You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT GREEN LANE,

JALAN HAMILTON, 11600 PULAU PINANG


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI & SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK


BIL. 01 / 2022

Tarikh : 26 Mac 2022


Hari : Sabtu
Tempat : Bilik Mesyuarat SKCGL
Masa : 12.30 tengahari

KEHADIRAN:

1. Encik Mohd Nazmi Bin Suhaini


2. Cik Amira Nazneen Binti Abd Rahman
3. Encik Moghanathan A/L Naganathan
4. Cik Nur Atiqah Binti Abdullah
5. Puan Ganesvaree A/P Ramasamy
6. Puan Syamimi Izzati Binti Elias
7. Puan Julini Binti Abdussalam

AGENDA :
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran guru-guru
tahun 2022 pada mesyuarat ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KEEMPAT 2021


2.1 Cik Atiqah mencadangkan agar minit mesyuarat keempat di sahkan. Cadangan
disokong oleh Encik Moghanathan.

3.0 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2022/2023

3.1 Pengerusi menyatakan bahawa semua guru Muzik perlu menggunakan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang sama seperti tahun sebelumnya. Rancangan
Pengajaran Tahunan Tahun 1,2 dan 3 perlu disiapkan oleh guru-guru Tahap 1 dan Tahun 4,
5 dan 6 perlu disiapkan oleh guru-guru Tahap 2

3.2 Pengerusi menerangkan dan menunjukkan cara membuat Rancangan


Pengajaran Harian e-Prema dengan betul.
Tindakan : Makluman

4.0 AGENDA BAHARU

4.1 SUBJEK MUZIK.

4.1.1 Subjek Pendidikan Muzik dan Kesenian telah diasingkan mengikut pecahan
waktu yang telah ditetapkan.
4.1.2 Agihan waktu Pendidikan Muzik 1 kali seminggu dijalankan selama 30 minit
setiap waktu bagi Tahun 1-6.
4.1.3 Masa Pendidikan Muzik tidak boleh digunakan untuk mengajar subjek lain.
Tindakan : Semua Guru Muzik

4.2 RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK


4.2.1 Cik Amira menerangkan tentang rancangan pengajaran harian (RPH) yang
perlu dibuat oleh setiap guru. Cara penulisan RPH e-PREMA perlulah
selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan. Begitu juga
dengan refleksi, perlu ditulis dengan jelas sama ada objektif yang dirancang
dapat dicapai oleh murid.
4.2.2 Cik Amira juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian untuk
KSSR mempunyai standard kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan
refleksi hendaklah jelas serta teliti dan beberapa penekanan elemen iaitu
kreativiti dan inovatif, TMK dan keusahawanan.
Tindakan : Semua Guru Muzik

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Bilik Muzik perlulah sentiasa dikunci setelah selesai digunakan.


5.2 Buat masa sekarang, bilik muzik belum dikemaskan lagi disebabkan ada barang PJ.
5.3 Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar alat muzik yang
dipinjam.
5.4 Selesai aktiviti Muzik, pastikan alatan disusun kemas dan teratur.
Tindakan : Semua Guru Muzik

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………. …………………

PN SYAMIMI IZZATI BINTI ELIAS PN.HAZLIZA ZAKARIA


SETIAUSAHA PANITIA MUZIK, PK PENTADBIRAN,
SK CONVENT GREEN LANE. SK CONVENT GREEN LANE.

You might also like