You are on page 1of 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KELAS PENDIDIKAN KHAS


PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN OTHMAN
SHAWAL 78200 KUALA SUNGAI BARU
MELAKA

KERTAS KERJA
MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR

TARIKH
2 DISEMBER 2021

ANJURAN
PPKI
DAN
-1-
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN GURU
PENDIDIKAN KHAS
MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR

1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran merupakan suatu proses yang diperolehi secara sistematik bermula dari
penerimaan rangsangan melalui pelbagai deria, pembentukan konsep dalam minda dan
diikuti dengan perubahan tingkah laku. Hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan
tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Perubahan ini
dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan oleh proses pertumbuhan.
Perubahan boleh berlaku secara formal (dalam ‘setting’ bilik darjah) dan secara tidak formal
melalui pendedahan persekitaran atau melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar
pendidikan formal.

Kepelbagaian proses pembelajaran inilah yang mendorong PPKI Sekolah Kebangsaan


Othman Shawal merancang MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR. Konsep pendidikan yang
menyeluruh kepada semua golongan kanak-kanak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
merupakan titik tolak kepada penglibatan anak-anak istimewa dalam semua bidang
pembelajaran. Aktiviti ini merupakan salah satu pengisian kurikulum anak-anak istimewa
bagi membolehkan mereka turut menikmati alam kehidupan/sosialisasi sepertimana kanak-
kanak normal yang lain.

Aktiviti ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk


pengalamian yang memberi peluang kepada individu untuk memahami kebolehan diri
semasa aktiviti dijalankan. Aktiviti ini dirancang khusus untuk anak-anak istimewa yang
diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan konsep kendiri yang lebih mantap selain
untuk meningkatkan kebolehan dan kecekapan berkomunikasi dan bersosialisasi dengan
masyarakat atau komuniti. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan keyakinan diri anak-anak istimewa di samping memberi peluang


kepada mereka untuk menikmati kehidupan bersosialisasi.

3.0 OBJEKTIF
1. Meningkatkan tahap emosi murid dengan perasaan dihargai dan disayangi.
2. Mengeratkan hubungan antara murid-murid, guru-guru dan pembantu pengurusan
murid.
3. Mewujudkan kerjasama antara murid-murid, guru-guru dan pembantu pengurusan
murid.
4. Memberi peluang merasi pengalaman kepada murid untuk merasai suasana baru.
5. Meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan masyarakat luar.
-2-
6. Menyedarkan murid-murid Pendidikan Khas akan potensi diri masing-masing.

4.0 SASARAN
Semua Murid Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Othman
Shawal.

5.0 MODULAR

MATA PELAJARAN/ STANADRD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


KOMPONEN

1.Bahasa Melayu 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
respon dalam pelbagai situasi respons terhadap ayat
perintah
1.1.2 Melafazkan ayat perintah
dalam pelbagai situasi

2. Pendidikan Jasmani 5.1 Mematuhi dan 5.1.1 Mengamalkan kaedah


mengamalkan pengurusan dan persediaan diri sebelum
keselamatan semasa dan selepas melakukan
aktiviti
5.1.2 Memilih peralatan yang
selamat digunakan
5.1.3 Menyimpan peralatan di
tempat yang selamat selepas
melakukan aktivit

3.Pengurusan Diri 1.1 Kenali rakan 1.1.2 Mengenalpasti panggilan


yang sesuai semasa
berkomunikasi dengan rakan

MATA PELAJARAN/ STANADRD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


KOMPONEN
4.Kemahiran Manipulatif 3.3 Pengamatan sensori deria 3.3.1 Mengenalpasti deria rasa:
rasa -manis : kek

5.Matematik 1.5 Nombor dalam kehidupan 1.5.1 Menyebut nombor di


harian persekitaran
1.5.2 Membilang objek di
persekitaran
1.5.3 Mengaplikasikan nombor
dalam kehidupan seharian.

-3-
6.0 BUTIRAN AKTIVITI
Jangka masa Aktiviti : 1 hari
Tarikh : 2 November 2021
Hari : Khamis
Bilangan Murid : 19 orang
Bilangan guru dan PPM : 9 orang
Jemputan : 04 orang
Jumlah : 32 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Normah Binti Awal


(Guru Besar)

Penolong Pengerusi : Puan Norhayati Binti Nordin


(GPK Pendidikan Khas)

Penyelaras : Puan Azlina Binti Abdullah

Ketua Program : Siti Nor Hanisah Binti Mohamed Huri

Setiausaha : Cik Husna Saadah Binti Abdullah

Bendahari : Puan Azlina Binti Abdullah

AJK Keselamatan & : Encik Mirsad Amri Bin Md Sim


Disiplin Murid

Dokumentasi : Puan Nurul Syifak Binti Mohamed

AJK Backdrop : Puan Aniza Binti Che Ani

AJK Makanan : Puan Fauziah Binti Md Nor


Puan Suaidah Binti Johari

AJK Aktiviti : Cik Husna Saadah Binti Abdullah

-4-
8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
7.45 pagi Berkumpul di sekolah
8.00 pagi Aktiviti & persiapan
10.00 pagi Potong kek dan sesi bergambar
10.30 pagi Makan
12.30 tengah hari Balik

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


Makanan dan minuman (19 orang x RM 10.00) 190.00
1
(Murid)
2 Hiasan Backdrop (1 x RM 100.00) 100.00
3 Goodies (19 orang x RM 7.00) 133.00
4 Kek & manisan 200.00
JUMLAH KESELURUHAN 623.00

10.0 SUMBER KEWANGAN


1. Tabung aktiviti PPKI
2. Sumber perseorangan

11.0 PENUTUP
Majlis sambutan hari lahir Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran yang dirancang ini diharap
menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan dan pembentukan sahsiah anak-anak
istimewa yang gemilang sebagai generasi pewaris negara pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

……………………… ……………………… ………………………


(PN SITI NOR HANISAH BT (PN NORHAYATI BINTI NORDIN) (PN NORMAH BINTI AWAL)
MOHAMED HURI) Guru Penolong Kanan, Guru Besar,
Ketua Program Keraian PPKI SK Othman Shawal. SK Othman Shawal.
PPKI SK Othman Shawal.

-5-
-6-

You might also like