You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) KERATONG 1

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2017

Tarikh: 3 Januari 2017

Masa: 2.00 petang

Tempat: Bilik Gerakan

AGENDA:

1. Perutusan Pengerusi.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Dasar Pengurusan Koko
5. Taklimat PK KOKO berkaitan perincian agihan tugasan dan perancangan program
tahun 2017
6. Hal Lain
7. Penutup
Kehadiran:
1. En Abu Samah Bin Jonit GURU BESAR
2. En Mohd Zainul Abidin Bin Zakaria PK KOKURIKULUM
3. Puan Hajah Manis Binti Abu Yazit PK PENTADBIRAN
4. En Ahmad Sharbini Bin Ahmad Penyelaras Unit Uniform
5. Pn Norihan Bt Mohamad Ketua Penasihat Pengakap
6. Pn Siti Aisyah Bt Tapit Ketua Penasihat TKRS
7. Cik Umi Ummairah Bt Zainal Ketua Penasihat PPIM

Pengerusi Mesyuarat : En Abu Samah Bin Jonit


Guru Besar SK (FELDA) Keratong 1

Agenda 1.0 : Perutusan Pengerusi

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang
dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut
menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan
tahun 2017.

Tindakan : Makluman
1.2 Visi, Misi dan Objektif Kokurikulum
1.2.1 Visi – Kokurikulum Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera

1.2.2 Misi – Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan


yang inovatif.
1.2.3 Objektif –

1. Meningkatkan pengurusan kokurikulum

2. Melahirkan lebih ramai atlet mewakili sekolah diperingkat negeri dan


kebangsaan.
3. Meningkatkan kecemerlangan murid dalam pertandingan sukan
diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
4. Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sebagai satu peluang kerjaya
pada masa depan.
5. Mewujudkan semangat patriotism dan perpaduan kaum dalam
pelaksanaan aktiviti sukan.

Tindakan : Makluman
1.4 Dasar KPM

1.4.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah adalah WAJIB 


( Perkara 5.1 SPI Bil. 1/1985, dan Memorandum Pemantapan Aktiviti
Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005 ) 
”Semua murid wajib mengambil bahagian sekurang – kurangnya salah satu gerakerja
Pasukan Badan Beruniform, 
satu kegiatan Persatuan dan Kelab serta satu kegiatan Sukan atau Permainan.” 
1.4.2 Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Oleh
itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah WAJIB 
[ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) ] 

1.4.3  Bilangan perjumpaan minimum setahun adalah : 


1.4.3.1 Pasukan Badan Beruniform - 18 kali 
1.4.3.2 Persatuan dan Kelab - 12 kali 
1.4.3.3 Sukan dan Permainan - 12 kali 

1.4.4 Kokurikulum Murid Tahun 4 akan menggunakan Sistem PenilaianPAJSK

bagi keperluan markah PBS UPSR

1.4.5 Pengurusan Kokurikulum Sekolah berada di bawah Penyelarasan Guru Penolong


Kanan Kokurikulum.

1.4.6 Guru Besar hendaklah melantik setiap orang guru di sekolah , secara bertulis, dan
diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif 
dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum. 

1.4.6 Selain itu, guru-guru di Pendidikan Khas boleh membantu melaksanakan aktiviti
kokurikulum di sekolah asalkan tidak mengganggu PdP di bilik darjah. 

1.4.8 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan
mengelola kegiatan kokurikulum adalahWAJIB. 
( Perkara 5.2 dalam SPI Bil.1/1985 ) 
1.4.9 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah
diperuntukkan adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib
mengikut 
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) ( 1993) yang
berbunyi : 
” 4.2 (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab” dan 
”4.2 (i) seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah ”
Tindakan : Makluman

1.5 Perancangan 2014 – Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum

1.5.1 Semua guru diminta merujuk buku panduan pengurusan kokurikulum untuk
mengetuahui bidang tugas berkaitan.

1.5.2 Guru-guru harus menyertai tiga bidang kokurikulum iaitu unit beruniform,
kelab/persatuan dan permainan 1M1S.

1.5.3 Perjumpaan Kokurikulum diadakan pada hari Rabu dan bergilir mengikut
jadual yang telah ditetapkan.

Tindakan : Makluman

Agenda 2.0 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu.

Cadangan : Cik Umi Ummairah Bt Zainal

Sokongan : Pn Siti Aishah Bt Tapit

Tindakan : Makluman

Agenda 3.0 : Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memberitahu kepada semua guru yang terlibat bahawa mulai Tahun 2014
semua murid Tahap 2 yang menyertai aktiviti permainan,kelab/persatuan dan unit beruniform
sekolah akan didaftarkan mengikut dasar Kokurikulum.

3.2 Pengerusi memberitahu mengikut dasar KOKO setiap murid perlu didaftar keahlian
dan perkara ini telah dilaksanakan mulai tahun 2015.

3.3 Pengerusi memaklumkan penyelaras perkhemahan perdana bagi tahun 2017 adalah di
bawah penyelaras unit beruniform.
3.4 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru Pendidikan Khas akan membantu dalam
melatih murid elit dalam projek gemilang sekolah.

3.5 Pengerusi mencadangkan agar guru-guru penasihat membahagikan murid kepada


kumpulan kecil agar setiap guru dapat berperanan mengendalikan aktiviti kokurikulum
murid.

3.6 Pengerusi memberitahu semua guru penasihat agar membuat persediaan awal melatih
murid untuk pertandingan ko-akademik dan sekolah juga boleh membayar jurulatih luar jika
perlu.

Tindakan : Semua guru penasihat unit

Agenda 4.0 : Dasar Pengurusan Kokurikulum

4.1 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

4.1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan
gelaran Guru Penasihat.
4.1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :-
 Persatuan
 Beruniform
 Sukan dan Permainan
4.1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut :-
 Menggubal perlembagaan
 Melantik Jawatankuasa
 Merekod Kehadiran Pelajar
 Melaksanakan aktiviti harian
 Membuat penilaian
 Menyediakan laporan
4.2 DASAR 2 : PENYERTAAN PELAJAR

4.2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap satu
kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :-
1. Persatuan
2. Beruniform
3. Sukan dan Permainan
4.2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-
pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
4.2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.
4.2.4 Penyertaan pelajar tahun 3 hanya sebagai pendedahan awal.

4.3 DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN

4.3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan dijalankan pada hari Rabu mengikut jadual yang
telah ditetapkan
4.3.3 Semua kegiatan akan bermula jam 7.30-9.00 pagi.
4.3.4 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-
 Cuaca buruk ( Hujan lebat atau ribut petir )
 Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
 Atas arahan Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum

4.5 DASAR 5 :PENGHARGAAN

4.5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama
sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :-
 Barangan atau Wang Tunai
 Sijil Penghargaan Sekolah
4.6 STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

4.6.1 MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan dalam
Sistem Pendidikan kita yang murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga
bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu,
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamat-
matlamat berikut :-
1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran
serta
memupuk semangat juang yang tinggi.
3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan yang
berfaedah.
4. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai jenis
permainan.
5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang erat.
6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi kehidupan
seharian
dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti berikut:-
6.1 Sukan dan rekreasi
6.2 Kegiatan Badan Sukarela
6.3 Program-program kemasyarakatan
7. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan kokurikulum di
peringkat daerah,
negeri atau kebangsaan.
8. Mempastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum di peringkat
zon, daerah dan negeri.
4.7 STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

4.7.1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar

4.7.1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan ketiga-tiga
bidang
kokurikulum berikut :-
1.1.1 Sukan dan Permainan
1.1.2 Bdan Beruniform
1.1.3 Persatuan / Kelab
4.7.1.2 Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk
melaksanakan aktiviti.
4.7.1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti
melalui :-
1.3.1 menyertai kursus-kursus
1.3.2 penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan

4.8 Penyertaan Murid

4.8 .1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap bidang kegiatan
kokurikulum
yang ditawarkan berikut :-
4.8.1.1 Bidang Sukan dan Permainan
4.8.1.2 Bidang Beruniform
4.8.1.3 Bidang Persatuan / Kelab
4.8.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti permainan dan
persatuan yang
ditawarkan kepada mereka.
4.8.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform. Pilihan ini kekal
sehingga
tamat persekolahan rendah.
4.8.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam mana-mana
aktiviti
Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had.
4.8.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam Rekod
Pelaporan Murid.

4.9 . Penjadualan Kegiatan

4.9..1 Kegiatan Kokurikulum unir Beruniform dan Persatuan/Kelab di sekolah ini dijalankan
setiap hari Rabu mengikut jadual.

4.10 Penawaran Aktiviti bagi Bidang Kegiatan Kepada Murid

4.10.2 Semua murid yang terlibat ditawarkan aktiviti beruniform seperti berikut :-
4.10.2.1 Pengakap
4.10.2.3 Puteri Islam
4.10.2.4 TKRS

4.11 Peningkatan Kemudahan Fizikal

4.11.1Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut :-

4.11.1.1 Padang yang mencukupi ukuran dan baik

4.11.1.2 Gelanggang permainan yang sentiasa diurus

4.11.1.3 Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi serta


memenuhi keperluan sejajar dengan bilangan murid.

4.11.1.4 Menyediakan tempat penyimpanan alatan yang mudah diuruskan


serta mudah diambil apabila diperlukan.
4.12 Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah

4.12.1 Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti
pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri.

4.12.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan,latihan pasukan sekolah yang sistematik


perlu dirancang dan dilaksanakan.

4.12.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid
atau pasukan sekolah yang cemerlang.

4.13 Penganugerahan

4.13.1 Bagi menarik perhatian semua murid sistem penganugerahan kokurikulum


perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :-

4.13.1.1 Tokoh Kokurikulum Sekolah

4.13.1.2 Olahragawan dan Olahragawati Sekolah

4.13.1.3 Juara Sukan Tahunan

4.13.1.4 Pasukan Terbaik Sekolah

4.13.2 Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan,


Perhimpunan Rasmi sekolah dan acara perhimpunan mengikut kesesuaian.

Tindakan : Makluman
Agenda 5.0 : Taklimat PK Kokurikulum - Agihan tugas dan perancangan
program tahun 2017

5.1 PK Kokurikulum menyatakan waktu pelaksanaan aktiviti Kokurikulum masih tetap


iaitu setiap hari rabu setiap minngu mengikut jadual yang telah ditetapkan

5.2 Penggunaan baju T-shirt sukan sekolah menggunakan warna yang sama tidah
mengikut rumah sukan. Ini bagi memudah urusan pembelian oleh murid-murid serta guru-
guru.

5.3 PK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru untuk menyediakan perancangan


strategik atau pelan tindakan bagi setiap unit masing-masing. Jawatankuasa perlu berbincang
untuk menyediakan perancangan strategik dan pelan tindakan masing-masing.

Tindakan : Makluman

Agen 6.0 Hal-hal Lain

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran murid perlu sekurang-kurangnya 90%


dan pada tahun 2013 kehadiran murid keseluruhan adalah hampir 100% dan berharap ia
dapat diteruskan.

6.2 Pengerusi mencadangkan agar unit beruniform mengadakan aktiviti atau pertandingan
seperti memasak untuk melatih murid.

6.3 Pengerusi memberitahu kertas kerja aktiviti untuk mengadakan sesuatu program harus
dirancang.

6.4 Pengerusi memberitahu akan mengadakan kursus kepada semua berkaitan cara
membuat tuntutan.

6.5 Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan kursus untuk menyediakan kertas kerja
dan membuat anggaran perbelanjaan kepada semua untuk diselaraskan.
6.6 Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat Agung kelab/persatuan, unit beruniform
serta permainan 1m1s yang akan bermula pada 8 Januari 2014 diperuntukkan setengah jam
setiap unit.

6.7 Jumlah perjumpaan setiap unit seperti di bawah akan dicapai dengan aktiviti-aktiviti
sampingan dan jumlah ini adalah minima.

6.7.1 Uniform - 18 kali perjumpaan


6.7.2 Kelab/Persatuan - 12 kali perjumpaan
6.7.3 Permainan 1m1s - 12 kali perjumpaan

Tindakan : Makluman

Agenda 7.0 Penutup

7.1 Pengerusi berharap agar semua guru penasihat unit bertanggungjawab melaksanakan
tugasan Kokurikulum dan membuat persediaan bagi setiap pertandingan yang akan diadakan.

7.2 Lebih banyak pencapaian bagi membantu sekolah mendapat Skor terbaik dalam
SKPM.
Tindakan : Semua guru penasihat unit

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang dan ditutup dengan bacaan surah Al-
Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________
(Ahmad Sharbini Bin Ahmad) (Abu Samah Bin Jonit )
Penyelaras Unit Beruniform , Guru Besar
SK (FELDA) Keratong 1 SK (Felda) Keratong 1.

You might also like