You are on page 1of 3

MESYUARAT KOKURIKULUM SK KALOK

BIL.3/2018

TARIKH : 18 JULAI 2018

TEMPAT : BILIK GURU

MASA : 2.30 PETANG

HADIR :

*SILA RUJUK LAMPIRAN 1.0

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI KOKURIKULUM SK KALOK,PUSA.

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke


mesyuarat kokurikulum kali ketiga bagi sesi 2018.

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2/2018

2.1 Dicadang untuk disahkan : EN ZAIDI BIN PINDAH

2.1 Disokong untuk disahkan : EN HILMI BIN MD AKHIR

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

i. Tiada perkara berbangkit -

Agenda 4 : Perkara Yang Dibincangkan

4.1 Unit Beruniform

4.1.1 Pengakap
i. 90% daripada aktiviti yang telah dirancang telah dilaksanakan dengan
jayanya.
Tindakan : SU Kokurikulum dan semua guru penasihat

ii. Tahniah kepada guru penasihat kerana ahli memakai uniform


pengakap dengan lengkap setiap hari Rabu memakai uniform kecuali
jika ada sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Tindakan : SU Kokurikulum dan semua guru penasihat

4.1.2 Kelab dan Persatuan

4.1.2.1 Persatuan Sains dan Matematik

i. Kelab berjaya melaksanakan separuh daripada aktiviti yang telah


dirancang sepanjang tahun.
ii. Bagi tujuan penambahbaikan, aktiviti yang akan disusun bagi tahun
2018 perlu lebih interaktif, menarik dan menyeronokkan.
iii. Sains dan Matematik dibuat secara bergilir-gilir
Tindakan : Penyelaras kelab dan persatuan dan guru penasihat

4.1.2.2 Persatuan Pendidikan Islam

i. Kebanyakkan aktiviti yang telah dilaksanakan adalah berbentuk aktiviti di


dalam bilik darjah di mana murid lebih tertumpu kepada hafazan, bacaan Al-
Quran, sirah dan akhlak
ii. Bagi tahun 2018, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang Bulan
Ramadhan dan penglibatan murid dalam penyertaan tersebut amat
memuaskan.
Tindakan: Penyelaras kelab dan persatuan dan guru penasihat

4.1.3 Sukan dan Permainan / 1M1S

4.1.3.1 Kelab Bola Sepak/futsal

i. Guru penasihat telah melatih murid dengan lebih awal dan memberi
pendedahan tentang kemahiran asas serta teknik-teknik hantaran dan terima
bola.
Tindakan: Penyelaras sukan dan permainan dan guru penasihat
Agenda 5 : Hal-hal lain

5.1 Papan kenyataan Kokurikulum telah disediakan dan diminta guru menampal bahan
yang berkaitan, jika ada.

Tindakan: SU Kokurikulum

Agenda 6 : Penutup

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas semua idea yang telah disumbangkan
untuk menjayakan Unit Kokurikulum SkKalok bagi tahun 2018. Penangguhan
mesyuarat ini dicadangkan oleh En. Fauzi bin Ramli dan disokong oleh En. Abg
Fadlizan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ………………………………………….

(EN MUHD HILMI AKHIR) (EN SAFIE BIN MENTALI)

Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,


Sekolah Kebangsaan Kalok, Sekolah Kebangsaan Kalok,
94950,Pusa, 94950,Pusa
Sarawak. Sarawak.

You might also like