You are on page 1of 5

LAMAN MINDA SIHAT 2023

KERTAS KERJA
LAMAN MINDA SIHAT

1.0 PENGENALAN

Program Minda Sihat merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan
dan kaunseling. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera”
bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan
mental. Poster-poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama
keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa
peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan-rakan lain. Unit Bimbingan
Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Sutera (SETARA) sebagai unit yang
menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan
intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan
psikososial kepada murid.

2.0 RASIONAL
Perlaksanaan program ini akan memberikan impak kepada pelajar daripada
beberapa perspektif :

2.1 Memberi ruang kepada murid untuk melaksanakan terapi demi mengurangkan
tekanan emosi semasa
2.2 Mendidik murid agar menjadi insan yang sentiasa berusaha mencari alternatif
ke arah menjadi individu yang sentiasa positif.
2.3 Menjadi tempat untuk pelajar mengulangkaji pelajaran dan santai sebelum
balik ke rumah dan masuk ke kelas masing-masing sewaktu aktiviti senggang
kelas..

3.0 OBJEKTIF
Projek ini ini bermatlamat untuk meningkatkan kesungguhan dan semangat para
pelajar berdasarkan beberapa objektif antaranya:

3.1 Membina generasi cakna mengenai kesejahteraan mental murid.


3.2 Memberi ruang kepada murid untuk menjadikan laman minda sihat sebagai
tempat interaksi dan aktiviti terapi ketika mereka mempunyai masa terluang.
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU 1
LAMAN MINDA SIHAT 2023

3.3 Membina kendiri dan jati diri intrapersonal serta interpersonal sekaligus membina
generasi yang membesar dalam ruang yang mesra, positif dan kondusif.
3.4 Ruang mencari ilham atau santai minda yang membantu murid menterjemahkan
kreativiti, kualiti dan pemikiran kritis dalam keseimbangan mental dan fizikal.

4.0 LOKASI LAMAN MINDA SIHAT


Taman bersebelahan Dewan Tertutup Sekolah Kebangsaan Taman Sutera dan
berhadapan dengan kantin. Ia sangat sesuai kerana mempunyai kolam ikan dan
kawasan yang teduh.

5.0 KONSEP LAMAN MINDA SIHAT


KONSEP : SUASANA DAMAI BERSAMA FLORA DAN FAUNA
5.1 Murid seakan berkelah dalam suasana yang dipenuhi flora dan fauna menjadikan
Laman Minda Sihat SETARA sebagai terapi naturalis kepada semua yang
menikmatinya.
5.2 Menyediakan ruang rehat murid dilengkapi ruang rehat berbumbung (gazebo),
suasana terapi minda (pancuran air terjun ), terapi aroma ( bunga / tumbuhan bau
segar), dan terapi muzik (inovasi alat muzik terpakai) serta permainan (mini golf).
5.3 Murid yang berkunjung mendapat ganjaran kata nasihat, tips minda sihat, bacaan
doa bagi Muslim ( bookmark), boleh meluah perasaan ,melalui sticker 'my emo'. &
boleh berjumpa guru / kaunselor bagi ganjaran selanjutnya.

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU 2


LAMAN MINDA SIHAT 2023

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAMAN MINDA SIHAT


Jawatankuasa Induk
PENGERUSI : En Dolie @ GL Shamsyul bin Eddie @ Idea
(Guru Besar )
TIMBALAN PENGERUSI : Puan Ruhana binti Wahab (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 1 : En Azri bin Abd Razak (GPK Pentadbiran)
2 : En Gunalan Velayuthan (GPK KOKO)
PENYELARAS : Mohd Aidil bin Sahipaludin
(Guru Bimbingan dan kaunseling)

Jawatankuasa Kerja
PENYELARAS PENGURUSAN TEMPAT : En Mohd Firdaus bin Abd Aziz
PENYELARAS DEKORASI FLORA FAUNA : En Rashidi bin Othman
PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH : En Mohd Bakri bin Nasirudin
DOKUMENTASI & BROSUR : Pn. Nur Idayu binti Mohd Nordin
JURUGAMBAR : En Muhammad Safari bin Abdullah

7.0 PERBELANJAAN
BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
Set Gazebo 1 x RM3000 RM3000. 00
Pasu, pokok bunga dan tanah 5 x RM100 RM 500.00
Satu unit pancuran air 1 x RM500 RM 500.00
Set kerusi dan meja (Outdoor) 2 x RM150 RM 300.00
Cat mural 5 x RM20 RM 100.00
Patio Garden Umbrella Outdoor 2 set x RM150 RM 300.00
2.7M
Garden Decoration Outdoor Arch 6 set x RM30 RM 60.00
Wall Trellis
LED Solar Stainless Steel Garden 6 x RM40 RM 240.00

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU 3


LAMAN MINDA SIHAT 2023

Lighting
Info-Info Minda Sihat 10 x RM10 RM 100. 00
Total RM 5100.00

8.0 SUMBER KEWANGAN


SUMBANGAN TAJAAN

9.0 PENUTUP
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pelajar. Kesejahteraan mental
merupakan satu elemen yang amat penting dalam pembentukan kendiri murid. Justeru
murid yang terbina dengan kefahaman mengenai kesejahnteraan mental akan menjadi
individu yang mampu bertahan dalam suasana dan cabaran pada masa kini

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… …………………………….
(MOHD AIDIL BIN SAHIPALUDIN) (RUHANA BINTI WAHAB)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Taman Sutera SK Taman Sutera

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU 4


LAMAN MINDA SIHAT 2023

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU 5

You might also like