You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA

JALAN 8A, TAMAN TAN YEW LAI, JALAN PUCHONG


58200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL. 2


TAHUN 2021

TARIKH : 8 Julai 2021


MASA : 3.00 petang.
TEMPAT : Dalam talian (medium Google Meet)
PENGERUSI : En. Muhamad Khaidzir bin Kassim
KEHADIRAN :

HADIR:
1. En. Mohd Shaifuddin bin A’kasah GPK T&K
2. Pn. Haniza binti Salleh
3. Pn. Vashanty a/p Perumal
4. Pn. Juanna binti Mohd Zuki

Tidak Hadir:
1.

SETIAUSAHA: Pn. Haniza binti Salleh

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK dalam
mesyuarat panitia Pendidikan Muzik kali kedua bagi tahun 2021. Pengerusi juga turut
mengalu-alukan En. Mohd Shaifuddin ke mesyuarat panitia.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Pn. Haniza membentangkan minit mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik bil 1/2021 tanpa
sebarang pindaan.
2.2. Pn. Juanna mencadangkan agar minit mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik bil 1/2021
diterima dan disahkan.
2.3. Ahli jawatankuasa memberi sokongan sebulat suara.
Tindakan: Makluman
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Pengerusi menyampaikan amanat Guru Besar, beliau memaklumkan bahaa semua guru
terus melaksanakan PBD walaupun sekolah ditutup akibat pandemik wabak Covid-19.
3.2. Pengerusi mengingatkan bahawa rancangan pengajaran harian (RPH) perlulah ditulis
walaupun pembelajaran tidak dilakukan secara bersemuka.

4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


4.1. Pengerusi berbincang dengan ahli-ahli panitia tentang pencapaian PBD Pendidikan
Muzik bagi data kutipan April 2021 (rujuk lampiran).
4.2. Pengerusi meminta ahli-ahli panitia berbincang tentang cara meningkatkan tahap
penguasaan murid-murid dan menyenaraikan intervensi untuk murid yang tidak
mencapai tahap penguasaan minimum.
4.3. Guru-guru dicadangkan untuk menyediakan modul dan diletakkan di dewan SK Seri
Suria untuk diambil oleh murid-murid bagi memudahkan penilaian PBD semasa PDPR.
4.4. Pengerusi mengingatkan guru-guru boleh menggunakan pelbagai medium semasa
menjalankan PDPR seperti Quiziz, Kahoot dan Liveworksheets. Medium-medium lain
yang difikirkan sesuai juga dibenarkan mengikut kesesuaian guru dan murid.
4.5. Pengerusi mengingatkan agar hasil kerja murid disimpan dengan baik sebagai evidens
PBD masing-masing.
Tindakan: Semua guru

PENCERAPAN PDPR
4.4. Guru-guru diingatkan agar bersedia untuk dicerap oleh pentadbir. Pengerusi berharap
agar guru-guru dapat memberikan PDPR yang terbaik sepanjang pencerapan dijalankan.

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi mengingatkan agar hasil kerja murid disemak sepanjang tempoh PDPR
berjalan.

6. PENUTUP
6.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas komitmen yang diberikan.
6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang
Disediakan oleh,

………………………………….
(HANIZA BINTI SALLEH)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Muzik.

Tarikh : 12 Julai 2021

You might also like