You are on page 1of 15

16

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan
(Ambilan Jun 2020)

MPU3062
KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM

Disediakan oleh:

Nama: NURUL SYAMSINA BINTI HAMID

No. Kad Pengenalan: 010522110020

Angka Giliran: 2020192340016

Kumpulan/ Unit PISMP F1

Nama Pensyarah: BADRUL ZAMAN MOHD RAZALI

Tajuk Tugasan : PENGURUSAN PERKHEMAHAN

Tarikh Penyerahan: 6 OGOS 2021

Tarikh Menerima Maklum


Balas Daripada
Pensyarah
SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman


1. Pengenalan 1
2. Rasional 1
3. Latar Belakang 1
4. Matlamat 2
5. Objektif 2
6. Maklumat Program 2
7. Kumpulan Sasaran 2
8. Ahli Jawatankuasa 2
9. Belanjawan 2
10. Jadual Aktiviti Perkhemahan 2
11. Penutup 3
12. Lampiran A 4
13. Lampiran B 8
14. Lampiran C 10
15. Rujukan 11
KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT

SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT


WAKAF TENGAH, 21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU

PERKHEMAHAN
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 2021

TARIKH:
1 HINGGA 3 JULAI 2021

TEMPAT:
KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL
1497, JLN PANTAI TELUK KETAPANG
21300 KUALA TERENGGANU,
Terengganu.

ANJURAN:
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
1
1.0 PENGENALAN
Program perkhemahan ini merupakan satu program yang menyuburkan
potensi murid dalam semua aspek perkembangan fizikal dan mental, menguasai
kemahiran diluar bilik darjah serta memupuk semangat perpaduan di kalangan ahli
Pergerakan Puteri Islam Malaysia SK Kompleks Mengabang Telipot. Program
perkhemahan ini bakal mendedahkan kepada para pelajar tentang aktiviti
perkhemahan yang mencabar fizikal dan mental di samping memberi pengetahuna
tentang teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah,
menjaga dan melindungi diri daripada bahaya serta pengurusan diri semasa
perkhemahan.

2.0 RASIONAL
Perkhemahan merupakan aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah.
Aktiviti ini dapat memupuk pembangunan kemanusiaan secara segerak dengan para
peserta iaitu mereka mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya
sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong menolong, berdisiplin dan
lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada diri sendiri. Selain itu, aktiviti
perkhemahan juga dapat meningkatkan jati diri murid dengan pendedahan murid
terhadap cabaran-cabaran fizikal dan mental secara langsung akan memantapkan
semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.

3.0 LATAR BELAKANG


Perkhemahan unit beruniform merupakan satu saluran pendidikan luar bilik
darjah yang amat berkesan terutamanya dalam menangani masalah gejala sosial
yang semakin berleluasa kini. Selain itu, aktiviti perkhemahan turut dapat mendidik
murid-murid menaruh kepercayaan pada diri sendiri dan mengetahui kemampuan diri.
Oleh itu, mereka didedahkan dengan persekitaran baru di mana dapat memupuk sifat
keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal dalam diri masing-masing. Di
samping menambahkan ilmu pengetahuan serta menimba pengalaman, aktiviti
perkhemahan juga dapat membuka peluang kepda murid-murid untuk menonjolkan
kemampuan diri mereka sekaligus dapat mengeratkan tali persaudaraan antara murid
dan murid serta murid dan guru.
2
4.0 MATLAMAT
Perkhemahan adalah untuk memantapkan jati diri murid di samping mencapai
kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan lima aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial untuk melahirkan generasi murid yang seimbang serta berpotensin untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat,
bangda, agama dan negara (Noriati A. Rashid, 2016).

5.0 OBJEKTIF
Murid dapat:
5.1 Merasai pengalaman dalam menyertai perkhemahan.
5.2 Melatih diri untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
5.3 Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa menyertai aktiviti berkummpulan.
5.4 Melatih diri mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin.

6.0 MAKLUMAT PROGRAM


6.1 Tarikh: 1 – 3 Julai 2021
6.2 Tempat: Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail

7.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini melibatkan semua murid unit beruniform Pergerakan Puteri Islam
Malaysia SK Kompleks Mengabang Telipot dari tahun 5 hingga tahun 6 seramai 80
orang.

8.0 AHLI JAWATANKUASA


Seperti di Lampiran A.

9.0 BELANJAWAN
Seperti di Lampiran B.

10.0 JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN


Seperti di Lampiran C.
3
11.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam
Malaysia (PPIM) dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang. Program ini berperanan
untuk memupuk semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-
membantu serta mengekalkan hubungan silaturahim antara murid. Kejayaan program
ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Sokongan dan bantuan dari
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program ini didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

Syamsina
(CIK NURUL SYAMSINA BINTI HAMID)
Setiausaha PPIM,
SK Kompleks Mengabang Telipot

Disemak oleh,

Amir
(EN. AMIR BIN ISMAIL)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kompleks Mengabang Telipot.

Disahkan oleh,

Abdullah
(EN. ABDULLAH BIN YUSOF)
Guru Besar,
SK Kompleks Mengabang Telipot.
4

Lampiran A

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI:
En. Abdullah Bin Yusof
(Guru Besar)

TIMB. PENGERUSI:
En. Amir Bin Ismail (Gpk Ko-Kurikulum)
En. Faris Bin Zuki (Gpk Pentadbiran)
En. Yusuf Bin Bakar (Gpk Hem)

SETIAUSAHA:
Cik Nurul Syamsina Binti Hamid

BENDAHARI:
Pn Nur Adila Binti Zulkifli

JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Senarai Semak Tugas JK


Kem Komandan En. Ahmad Faris Bin Ismail • Memastikan semua program
Pen. Kem Komandan Cik Nurul Syamsina Binti perkhemahan berjalan
Hamid dengan lancar.
• Membuat laporan dari
semasa ke semasa di dalam
buku catatan.
• Menerima laporan daripada
ketua pasukan selepas
aktiviti.
• Memastikan peserta
perkhemahan berada dalam
keadaan baik sepanjang
tempoh perkhemahan.
• Sentiasa memantau Kawasan
perkhemahan supaya berada
salam keadaan baik dan
selamat.
Urusetia Cik Nurul Syamsina Binti Hamid • Menguruskan segala hal
Pn. Syafika Binti Nasir surat-menyurat.
• Menyediakan jadual aktiviti
perkhemahan.
• Memastikan perkhemahan
berjalan mengikut jadual yang
ditetapkan.
• Sentiasa menghebahkan
segala maklumat terkini.
• Melantik hakim-hakim
pertandingan.
• Menyediakan surat
kebenaran khas
perkhemahan dan
mengedarkan kepada semua
peserta dua minggu sebelum
perkhemahan.
• Membuat laporan setiap
aktiviti yang dijalankan.
Pendaftaran/ Sijil/ Cik Faezah Binti Kamaruzaman • Mengambil kedatangan
Cenderahati Pn. Zulaikha Binti Muhammad peserta.
• Mengedar jadual aktiviti dan
peraturan perkhemahan.
• Memaklumkan tempat
perkhemahan.
• Mengendalikan pendaftaran
peserta sebelum hari
perkhemahan.
• Menyediakan sijil penyertaan
kepada semua peserta
perkhemahan.
• Menyediakan hadiah kepada
peserta berdasarkan
pertandingan yang
dijalankan.
• Menguruskan majlis
penyampaian hadiah atau
lain-lain cenderamata
sekiranya perlu.
Makanan/Minuman Pn. Aina Binti Abdullah • Menyelaras makanan dan
VIP & Murid Pn Safia Binti Zulkifli minuman yang mencukupi
bagi semua VIP yang terlibat.
• Menyelaras makanan dan
minuman yang mencukupi
bagi semua murid yang
terlibat.
Juruacara Pn. Ainnur Erlyana Binti Aziz • Menyediakan teks aturcara
(Perasmian Penutup) Jaafar penutupan.
• Laksanakan majlis penutup.
Disiplin/ Keselamatan/ Kem Komandan & Urusetia • Dapatkan kawalan pihak polis
Kebersihan/ (waktu malam) – hantar surat
Keceriaan/ rasmi.
Kerohanian • Maklumkan kepada pengawal
keselamatan.
• Tetapkan peraturan khas
perkhemahan – terutama
waktu malam.
• Menyediakan jadual waktu
solat.
• Mengendalikan kuliah
selepas solat/ tazkirah.
• Memastikan Kawasan
perkhemahan berada dalam
keadaan bersih dan teratur
semasa dan selepas
perkhemahan.
• Memastikan bilik air dan
tempat solat berada dalam
keadaan bersih.
• Menyediakan tempat
pembuangan sampah yang
secukupnya.
Dokumentasi/ Buku Pn. Athirah Binti Adnan • Merakamkan gambar
Program sepanjang program
dijalankan.
• Membuat dokumentasi/
bulletin bergambar.
• Menyediakan buku pogram
atau brosur yang lengkap
sebelum majlis penutupan
berlangsung.
Persediaan Tempat/ Pn. Mazila Binti Ghani • Menyediakan, memasang
Siaraya Cik Afiqah Binti Sufian dan menyiapkan semua jenis
peralatan bagi aktiviti yang
diadakan.
• Mengemas dan menyimpan
semula peralatan yang telah
digunakan di tempat yang
sesuai.
• Menyediakan kendalian
elektrik dan peralatan siaraya
yang baik di seluruh tapak
perkhemahan sepanjang
tempoh kem diadakan.
• Memastikan alatan siaraya
berfungsi dengan baik.
• Menguruskan peralatan bagi
semua program seperti
malam kebudayaan dan
sebagainya.
8

Lampiran B

BELANJAWAN

9.1 Pendapatan
Bil Perkara Anggaran Kos Catatan
1 Yuran peserta (RM20 x 80 orang) RM1600
2 Sumbangan RM1300 Peruntukan daripada
sumbangan ibu bapa
3 Sumbangan Kelab Guru RM800
JUMLAH RM3700

9.2 Perbelanjaan
Bil Perkara Anggaran Catatan
Kos
1 Makan Peserta
Sarapan RM480 RM3.00 x 2 hari x 80
peserta
Makan Tengah hari RM800 RM5.00 x 2 hari x 80
peserta
Makan Malam RM800 RM5.00 x 2 hari x 80
peserta
2 Hadiah Pertandingan
Kawad Kaki 5 x tempat pertama x
Khemah tercantik RM60
Malam Kebudayaan RM600 5 x tempat kedua x RM40
Masakan Rimba
Simpulan 5 x tempat ketiga x RM20
3 Penginapan RM500 RM250 x 2 malam
4 Sijil penyertaan RM80 RM1.00 x 80 peserta
5 Cenderahati RM100 Perasmi penutup
6 Peralatan Runcit
Belerang RM10 x 3 kilo
Tali RM270 RM20
Banner + marker pen + kertas A4 RM100
Gas RM120
JUMLAH RM3630
10

Lampiran C

JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN

1 JULAI 2021 (Khamis)

MASA AKTIVITI
2.30 pm Pendaftaran peserta
3.00 pm Mendirikan khemah
Urus diri
Solat Asar berjemaah
4.30 pm Minum petang
Taklimat kem
5.30 pm Makan malam
6.30 pm Urus diri
Solat maghrib
Bacaan Yassin
Solat isyak
9.00 pm Malam muhasabah diri
10.30 pm Urus diri
Kerja lapangan
Padam lampu

2 JULAI 2021 (Jumaat)

MASA AKTIVITI
5.30 am Urus diri
Solat subuh
7.00 am Riadah
8.00 am Sarapan
8. 30 am Pertandingan Kawad Kaki
10.30 am Pertandingan Masakan
12.30 pm Urus diri
Makan tengah hari
Solat zohor
3.00 pm LDK
4.30 pm Solat asar
5.00 pm Pertandingan simpulan
6.30 pm Riadah
Rehat
Makan malam
7.30 pm Solat maghrib
Solat isyak
9.00 pm Pertandingan malam kebudayaan
11.00 pm Urus diri
Tidur

3 JULAI 2021 (Sabtu)

MASA AKTIVITI
5.30 am Urus diri
Solat subuh
7.00 am senamrobik
8.00 am Sarapan
9.00 am Pertandingan khemah tercantik
11.00 am Majlis penutup dan penyampaian hadiah
12.00 pm Bersurai dan pulang kerumah masing-masing
RUJUKAN

Amir Hamzah Aman. (2017). Panduan pengurusan kokurikulum. Sasbadi Sdn. Bhd.
Johnicol Anak Nyalong & Norlena Salamuddin. (2019). Implikasi perkhemahan pendidikan
luar terhadap kesepaduan kumpulan pelajar sekolah menengah. Jurnal
Antarabangsa Rantaian Bekalan, Pengurusan Operasi dan Logistik, 1(1), 1-10.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like