You are on page 1of 9

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA

JALAN LEMBAH PERMAI, 11200 PULAU PINANG

_____________________________________________

KERTAS KERJA

PROJEK BILIK TERAPI SENSORI

DAN

PROJEK BILIK MULTISENSORI SNOEZELEN

_____________________________________________

TEMPAT

BILIK TERAPI SENSORI DAN BILIK MULTISENSORI SNOEZELEN

TEMPOH MASA

TAHUN 2021

ANJURAN

PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA


1.0 PENDAHULUAN

Kaedah multisensori adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran serentak


yang menjurus kepada aplikasi visual, auditori dan kinestetik-taktil. Malah kaedah
terapi ini antara pendekatan berkesan untuk merangsang perkembangan minda
kanak-kanak berkeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu
penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan rangsangan sendi.

1.1 BILIK TERAPI SENSORI

Bilik terapi sensori merupakan salah satu langkah untuk membantu kanak-kanak
istimewa mendapat bimbingan pembelajaran yang mampu meningkatkan daya
sensori. Pengajaran di bilik darjah semata-mata tidak mencukupi kerana pelajar
pendidikan khas memerlukan bimbingan tambahan bagi meningkatkan daya
tumpuan dan penggunaan deria. Bilik Terapi Sensori dikatakan sesuai untuk
membantu pelajar istimewa dari segi kecergasan mental dan fizikal seperti fokus
dalam pelajaran, memperbetulkan tingkah laku dan menenangkan fikiran
menerusi pelbagai aktiviti yang dipantau guru terlatih.

Setiap peralatan yang disediakan di sini mempunyai tujuan tersendiri


dalam meningkatkan fokus terhadap ruang, daya tumpuan, kecerdasan dan
kewaspadaan. Ia turut merangsang penggunaan deria khususnya penglihatan,
bunyi dan rasa yang membantu otak menyusun serta menterjemah maklumat.

1.2 BILIK MULTISENSORI SNOEZELEN

Bilik Multisensori Snoezelen merupakan bilik multisensori yang melibatkan


penggunaan dan rangsangan kelima-lima deria yang ada pada setiap individu. Ia
termasuklah rangsangan penglihatan (visual),pendengaran (hearing), sentuhrasa
(touch), bau (smell) dan rangsangan sendi (propriation). Snoezelen adalah
konsep yang melibatkan persekitaran dalaman sesebuah bangunan atau bilik
yang direkacipta bagi menyediakan keselesaan dan ketenangan dengan
menggunakan peralatan yang khusus.
Untuk menjalani terapi ini, satu bilik khas disediakan khusus untuk terapi
ini. Bilik terapi ini dilengkapi dengan pelbagai alatan yang akan merangsang
minda seseorang untuk berehat daripada segala tekanan. Media yang digunakan
dalam bilik terapi snoozelen ini adalah ,efek lampu, permukaan taktil, muzik
lembut, dan bau aroma yang harum. Snoezelen juga merupakan salah satu
daripada cabang terapi alternative yang dapat menggalakkan pemfokusan,
tindak balas keyakinan diri, relaksasi ketenangan otot, perubahan tingkah laku
dan menggalakkan proses perkembangan minda.
Memandangkan konsep snoezelen direka khusus untuk merangsang
deria murid-murid tanpa memberi sebarang tekanan intelektual dan ia berupaya
untuk mengawal persekitaran bagi membuatkan murid-murid berasa selamat dan
lebih tenang.
Oleh itu amat penting dua projek ini untuk direalisasikan di Sekolah
Kebangsaan Wan Ibrahim sebagai salah satu terapi bagi menggalakkan
pemfokusan, tindak balas keyakinan diri, relaksasi ketegangan otot-otot,
perubahan tingkah laku dan menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak
pendidikan khas.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menyediakan terapi atau rangsangan yang mewujudkan suasana dalam


meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap persekitaran mereka
melalui deria penglihatan dan pendengaran bagi mencapai ketenangan
dan menolong murid-murid mengalihkan perhatian daripada sebarang
gangguan;

2.2 Membolehkan murid-murid mengawal gangguan emosi mereka melalui


kesan cahaya, bunyian dan juga aroma yang terdapat di dalam bilik
Snoezelen;

2.3 Memberikan peluang kepada murid-murid mengalami pengalaman yang


menyeronokkan melalui peralatan yang digunakan dan dapat
mengaktifkan pengawalan alat sensori murid-murid;
2.4 Menggalakkan relaxation, konsentrasi dan pemfokusan dalam kalangan
murid serta dapat meningkatkan keyakinan diri melalui interaksi yang
berlaku semasa proses terapi dilaksanakan;2

2.5 Dapat mengurangkan keresahan, agitasi dan masalah hiperaktif dalam


kalangan murid-murid dan

2.6 Boleh dimanfaatkan kepada semua individu contohnya kepada warga


emas, guru atau murid-murid dalam membantu mengawal emosi melalui
peralatan yang disediakan di dalam bilik sensori integrasi dan juga
snoezelen.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Penyediaan bilik terapi sensori dan bilik mlutisensori snoezelen ini diwujudkan
umumnya untuk semua warga sekolah dan masyarakat sekitar dan khususnya
juga untuk murid-murid PPKI Sekolah Kebangsaan Tanjung Bunga. Kumpulan
sasarannya adalah seperti berikut:

3.1 Murid-murid yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan fizikal dan mental;

3.2 Murid-murid yang mengalami masalah perkembangan motor, kognitif


bahasa dan kemahiran interaksi social;

3.3 Murid-murid yang mempunyai kesukaran penumpuan belajar atau


challenging behavior.

3.4 Murid yang mengalami kondisi psikiatrik seperti kemurungan, skizofrenia,


resah, tertekan dan bingung.
4.0 PENYEDIAAN BILIK TERAPI SENSORI DAN BILIK MULTISENSORI
SNOEZELEN

4.1 Memastikan semua tingkap dan bukaan ditutup bagi memastikan tiada
cahaya luar memasuki bilik.

4.2 Keseluruhan bilik dilengkapi permaidani atau baby mat bagi menjamin
keselamatan murid.

4.3 Keseluruhan bilik akan dicat berwarna cerah bagi memastikan pantulan
cahaya yang lebih baik dan sempurna serta memberikan ilusi bilik yang
lebih luas.

4.4 Bilik-bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin untuk menjamin


keselesaan sepanjang proses terapi dijalankan dan juga untuk menjamin
pemeliharaan peralatan multi-sensori di dalam bilik tersebut.
5.0 JAWATANKUASA KHAS INDUK PROJEK BILIK TERAPI SENSORI DAN
MULTISENSORI SNOEZELEN

PENASIHAT
ENCIK MD RADZI BIN RAMLY
(GURU BESAR)

PENGERUSI I
PUAN WAN SAPINAH BINTI WAN AHMAD
(PENOLONG KANAN PPKI)

PENGERUSI II
DATIN CHENG LEAN BEE
(PENOLONG KANAN KURIKULUM)

PENGERUSI III
ENCIK KHOLI BIN SHARIFF
(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

PENGERUSI IV
ENCIK AHMAD RIDZUAN BIN OTHMAN
(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA
PUAN NURFARHANAH BINTI AHMAD TARMIZI
(GURU PPKI)

AHLI JAWATANKUASA
PUAN SURIANI OMAR (GURU PPKI)
PUAN ATHIE LETCHUMI CHELLIAH (GURU PPKI)
PUAN YUSHASMADIHAN MD YUSOF (GURU PPKI)
PUAN AZLINA SYED SULAIMAN (GURU PPKI)
ENCIK ARIVALAGAN A/L SRITARAN (GURU PPKI)
ENCIK YUNUS BINTI ZAKARIA (GURU PENDIDIKAN ISLAM)
PUAN NOORSHAKIRAH SHUHADA BINTI NOORDIN (PPM)
CIK NURUL SYUHADA BINTI MD SAFAR (PPM)
6.0 KEWANGAN

Semua perbelanjaan bagi merealisasikan bilik terapi sensori dan multisensorI


snozelen ini memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak dan boleh dirujuk
di Lampiran I.

7.0 PENUTUP

Diharapkan bilik terapi sensori dan multisensori snoezelen ini nanti akan dapat
dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid-murid PPKI SK Tanjung Bunga dalam
membantu merangsang deria murid tanpa memberi sebarang tekanan
intelektual.

DISEDIAKAN OLEH

…………………………………………………
NURFARHANAH BINTI AHMAD TARMIZI
SETIAUSAHA JAWATANKUASA
SK TANJUNG BUNGA

DISEMAK OLEH

…………………………………………………
PUAN WAN SAPINAH BINTI WAN AHMAD
GURU PENOLONG KANAN PPKI
SK TANJUNG BUNGA

DILULUSKAN OLEH

……………………………………
ENCIK MD RADZI BIN RAMLY
GURU BESAR
SK TANJUNG BUNGA
ANGGARAN KEWANGAN PERBELANJAAN PROJEK BILIK TERAPI SENSORI
DAN MULTISENSORI SNOEZELEN

BIL. PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH SUMBER


(RM/SEUNIT) (RM) KEWANGAN

1 Bubble Tube 5525 1 5525


With Plinth

2 Fibre Optic With 3145 1 3145


Plinth

3 Sportlight Mirror 807 1 807


Ball

4 Interactive 2375 1 2375


Carpet

Sumbangan pelbagai pihak


5 Mirror 30 40 4000

6 Bendy Mirror 100 3 300

7 Monkey Bar And 3450 1 3450


Slide

8 PA System 2000 1 2000

9 Penghawa 2000 2 4000


Dingin 1.5 HP

10 Ball Pool 1000 1 1000

11 Buaian Platform 300 2 600

12 Baby Mat 1 800 800

13 Rock Climbing 100 20 2000

14 Moon Swing 450 1 450


15 Platform Swing 680 1 680

16 Blackout curtain 100 8 800

17 Flexion Swing 870 1 870

18 Rectangular 1100 1 1100


Swing

19 Scooter Board 2270 1 2270


Ramp With
Scooter Board

20 Stair Platform 3070 1 3070


Slide L

21 Ball Pool Large 2780 2 5560

22 Trampoline 300 1 300

23 Platform Tunnel 2830 1 2830

24 Tri Climbing 3700 1 3750

25 Gym Set 550 5 2750

26. Swing 850 4 3400


Accessories

27. Kos 2500 1 2500


penghantaran
peralatan

Jumlah 0

You might also like