You are on page 1of 6

SEK. MEN. KEB.

BAROH PIAL
17200 RANTAU PANJANG, KELANTAN

KERTAS KONSEP
“BAROH-KAH HERB AND SPICES”

TAJUK PROJEK:

PEMBUNGKUSAN REMPAH
RATUS UNTUK MATA
PELAJARAN DKKV
PEMBUNGKUSAN BAGI
MURID KEFUNGSIAN
RENDAH
PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSM PK) telah di


laksanakan secara berperingkat bermula tahun 2017 untuk menggantikan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula di laksanakan sejak
tahun 1989. KSSM PK telah digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di
bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 agar kualiti
kurikulum di peringkat menengah adalah standing dengan kurikulum standard
antarabangsa. Bagi pendidikan khas terdapat dua dokumen standard iaitu
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Khas untuk murid yang
mempunyai kefungsian sederhana dan murid kefungsian rendah.

Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional (DKKV) pula dibangunkan bagi


memperincikan Unit kompetensi (UK) yang perlu dikuasai oleh murid
berkeperluan khas (MBK) kefungsian rendah yang meliputi 5 bidang kemahiran
iaitu asas masakan, asas jahitan, asas pertanian, seni kraf dan perkhidmatan dan
penyelenggaraan. UK bagi kelima-lima bidang ini dibangunkan berdasarkan
Standarad Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) daripada Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK baroh Pial telah memilih
bidang kemahiran perkhidmatan dan penyelenggaraan yang memfokuskan
kepada pembungkusan rempah ratus.

2
KERANGKA KONSEP

DKKV bagi MBK kefungsian rendah dibina dengan mengadaptasikan konsep


Community - Based Vocational Education (CBVE) atau Pendidikan Vokasional
Berasaskan Komuniti (PVBK) yang disarankan oleh Individuals with Disabilities
Education Act Amendments (IDEA). Asas aspirasi konsep PVBK ini adalah bagi
memastikan laluan kerjaya atau pekerjaan yang produktif kepada semua kategori
MBK.

Di dalam Konsep PVBK ini mempunyai empat komponen iaitu Penerokaan


Alam Kerjaya, Penilaian Kesediaaan Vokasional, Latihan Vokasional dan
Pengalaman Vokasional. Setiap komponen ini akan disepadukan di dalam
Rancangan Pendidikan Individu (RPI), Rancangan Transisi Individu (RTI) dan Modul
Transisi Kerjaya. Setiap Peringkat komponen bertujuan untuk meningkatkan
potensi dan kesediaan MBK menempuh alam dewasa, melanjutkan latihan dan
menempuh alam pekerjaan apabila tamat sekolah kelak.

Berdasarkan kepada komponen di atas, Projek Pembungkusan Rempah


Ratus bagi subjek DKKV kefungsian rendah diwujudkan bagi memberi peluang
kepada MBK untuk mengasah minat dan potensi diri masing - masing bersesuaian
dengan keadaan masyarakat dan komuniti setempat. Selain itu projek ini juga
merupakan salah satu perusahaan kecil yang tidak asing di kalangan MBK.
3
OBJEKTIF

Projek ini dirancang berdasarkan objektif berikut;

1. Memberi pendedahan mengenai laluan kerjaya yang mampu dicapai oleh


MBK.
2. Memberi laluan kerjaya yang ada di pasaran kepada MBK (terdapat banyak
perusahaan kecil rempah di Kelantan).
3. Mempertingkatkan kerjasama sekolah dengan komuniti setempat dalam
proses PdP yang berfokuskan pengalaman kerja sebenaer sebagai
kesediaan murid ke alam pekerjaan.
4. Membolehkan murid berinteraksi, berkomunikasi, membina hubungan dan
membuat keputusan sepanjamg projek dijalankan.

PERANCANGAN PROJEK

Perancangan dalam melaksanakan projek ini terbahagi kepada pelan tindakan dan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI).

Pelan Tindakan

Bil Aktiviti/Program Tindakan


1 Penyediaan bahan untuk penerokaan alam Guru akan melihat dan
kerjaya pembungkusan rempah dalam bilik menilai kecenderungan,
darjah minat dan kebolehan
- Video murid
- Gambar
- Bahan maujud
2 Mengadakan lawatan ke kilang pemprosesan Ditangguhkan kerana
rempah pandemik Covid 19
3 Pembelajaran dan latihan di dalam kelas Guru membina atau
- Merancang aktiviti projek mengikut menggunakan
DKKV instrument sedia ada
- Merancang aktiviti mengikut SOP
4 Pentaksiran Guru membina atau
- Menilai mbk mengikut panduan DKKV menggunakan
instrument sedia ada

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Perancangan projek ini akan di jelaskan kepada ibu bapa mbk yang terlibat dan
akan dimasukkan ke dalam perancangan RPI bersama pihak sekolah, ibu bapa dan
panel yang terlibat

PENUTUP

Pihak sekolah berharap agar projek pembungkusan rempah ini akan


berjalan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat. Ini kerana
projek ini dijangka akan memberi impak yang sangat besar dalam menyediakan
murid OKU ke dalam bidang perniagaan atau pekerjaan. Semoga selepas ini murid
yang berpotensi dapat dihasilkan dan seterusnya bersama-sama menjadi nilai
tambah dalam pembangunan modal insan di negara ini.
Disediakan oleh:

…………………………………
(NOOR AL DIYANA BT. NOORAL BILAD SATRIA)
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi,
SMK Baroh Pial,
Rantau Panjang, Kelantan

Disemak oleh:

…………………………………..
(ZULKIFLI BIN NOR)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Baroh Pial,
Rantau Panjang, Kelantan

Disahkan oleh:

…………………………………..
(YAHAYA BIN MOHD NOOR)
Pengetua,
SMK Baroh Pial,
Rantau Panjang, Kelantan

14

You might also like