You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

08800 GUAR CHEMPEDAK


KEDAH DARUL AMAN

PERMOHONAN
PROJEK NAIK TARAF KELAS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI (PPKI)
NEGERI KEDAH

NAMA SEKOLAH : SK GUAR CHEMPEDAK


DAERAH: KUALA MUDA YAN
TARIKH DIBUKA : JUN 2014
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

LATAR BELAKANG PROJEK


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Guar Chempedak ditubuhkan pada
tahun 2014. Pada awal penubuhan, hanya terdapat 2 orang guru dan 2 orang Murid
Berkeperluan Khas (MBK) sahaja. Program ini dibuka dengan menggunakan salah
sebuah kelas di sekolah ini iaitu kelas muzik yang dikelolakan oleh Panitia Muzik. Pada
ketika itu, kemudahan yang disediakan hanyalah kelengkapan perabot asas bilik darjah
seperti kerusi dan meja.
Pada tahun 2015 PPKI SK Guar Chempedak menerima dana sebanyak RM 50 000
untuk menaik taraf dan mengubahsuai bilik darjah menjadi kelas Pendidikan Khas.
Menerusi dana tersebut terbinalah 2 partition untuk membentuk 2 bilik darjah,
kemudahan kabinet dapur dan lantai mozek. Di atas ehsan sekolah, dewan diubahsuai
dan dijadikan sebahagian lagi kelas Pendidikan Khas. Selain itu, tandas guru
perempuan turut di beri untuk dijadikan tandas untuk kegunaan MBK. Namun begitu
keadaan di dalam tandas dikekalkan (bukan mesra OKU).
PPKI SK Guar Chempedak menerima pertambahan murid setiap tahun. Kini pada tahun
2021, jumlah murid PPKI yang berdaftar adalah seramai 32 orang iaitu terdiri daripada
20 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Jumlah murid seramai ini
membolehkan PPKI SK Guar Chempedak mendapat lesen untuk membuka kelas
sebanyak 4 bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru-guru PPKI SK Guar Chempedak mengambil inisiatif dengan
membina 2 lagi kelas secara terbuka. Keadaan ini menyebabkan proses PDPc sering
terganggu kerana murid-murid sukar menumpukan perhatian pada sesi pembelajaran.
Selain itu, tandas yang terdapat di PPKI SK Guar Chempedak juga tidak mesra OKU
dan amat berbahaya kepada murid-murid yang mengalami kesukaran fizikal. Justeru
menyedari kesulitan ini, pihak sekolah amat berharap agar permohonan menaik taraf
kelas dan mengubahsuai tandas kepada mesra OKU mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan.

.
BIODATA SEKOLAH

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak


Kod sekolah : KBA9001
Daerah : Kuala Muda Yan
Status : Sekolah Kerajaan
Bil Guru PPKI : 4 orang (1 lelaki , 3 perempuan)
Bil GPIT : 1 orang
Bil PKPK : 1 orang
Bil staf sokongan : 3 orang
Bil enrolmen murid PPKI : 32 orang ( 20 orang lelaki, 12 orang perempuan)
Bilik darjah sedia ada : 4 buah
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar
2.0 OBJEKTIF PROJEK
Pola penambahan dan penempatan murid dari sekolah berhampiran memerlukan
persediaan kelas supaya sesi pembelajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan
lancar dan sesuai dengan murid PPKI.
Cadangan pelaksanaan projek menaik taraf dan mengubahsuai bangunan kelas
Pendidikan Khas Integrasi sangat penting berdasarkan pertimbangan berikut:

1. KELAS
i. Keadaan bangunan dan Kelas Pendidikan Khas yang sedia ada tidak mampu
menampung kapasiti murid yang ramai. Berdasarkan anggaran belanja
mengurus (ABM)PPKI SKGC pada tahun 2021 adalah sebanyak 4 kelas.

ii. Kelas yang tidak selesa semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan serta
gangguan dari kelas bersebelahan kerana tiada halangan bagi membahagikan
kelas.

iii. Keluasan kelas yang sangat terhad dengan bilangan pelajar yang ramai tidak
menggalakkan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan yang optimum.

iv. Pola penambahan dan penempatan murid dari sekolah berhampiran


memerlukan persediaan kelas supaya sesi pembelajaran dan pemudahcaraan
berjalan dengan lancar dan sesuai dengan keperluan murid Pendidikan Khas

2. TANDAS

i. Hanya mempunyai sebuah tandas yang dikongsi bersama murid pendidikan


khas,. lelaki dan perempuan.

ii. Tandas yang sedia ada juga tidak mesra OKU dan tidak sesuai serta tidak
kondusif untuk kegunaan murid Pendidikan Khas yang mengalami
ketidakupayaan fizikal.

iii. Keadaan sedia ada amat berbahaya kepada murid pendidikan khas kerana
untuk menggunakan tandas perlu menaiki satu anak tangga.
3.0 SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS
Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang
sedia ada seperti berikut:

3.1 Ubahsuai dan membina partition untuk membentuk 3 buah kelas tambahan
3.2 Mengubah suai tandas untuk murid lelaki dan perempuan yang mesra OKU
3.3 Kemudahan railing dan ramp untuk MBK fizikal.

4.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKAKAN DARI PROJEK


Pelaksanaan projek ini dapat memenuhi keperluan seperti berikut:
4.1 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid-murid
Pendidikan Khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif yang lengkap dengan
kemudahan asas
4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas(mesra OKU) yang sepatutnya
lengkap untuk kelas pendidikan khas.
4.3 Projek menaiktaraf dan ubahsuai bangunan ini dapat meningkatkan dan
mengoptimumkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan guru serta murid di kelas
pendidikan khas.
4.4 Sesi pengajaran dan pemudahcaraan lebih fokus tanpa gangguan dari murid kelas
lain.
4.5 Kemudahan yang diberikan dapat meningkatkan kualiti dan pencapaian Program
Pendidikan Khas Integrasi SK Guar Chempedak.

5.0 JUSTIFIKASI PROJEK


Rasional projek naik taraf dan ubahsuai bangunan kelas pendidikan khas ini adalah
seperti berikut:

5.1 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap murid-murid


berkeperluan khas.
5.2 Enrolmen murid pendidikan khas yang bertambah setiap tahun memerlukan kelas
tambahan untuk sesi PDPc yang kondusif dan kemudahan tandas mesra OKU untuk
kemudahan asas yang bersesuaian dengan murid MBK.
5.3 Memberi kemudahan dan keselesaan dan juga keselamatan yang optimum bagi
murid-murid dan guru-guru pendidikan khas dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan berlangsung.
5.4 Mengatasi masalah dalam penggunaan tandas.

6.0 IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dilaksanakan adalah seperti berikut:
6.1 Susunan pembelajaran yang kurang selesa dan tidak kondusif kerana murid yang
padat dan bilangan kelas yang terhad
6.2 Gangguan semasa pengajaran dan pemudahcaraan dari murid dan guru dari kelas
bersebelahan yang menyebabkan murid hilang fokus.
6.3 Tandas yang tidak mesra OKU boleh mengundang kemalangan terhadap murid-
murid yang mengalami masalah fizikal.
6.4 Hasrat kementerian untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan persekitaran
yang kondusif tidak akan tercapai.
7.0 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN DENGAN PROJEK YANG DICADANGKAN
Kelas ke – 3 (tiada partition)

KEADAAN KELAS SEDIA ADA YANG


KEADAAN KELAS SEDIA ADA, TANPA
BERSEBELAHAN DENGAN MEJA GURU
PARTITION
MENYEBABKAN MURID-MURID KURANG
MEMBERI PERHATIAN PADA PROSES
PDPC
KEADAAN KELAS SEDIA ADA YANG TIADA PARTITION MENJEJASKAN PERHATIAN MURID-MURID
PADA PDPC KERANA LEBIH MEMBERI TUMPUAN PADA PERGERAKAN GURU DAN MURID-
MURID KELAS SEBELAH YANG KELUAR MASUK KELAS.

7.1 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN DENGAN PROJEK YANG DICADANGKAN


Kelas ke empat (tiada partition)

KELAS KE EMPAT. KEADAAN KELAS DI APIT DENGAN MEJA GURU DAN MEJA
PPM. KELAS YANG TIDAK KONDUSIF. MURID-MURID SUKAR MEMBERI
TUMPUAN KERANA LEBIH MEMBERI PERHATIAN KEPADA PERSEKITARAN
YANG TERBUKA. TAMBAHAN LAGI KELAS KE EMPAT INI DIHUNI OLEH MURID-
MURID ‘LOW FUNCTION’. BANYAK MASA DIBERIKAN KEPADA KAWALAN
MURID.
7.2 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN DENGAN PROJEK YANG
DICADANGKAN

TANDAS

KEADAAN TANDAS YANG TIDAK MESRA OKU.


AMAT BERBAHAYA KEPADA MURID-MURID OKU TERUTAMA KEPADA MURID-MURID YANG
MENGALAMI KETIDAKUPAYAAN FIZIKAL
7.2 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN DENGAN PROJEK YANG
DICADANGKAN
KEMUDAHAN SELUSUR (RAILING)

PANDANGAN DARI KELAS PPKI KE KANTIN (TANPA


KEMUDAHAN SELUSUR (RAILING)
8.0 LAMPIRAN PELAN SEDIA ADA
PPKI SK GUAR CHEMPEDAK

TANDAS

DAPUR
RUANG ICT
RUANG
PPM
RUANG DIDIK
LIBUR Kelas 4

RUANG KERJA
GURU

Kelas 3

Kelas 2

Kelas 1
9.0 TAPAK CADANGAN PROJEK
PELAN YANG DICADANGKAN UNTUK UBAH SUAI DAN NAIK TARAF PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK GUAR CHEMPEDAK

TANDAS
MESRA
OKU

DAPUR
RUANG ICT

RUANG KERJA
RUANG DIDIK GURU DAN
PPM
LIBUR

KEMUDAHAN
RAILING
Kelas 4
DARI
KELAS
PPKI
HINGGA
Kelas 3
KE KANTIN

Kelas 2

Kelas 1
10.0 TAPAK CADANGAN PROJEK
PELAN YANG DICADANGKAN UNTUK UBAH SUAI DAN NAIK TARAF PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK GUAR CHEMPEDAK

10.1 TANDAS MESRA OKU

10.2 KEMUDAHAN BILIK MANDI MESRA OKU


11.0 TAPAK CADANGAN PROJEK
PELAN YANG DICADANGKAN UNTUK UBAH SUAI DAN NAIK TARAF PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK GUAR CHEMPEDAK

11.1 KEMUDAHAN SELUSUR (RAILING)


11.0 PENUTUP

Pihak sekolah berharap agar permohonan menaik taraf kelas PPKI SK Guar
Chempedak dapat dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sewajarnya. Ini
kerana kelas yang tidak kondusif dan tanpa kemudahan OKU yang sepatutnya
mengundang impak yang besar dalam proses PDPc. Selain itu, faktor keselamatan dan
keselesaan mbk merupakan faktor utama permohonan ini.

Disediakan oleh:

…………………………………
(YUSNITA BINTI YATIM)
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
SK GUAR CHEMPEDAK

Disahkan oleh:

………………………………
(MOHD ZAMRI BIN ADAM)
GURU BESAR
SK GUAR CHEMPEDAK

You might also like