You are on page 1of 9

1.

PENDAHULUAN

Murid Pendidikan Khas Intergrasi terdiri daripada murid yang


mengalami beberapa ketidakupayaan dari segi emosi, mental dan fizikal.
Ketidakupayaan mereka merupakan limitasi mereka dalam perlaksanaan
pembelajaran dan tidak menjalankan pembelajaran seperti mana murid
perdana.
Oleh yang demikian, kurikulum pendidikan khas adalah fleksibel yang
membolehkan guru guru pendidikan khas mengubahsuai perlaksanaan
aktviti pengajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Pengubahsuaian
ini perlu bagi memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna kepada murid Pendidikan Khas Integrasi.
Program Terapi Bowling merupakan aktiviti rekreasi bagi Program
Pendidikan Khas SK Beris Kubor Besar bagi sesi 2014. Aktiviti terapi ini
merupakan salah satu rawatan bagi membantu meningkatkan keupayaan
dan perkembangan psikomotor halus dan kasar murid-murid pendidikan
khas. Selain itu,dengan adanya aktiviti sebegini, murid-murid akan
didedahkan dengan pengalaman yang pastinya akan meningkatkan
keyakinan diri yang tinggi kepada mereka. Program luar sebegini
juga akan memberi pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi
dengan dunia luar sekaligus memberikan pengalaman yang lebih
bermakna kepada mereka.

2.0
i.

OBJEKTIF
Membina kemahiran pergerakan psikomotor motor kasar dan

ii.

halus.
Memberi pendedahan kepada murid untuk berinteraksi dengan

iii.

dunia luar.
Memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada mereka.

iv.
v.

Menanam sikap yakin diri dan berani.


Mewujudkan rasa kekitaan, kerjasama dan toleransi dalam
kalangan murid-murid.

3.0

RASIONAL

Program

ini

merupakan

salah

satu

rawatan

bagi

membantu

meningkatkan keupayaan dan perkembangan psikomotor murid-murid


pendidikan

khas.

menunjukkan

Ia

juga

menjadi

bakat, kebolehan dan

medan

untuk murid-murid

keupayaan

bersaing

di

kalangan mereka.
Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah
Pendidikan Negara. Aktiviti seperti ini juga dapat membina proses
sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi kepada mereka. Program ini
bukan semata-mata mencari siapa pemenang tetapi memberikan
ruang kepada golongan ini untuk berinteraksi sesama mereka, menilai
pengurusan diri dan keupayan mereka dalam sukan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1
4.2

Murid-murid

Guru Pengiring
4.3

- 12 orang
- 4 orang

Pembantu Pengurusan Murid


Jumlah

-1 orang

- 17 orang

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

BI
L
1.

AHLI JAWATANKUASA

DESKRIPSI TUGAS

Penyelaras Program
Pn. Nur Hanani Bt Mohd Amin

-Menyelaras dan memastikan


setiap aktiviti yang dijalankan
mengikut
apa
yang
di
rancang.

2.

AJK Pengangkutan
Pn. Nur Hanani Bt Mohd Amin
Pn. Asiah Bt Yaacob

-Menguruskan pengangkutan
murid ke tempat bowling.

3.

AJK Persegaran
Pn. Asiah Bt Yaacob
Pn.Rozila Bt Ismail

4.

Dokumentasi
En. Mohd Adib Faiz bin Omar
En. Mohd Ismarezza bin Ismail

-Menguruskan
makanan/minuman
murid-murid.

kepada

-Mengambil gambar semasa


aktiviti berlangsung.

5.

Jawatankuasa Tempat
Pn. Nur Hanani Bt Mohd Amin

6.

AJK Keselamatan
Pn. Nur Hanani Bt Mohd Amin
Pn. Asiah Bt Yaacob
Pn. Rozila Bt Ismail
En. Mohd Adib Faiz bin Omar
En. Mohd Ismarezza bin Ismail

-Menguruskan pemilihan
tempat aktiviti terapi bowling.
- Memastikan keselamatan
murid
-Memastikan disiplin murid
terkawal

6.0 LOKASI
Nama Tempat: Pacific Bowl, KB Mall, Kota Bharu Kelantan.
7.0 TARIKH PELAKSANAAN
08 April 2014 (Selasa)

8.0 SUMBER KEWANGAN


i.
ii.

Wang PCG Pendidikan Khas.


Sumbangan daripada ibubapa dan penjaga murid.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil

Perkara

1.

Tempahan set
permainan

2.

Makanan
Minuman
(KFC)

3.

Pengangkutan

Kos Seunit
(RM)

Perincian (RM)

Jumlah

RM5.50

12 murid X
Rm5.50

RM66.00

RM9.00

12 murid X
RM9.00

RM108.0
0

RM15.00

2 buah kereta
xRM15

RM30.00

JUMLAH BESAR

RM204.0
0

&

( RM )
10.0 SENARAI NAMA MURID
BIL
1.

SENARAI NAMA MURID YANG MENGIKUTI PROGRAM INI


Faiz Haikal bin Muhammad Azlan

2.

Muhamad Aliff Najmi bin Che Sukri

3.

Mohamad Noor Zulkhairi bin Ramli

4.

Muhammad Zulfahmi bin Mohd Shukri

5.

Muhammad Zulhazmi bin Basari

6.

Muhammad Zulhusni Zakwan bin Zulkifli

7.

Muhamad Yusri bin Mat Daud

8.

Huda Najihah bt Mohammed

9.

Khairun Nisa bt Mohd Ramizi

10. Nurul Anis Nadia bt Mohamad Zulkipli


11. Nurul Aina Nazihah bt Mohd Nasir
12. Ummi Alia Zahra bt Zainuddin

11.0 Jadual/Tentatif Program

Masa
9.00 Pagi

Aktiviti
Bertolak dari sekolah ke KB Mall

09.30Pagi

Tiba di KB Mall

10.00 pagi
12.00
tengahari
12.45
tengahari

Terapi Fisio Tenpin Bowling


Makan di KFC, KB Mall

01.15
tengahari

Tiba di SK Beris Kubor Besar

Bertolak pulang

12.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur
dapat memberi faedah kepada warga Pendidikan Khas Integrasi SKBKB
dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan
jayanya.
Di harap program ini dapat meningkatkan lagi semangat dan
keyakinan murid-murid untuk terus menjalani kehidupan serta
memberi pengalaman dan pengetahuan baru untuk terus maju ke
hadapan.
Disediakan oleh,

............
.......
(Nur Hanani
bt Mohd Amin)
Penyelaras Pendidikan
Khas
SK Beris Kubor Besar

Disahkan oleh,

..
SEKOLAH KEBANGSAAN
BERIS KUBOR
.........
BESAR
16350 BACHOK KELANTAN
TEL : 09-7649606
FAKS: 09-7649969

KERTAS KERJA
PROGRAM TERAPI PSIKOMOTOR
TENPIN BOWLING 2014
TARIKH : 08 APRIL 2014
TEMPAT : PACIFIC BOWL, KB MALL

ANJURAN :

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


SK BERIS KUBOR BESAR

You might also like