You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN MENERONG

AJIL, TERENGGANU

KERTAS KERJA

TERAPI PASIR
&
PEMBUGARAN MINDA
MURID PENDIDIKAN KHAS 2023

MATAPELAJARAN BERKAITAN:
 
KEMAHIRAN HIDUP
PENGURUSAN KEHIDUPAN
ASAS 3M
 
1.0 PENGENALAN
 
Era globalisasi sekarang ini telah menuntut perubahan yang pesat terhadap struktur dan era
pendidikan. Oleh itu, nilai kecemerlangan menjadi satu keperluan oleh setiap individu dalam
setiap peringkat persekolahan supaya tidak ketinggalan jauh ke belakang. Sistem Pendidikan
Khas sepatutnya tidak tercicir dalam arus perdana yang menuntut kecemerlangan bagi
mencapai matlamat tersebut .Terapi penting dalam pendidikan khas untuk mewujudkan
keyakinan dalam diri guru untuk mengajar murid dalam penguasaan dalam psikomotor kasar.

2.0 KAJIAN KEPERLUAN BERMAIN PASIR


 
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan
dan kelemahan yang ada bersama mereka, Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya
memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya
kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta
menjalani kehidupan secara optimum.
 
Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang
bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan
perlu mereka capai.Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui
perkembangan mental, kestabilan emosi , intergrasi sosial dan kemahiran motor mereka.
 
3.0 MATLAMAT
Kanak-kanak memerlukan aktiviti luar bilik darjah untuk:
i. Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam bermain pasir
ii. Merangsang kanak-kanak untuk bergerakbalas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran.
iii. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial , dan psikomotor kanak-
kanak bermasalah pembelajaran
iv. Mengurangkan tekanan emosi
v. Membina konsep kendiri
4.0 PENGANJUR
Program Pendidikan Khas Integrasi , SK Menerong.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar pendidikan khas SK Menerong.

6.0 TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN


Tempat: Pantai Kekabu, Marang Terengganu
Tarikh : Januari 2023
Masa : 8.00pagi – 3:00 petang

7.0 AHLI JAWATANKUASA


Penasihat : Tuan Haji Nik Asri bin Nik Lah

Pengerusi : En. Zaharuddin bin Abd. Razak

Naib Pengerusi 1 : Pn. Masitah binti Abdul Rashid

Naib Pengerusi 2 : Tuan Haji Abdul Hakim bin Ismail

Penyelaras Pendidikan Khas : En. Badrul Hisyam bin Kadir

Jawatankuasa Perhubungan : Pn. Norzahariah binti Ismail

Jawatankuasa Peralatan : Pn.Nurul Husna binti Hamzah

Jawatankuasa Makanan : Pn. Nor Afiah binti Mohd Asri

Jawatankuasa Pengangkutan : En. Ahmad Munnawar bin Abdullah


8.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Perkara
7:30 pagi Murid makan RMT di kantin.
8.00 pagi Bertolak ke Pantai Kekabu

9.00 pagi - Tiba di Pantai Kekabu


- Terapi Pasir
- Makan
- Menonton wayang di KTCC Mall

3.30 tengahari Bertolak ke SK Menerong.

9. SUMBER KEWANGAN
PCG Teras

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA KOS JUMLAH

Hadiah Hari Lahir RM 15 x 12 orang RM 180

Hadiah cabutan bertuah RM 15 X 12 orang RM 180

Van ( pengangkutan ) RM 100 RM 100

Makan RM 70 RM 70

Jumlah RM 530
11. PENUTUP

Warga Pendidikan Khas SK Menerong amat berbesar hati agar program ini dapat diluluskan
dan mendapat sokongan daripada semua pihak. Adalah diharapkan juga agar program ini
akan mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan selaras dengan hasrat dan
kehendak Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan.

“KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA”

Disediakan oleh,

--------------------------------------
Norzahariah binti Ismail
Penyelaras Program Sambutan Hari Lahir,
SK Menerong.

Disemak oleh,

--------------------------------------
En. Badrul Hisyam Bin Kadir,
Penyelaras Pendidikan Khas,
Sekolah Kebangsaan Menerong.

Disahkan oleh,

--------------------------------------
Tn.Hj. Nik Asri bin Nik Lah,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Menerong.

You might also like