You are on page 1of 4

PK 07/3

SK BANDAR BARU SELAYANG


48100 BATU CAVES, SELANGOR
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL.2 / 2022

Tarikh : 21 Julai 2022


Hari : Khamis
Masa : 2.00 Petang
Tempat: Bilik Guru

Yang Hadir :
1. En. Azhar bin. Ahmad
2. En. Shakyean bin Baki
3. Pn. Rehaida binti Mansor
4. Pn. Zubaidah binti Mohd. Hanaffiah
5. En. Muhammad Hilmi bin Md Akhir
6. Cik Pavitra anak perempuan Mohan

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kerana dapat turut


serta dalam mesyuarat pantia yang diadakan pada hari ini

1.2 Pengerusi berharap ahli panitia muzik dapat sama-sama


mengambil perhatian yang sepenuhnya dalam mesyuarat yang
diadakan pada hari ini.

Tindakan: Semua Guru

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Dicadangkan : Cik Pavitra anak perempuan Mohan


2.2 Disokong : Puan Zubaidah binti Mohd Hanaffiah
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Takwin Persekolahan.

3.1.1 Untuk makluman guru-guru , takwin persekolahan telah berada pada


minggu yang ke 16 untuk Pdp , manakala minggu ke 17 persekolahan.

3.1.2 Selepas mesyuarat kurikulum dilaksanakan , semua guru panitia wajib


melaksanakan mesyuarat panitia bilangan 2.

3.1.3 Peringatan untuk semua guru ,perlu membuat semakan RPT masing-
masing . Guru perlu memastikan RPH guru mengikut tarikh yang
ditetapkan di dalam RPT.

3.1.4 Pastikan PBD berjalan berdasarkan standard kandungan dan


standard pembelajaran. Guru-guru perlu memastikan Kandungan
Asas perlu diselesaikan.

Tindakan: Semua Guru

3.2 Semakan Buku Tulis Murid

3.2.1 Guru-guru perlu menghantar buku tulis murid yang ditanda


berdasarkan tarikh yang ditetapakan di dalam buku pengurusan.

Tindakan: Semua Guru

4. PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Dasar dan Ketetapan

4.1.1 12 perkara telah ditetapkan


dari segi mesyuarat.
i) Notis mesyuarat perlu disediakan seminggu sebelum tarikh
mesyuarat
ii) Mesyuarat perlu dilaksanakan 4 kali setahun.
iii) Anggaran Belanja Mengurus
iv) Pencerapan pengajaran dan pembelajaran
v) Sumber pendidikan berdasarkan wang yang dibeli daripada wang
pcg.
vi) Tugasan dan latihan
vii) Pentaksiran
viii) RPT dan RPH
ix) E-rph
x) Jadual Waktu
xi) Jadual Ganti
xii) Pengurusan Fail Panitia
4.2 PENGURUSAN BILIK KHAS

4.2.1 Bagi guru-guru yang menguruskan bilik khas seperti makmal komputer,
makmal sains , bilik Reka Bentuk dan Teknologi, Bilik Muzik, Bilik
Kesihatan dan stor sukan perlu menampalkan jadual penggunaan bilik ,
peraturan keluar masuk dan senarai nama jawatankuasa.

Tindakan: Guru Bilik Khas

5.0 PROGRAM PENINGKATAN MURID

5.1 PENAMBAHBAIKAN PBD

5.1.1 Guru perlu bersedia bahawa mulai akhir tahun murid akan menjalankan
ujian PBD Formatif dan sumatif.
5.1.2 Murid akan menjalankan ujian akhir akademik . Ujian akhir akademik
akan dijalankan pada akhir tahun .
5.1.3 Subjek yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains dan Sejarah. Soalan disediakan oleh pihak KPM.
5.1.4 Bagi Subjek Pendidikan Muzik, guru perlu menyediakan soalan sendiri
seiring aras yang diuji kepada murid.

Tindakan: Semua guru.

6.0 HAL-HAL LAIN

-Tiada .

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri
mesyuarat pada kali ini.

7.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al – Asr dan ditangguhkan pada
pukul 2.30 Petang.
Disediakan oleh Disemak oleh

(MUHAMMAD HILMI BIN MD AKHIR) (REHAIDA BINTI MANSOR)


Setiausaha, Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Muzik Panitia Pendidikan Muzik

Tarikh : (21/7/2022) Tarikh : ………………………

Disahkan oleh

(SHAKYEAN BIN BAKI)


Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang

Tarikh : ………………………

You might also like