You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

JOM KEMBALI KE SEKOLAH 2022

Pengenalan
Program Jom Kembali Ke Sekolah merupakan projek yang melibatkan intervensi unit
bimbingan dan kaunseling sebagai meraikan kehadiran murid -murid selepas cuti persekolahan
penggal yang lalu. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Operasi Yang Standard yang telah
dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek
keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam
kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19.Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada
murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster psikososial Minda
Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk
memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain.
Amalan Guru Penyayang diterapkan meraikan murid dan Unit Bimbingan Kaunseling juga aktif
mempromosi kesediaan murid kembali ke sekolah sebagai unit yang menjaga psikososial dan
kesejahteraan minda murid.  juga Aktiviti psikososial juga  berguna untuk membantu
murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami
masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan.
Seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda
dan emosi.
 

2.0     Matlamat
Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental dan
dapat hadir ke sekolah.

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

4 April 2022 / 6.50 Pagi / SMK Westlands

4.0       Sasaran

  Semua warga SMK Westlands


5.0       Objektif

 
1)   Mengalu -alukan kehadiran murid ke sekolah dengan pengedaran ‘door gift’ untuk meraikan
murid yang hadir ke sekolah
2) Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit dan 
sembang dekat melalui penyebaran poster.
3)  Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup
separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih
berkonsep peringatan (warn).

6.0      ANGGARAN PERBELANJAAN

   BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH


(SEUNIT)
1 BOOK MARK RM0.50 300 RM150
2 STREAMER HERO RM26 2 RM52
         
3 PEN PERCUMA 200 PERCUMA

  JUMLAH RM202

7.0     AHLI JAWATANKUASA 

Pengerusi: Dr. Roslan Bin Yusof (Pengetua)


Timbalan Pengerusi: Pn. Suzana Binti Khamis (PK HEM)
Naib Pengerusi: Pn Latha N. Chelliah Pillay (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi: En. Lim Ah Seng (PK Kokurikulum)
Setiausaha/Dokumentasi: En. Muhammad Syahmi Bin Mohd Jamil (GBK)
AJK Sambutan: Semua Guru Kanan
Pn. Lau Siaw Ling
Cik Ng Li See
AJK Jemputan Pegawai Polis: En. Muhamad Fairuz Bin Yusof
AJK Fotografi: En. Ruzinorsham Mat Said
8.0   TENTATIF
TAJUK : MEMUGAR PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH
OBJEKTIF: 1) Murid dirakan kehadiran kembali ke sekolah kesihatan mental dan
fizikal dalam tempoh endemik
Menyambut kehadiran murid di pagar dan pengedaran
‘door gift’ kepada murid 7.00 pagi – 7.30 pagi
Penerangan SOP di dalam kelas oleh guru kelas/ guru
matapelajaran pertama 7.30 pagi - 7.35 pagi

11.0     PENUTUP

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program


yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.

……………………………………..
Disediakan oleh En. Muhammad Syahmi Bin Mohd Jamil
Guru Bimbingan & Kaunseling

……………………………………..
Disemak oleh Pn. Suzana Binti Khamis
Penolong Kanan HEM

……………………………………..
Disahkan oleh Dr Roslan Bin Yusof
Pengetua

You might also like