You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

LATIHAN MERENTAS DESA


PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK GUAR CHEMPEDAK
PENDAHULUAN

Sukan merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yang
berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Ia
merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang luas bukan semata-
mata untuk pertandingan. Dasar sukan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang
sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang
melibatkan slogan “Malaysia Cergas” telah diusahakan oleh organisasi tertentu bagi
menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan
rekreasi.
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu melalui
kegiatan sukan, murid kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang
sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di
peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan
secara menyeluruh di kalangan muridnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan
corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun
yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan
menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita
dalam mengatasi masalah sosial murid.
Seiring dengan slogan Malaysia Cergas, maka Unit Pendidikan Khas Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan telah menganjurkan Program Merentas Desa
Peringkat Daerah. SK Guar Chempedak akan melatih beberapa orang Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MPBK) bagi merealisasikan objektif program anjuran Unit
Pendidikan Khas PPD KMY. Sebagai sekolah yang sentiasa memberi perhatian terhadap
perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan murid. Pengalaman
bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.
Latihan Merentas desa ini merupakan acara sukan yang amat mudah dan boleh
disertai oleh semua murid. Aktiviti ini adalah salah satu daripada medium yang dapat
memberi ruang kepada murid untuk menonjolkan bakat dan meningkatkan potensi
mereka. Ia menjadi aktiviti tahunan yang mana murid yang berbakat dan berpotensi
tinggi akan dibawa mewakili sekolah ke peringkat kejohanan daerah serterusnya ke
peringkat yang lebih tinggi. Ia juga memberikan peluang kepada murid untuk terlibat
dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

NAMA PERTANDINGAN
Latihan Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak.

TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN
Tarikh : 23 MEI 2022 – 26 MEI 2022
Hari : ISNIN – KHAMIS
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : SK Guar Chempedak
Penganjur : Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKGC

MATLAMAT
Melahirkan murid yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta mampu serta sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan
negara.

OBJEKTIF
 Melahirkan bakat-bakat baru yang akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan
Merentas Desa peringkat MSSD
 Memupuk jalinan kerja sama yang erat antara para guru dan murid.
 Membina dan memupuk nilai-nilai displin, kerjasama, daya saing dan daya juang di
kalangan murid.
 Melahirkan warga PPKI SKGC yang cemerlang, gemilang, terbilang.
SASARAN
TENTATIF LATIHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

TARIKH : 23 MEI 2022 hingga 26 MEI 2022


HARI : Isnin hingga Khamis
MASA : 7.45 pagi hingga 10.45 pagi
KAWASAN LARIAN : Sekitar Kawasan Sekolah
JARAK LARIAN : 4km

Masa Tentatif Tindakan


7.30 pagi  Murid akan menguruskan diri untuk kelas Guru Kelas
masing-masing
7.40 pagi  Taklimat latihan kepada peserta di Mohd Tarmizi bin
padang sekolah . Hassan
 Pemanasan dan regangan badan.

07.45 pagi  Latihan dimulakan dan dilepaskan Mohd Tarmizi bin


 Di sekitar kawasan sekolah Hassan
10.45 pagi  Latihan berakhir

ANGGARAN BELANJA

Bil Perkara Harga Seunit Kuantiti Jumlah

1 Makan dan minum RM 5.00 8 RM 40.00


2 Buah Pisang RM 15.00 3 sikat RM 45.00

3 Peti Kecemasan (ubat) RM 30.00 1 kotak RM 30.00

6 Air Mineral RM 9.00 3 kotak RM 27.00

JUMLAH RM 142.00
PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan
dan mendatangkan faedah kepada semua murid. Disamping dapat meningkatkan semangat
kerjasama di antara murid serta ia turut memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada
murid.

Disediakan oleh:

……………………………..
MOHD SYAMIM BIN REDHUAN
SETIAUSAHA KO-KURIKULUM PPKI

Disemak oleh:

…………………………..
YUSNITA BINTI YATIM
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
SK GUAR CHEMPEDAK

Disahkan oleh:

………………………………
MOHD ZAMRI BIN ADAM
GURU BESAR
SK GUAR CHEMPEDAK

You might also like