You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN HUSSEIN ONN

JALAN 2, KG PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR



KERTAS KERJA
PROGRAM INTERNSHIP

AMALAN 5S DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

TARIKH : 14 18 JULAI 2014
HARI : ISNIN JUMAAT
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TUN
HUSSEN ONN

PELAKSANA:
GURU PELATIH KAMPUS ILMU KHAS (SEM 2, TAHUN 4),
DENGAN KERJASAMA
GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TUN
HUSSEIN ONN

1.0 NAMA PROGRAM
Program Internship

2.0 TAJUK PROGRAM
Amalan 5S di Pusat Sumber Sekolah (PSS)

3.0 PENDAHULUAN
Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori
oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan
yang bermula dengan huruf awalan S yang bermatlamatkan pengurusan
amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan
Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa
Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya
peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa
Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit
tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan
proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan
daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.
Pusat sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan utama
bagi warga sekolah terutamanya para murid dan guru. Keceriaan dan
kekemasan pusat sumber memainkan peranan yang penting untuk melahirkan
suasana membaca dalam kalangan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Tun
Hussein Onn (SKTHO). Oleh yang demikian, guru pelatih kampus Ilmu Khas
dengan kerjasama guru pusat sumber SKTHO telah mengambil inisiatif untuk
menjalankan program Amalan 5S di pusat sumber sekolah. Tujuan program ini
adalah untuk menarik lebih ramai murid dan guru ke pusat sumber sekolah
kerana suasananya yang kondusif. Program ini dijadualkan berlangsung pada 14
hingga 18 Julai 2014 (Isnin hingga Jumaat).


4.0 RASIONAL
Program ini diharap dapat menyemai amalan 5S dalam kalangan murid dan guru
SKTHO di samping mewujudkan suasana yang kondusif, kemas dan teratur di
dalam pusat sumber sekolah. Seterusnya menarik minat lebih ramai murid dan
guru untuk berkunjung dan menggunakan pusat sumber sekolah. Dalam masa
yang sama, suasana membaca dalam kalangan murid dan guru dapat
diwujudkan di pusat sumber sekolah.

5.0 OBJEKTIF
Program ini dijalankan demi mencapai beberapa objektif:
5.1 Mewujudkan persekitaran pusat sumber yang kondusif, berkualiti dan
produktif.
5.2 Menghasilkan persekitaran yang bersih, kemas dan selamat digunakan.
5.3 Melahirkan murid, guru dan kakitangan yang berdisiplin semasa berada di
pusat sumber sekolah.
5.4 Memudahkan kerja ahli pusat sumber sekolah semasa bertugas.
5.5 Mewujudkan suasana membaca dalam kalangan murid dan guru di pusat
sumber sekolah.
5.6 Menyemai rasa sayang dan cinta terhadap sekolah.

6.0 ANJURAN
Semua guru pelatih kursus PISMP (Semester 2, Tahun 4) Ambilan Januari 2011,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dengan kerjasama guru Pusat
Sumber Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn.

7.0 PENYELARAS PROGRAM
En. Mohamed Rosidi Bin Kahar

8.0 SASARAN
Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn.

9.0 BILANGAN PESERTA
Murid : 882 orang
Guru : 71 orang

10.0 BUTIRAN PROGRAM
Butiran-butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 14 hingga 18 Julai 2014
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tun Hussein
Onn

11.0 STRUKTUR ORGANISANI
Sila rujuk pada:
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2

12.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk pada:
LAMPIRAN 3

13.0 BELANJAWAN
Sila rujuk pada:
LAMPIRAN 4

14.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini akan mendapat kerjasama yang
sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat demi memastikan
matlamat dan objektif ini akan tercapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,




.
(SITI ZULAIHA BINTI MOHD HANAZAN) (EN. MOHAMED ROSIDI BIN KAHAR)
Setiausaha, Mentor,
Program Amalan 5S di Pusat Sumber, Guru Pelatih (Semester 2, Tahun4),
SK. TUN HUSSEIN ONN. SK. Tun Hussein Onn.





Disahkan oleh,


.
(PN. ELEENA HASLIN BINTI MUSLIM)
Guru Besar,
SK. Tun Hussein Onn,
55100 Kuala Lumpur.








LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM AMALAN 5S DI PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TUN HUSSEIN ONN (SKTHO)
TAHUN 2014

PENASIHAT
PN. ELEENA HASLIN BINTI MUSLIM
GURU BESAR SKTHO

PENGERUSI
CIK AZIRA BINTI A.AZIZ
PEN. KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI (I)
PN. RUZANA BINTI DERAMAN
PEN. KANAN HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI (II)
PN. NORHAYATI BINTI MUSTAFA
PEN. KANAN KOKURIKULUM

SETIAUSAHA
PN. HEZUIN BINTI MD ZIN
GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENYELARAS PROGRAM
EN. MOHAMED ROSIDI BIN KAHAR
MENTOR GURU PELATIH KAMPUS ILMU KHAS

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU PELATIH
(1) SITI ZULAIHA BINTI MOHD HANAZAN
(2) MOHAMAD SHAHRIL BIN ALIM
(3) MUHAMMAD NASROOL SHAZRIN BIN SAMSUDDIN
(4) NOORAZIEMAH BINTI MOHAMED



LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM AMALAN 5S DI PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TUN HUSSEIN ONN

PENGERUSI
CIK AZIRA BINTI A.AZIZ
PEN. KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI (I)
PN. RUZANA BINTI DERAMAN
PEN. KANAN HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI (II)
PN. NORHAYATI BINTI MUSTAFA
PEN. KANAN KOKURIKULUM

PENYELARAS PROGRAM
EN. MOHAMED ROSIDI BIN KAHAR
MENTOR GURU PELATIH KAMPUS ILMU KHAS

SETIAUSAHA
SITI ZULAIHA BINTI MOHD HANAZAN
GURU PELATIH KAMPUS ILMU KHAS

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU PELATIH
(1) MOHAMAD SHAHRIL BIN ALIM
(2) MUHAMMAD NASROOL SHAZRIN BIN SAMSUDDIN
(3) NOORAZIEMAH BINTI MOHAMED








LAMPIRAN 3

TENTATIF PROGRAM
Tarikh Aktiviti
14 Julai 2014 (Isnin) - Merancang dan menyusun rak-rak
buku dan meja-meja
15 Julai 2014 (Selasa) - Cuti (Nuzul Quran)
16 Julai 2014 (Rabu) - Menyusun buku-buku mengikut
subjek/pengkelasan tertentu
17 Julai 2014 (Khamis) - Melabel rak-rak buku mengikut
subjek/pengkelasan tertentu
18 Julai 2014 (Jumaat) - Menyapu dan mengemaskini
pusat sumber sekolah




















LAMPIRAN 4

BELANJAWAN
Anggaran perbelanjaan bagi menjalankan program ini adalah seperti berikut:
Bil Bahan Kuantiti Jumlah (RM)
1. Kertas warna 1 RM 4.00
2. Plastik laminate 1 RM 20.00
3. Pita pelekat 1 RM 1.00
4. Bunting 1 RM 8.00
5. Kertas A4 1 Rm 8.00
JUMLAH RM44.00

You might also like