilang batik itu.

Setelah selesai semuanya, murid – murid menuju ke destinasi yang


seterusnya iaitu ke The Mins, Kota Damansara. Murid - murid tiba di sana sekitar
pada pukul 4.00 petang. Murid - murid diberi peluang menyentuh dan memberi
makanan kepada haiwan - haiwan jinak yang ada di dalam zoo mini tersebut.
Bagi mereka ianya merupakan pengalaman menarik kerana dapat merasai
pengalaman sebenar menyentuh haiwan jinak secara langsung.

Murid – murid dan guru pengiring berangkat balik ke sekolah pada jam
5.30 petang dan selamat tiba ke sekolah pada jam 6.30 petang. Semua murid
selamat tiba dan para ibu bapa telah berada di sekolah untuk mengambil anak –
anak mereka semua.
5.0 KEMAJUAN/ MASALAH

KEMAJUAN MASALAH

Pihak agensi sangat bagus dalam Cara penyediaan makan tengah hari
mengendalikan murid sepanjang murid kurang sesuai kerana terdapat
lawatan berlangsung. Pihak agensi akan kuah dan murid perlu membuka ikatan
memastikan setiap murid dikira, getah.
menolong menyajikan makan murid
memastikan murid berjalan teratur
dalam kumpulan.

Kembara kerjaya dan mini zoo menarik Aturan tempat lawatan perlu lebih teliti
perhatian murid dan boleh dikekalkan dari aspek jarak dan risiko kesesakan
pada masa akan datang. jalan raya.

Perubahan tempat makan yang kurang


bersesuaian iaitu di Masjid Negara
(murid perempuan perlu memakai
tudung) dan perubahan tidak
dinyatakan.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah meneliti semua kelemahan yang didapati, terdapat beberapa cadangan


antaranya ialah :

1. Pihak agensi perlu memaklumkan kepada guru - guru tentang perubahan tempat
makan tengah hari bagi memudahkan urusan
2. Guru - guru boleh memilih tempat yang berdekatan bagi mengurangkan
perjalanan masa di atas jalan raya.
3. Penyediaan makanan boleh dibuat secara bufet supaya lebih mudah.
7.0 PENUTUP

Diharapkan semoga lawatan ini dapat menambah ilmu pengetahuan murid selain
membuka minda murid terhadap dunia luar dan menambah keseronokan murid untuk
belajar di luar bilik darjah.

Disediakan oleh,

(Farah Wahidah binti Ahmadidan)


Setiausaha Lawatan
2023

Disemak oleh,

(Mas Zuraidah binti Masron)


PK Pentadbiran
SKBTR 1

Disahkan oleh,

(Ravi Sundaram a/l Kannan)


Guru Besar
SKBTR 1
LAMPIRAN
GAMBAR
SEBELUM LAWATAN

Murid berkumpul di sekolah dan menaiki bas mengikut tag bas


DOMINOS PIZZA
BALAI BOMBA SERDANG
REHAT DI MASJID NEGARA

Aktiviti yang menarik di dalam Petrosains


KILANG BATIK JADI
THE MINS, KOTA DAMANSARA

You might also like