You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA

JALAN 8A, TAMAN TAN YEW LAI, JALAN PUCHONG


58200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL.1


TAHUN 2021

TARIKH : 15 April 2021


MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Dewan Seri Bakti, SKSS
PENGERUSI : En. Muhamad Khaidzir bin Kassim
KEHADIRAN :

HADIR:
1. En. Mohd Shaifuddin bin A’kasah GPK T&K
2. En. Mohd Fauzli bin Ab Latif GPK HEM
3. Pn. Haniza binti Salleh
4. Pn. Vashanty a/p Perumal
5. Pn. Juanna binti Mohd Zuki

Tidak Hadir:
1.

SETIAUSAHA: Pn. Haniza binti Salleh

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. En. Khaidzir mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK dalam
mesyuarat panitia Pendidikan Muzik kali pertama bagi sesi 2021.
1.2. Tahniah kepada guru yang dilantik untuk menganggotai jawatankuasa panitia
Pendidikan Muzik bagi sesi 2021.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Panitia yang lalu dicadangkan pengesahannya oleh Pn. Haniza serta
dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Makluman

3. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

PENGGUBALAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)

3.1. En. Khaidzir memaklumkan beberapa orang guru akan diagihkan tugas untuk membuat
RPT setiap tahun.
3.2. Tarikh akhir penyerahan RPT yang lengkap adalah pada 30 April 2021.
3.3. Guru Pembina RPT yang baharu perlu masukkan satu salinan “softcopy” dalam
kumpulan Telegram rasmi panitia.
3.4. Beberapa orang guru juga ditugaskan untuk membuat ujian seperti yang dilampirkan
dalam jadual di bawah

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN

RPT GURU BERTANGGUNGJAWAB TAHUN

Pn. Vasanthy a/p Perumal 1

Pn. Juanna binti Mohd Zuki 2


Pendidikan En. Muhamad Khaidzir bin Kassim 3
Muzik
En. Muhamad Khaidzir bin Kassim 4

En. Muhamad Khaidzir bin Kassim 5

En. Muhamad Khaidzir bin Kassim 6

Tindakan : AJK

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


3.5. Guru perlu menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format yang telah
diberi dalam Telegram panitia.
3.6. Guru boleh rujuk semula format yang telah dilampirkan dalam Telegram dan boleh rujuk
ketua panitia sekiranya ada sebarang kemusykilan.
Tindakan : Makluman

PENETAPAN BUKU LATIHAN

3.7. Hanya sebuah buku tulis sahaja akan digunakan buat masa ini bagi kelas Pendidikan
Muzik.

Tindakan : Makluman

BILIK MUZIK

3.8. Buat masa ini, tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dibenarkan dijalankan di bilik
muzik. Murid akan menjalankan aktiviti Pendidikan Muzik di dalam kelas sehingga
mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir.
3.9. Sehubungan dengan itu, segala alat muzik dalam bilik muzik tidak dibenarkan untuk
kegunaan murid.
3.10. Walau bagaimana pun, guru boleh mengambil alatan yang perlu untuk digunakan
(tunjuk cara) dalam kelas. Murid juga digalakkan untuk membawa alat muzik rekoder
sendiri.
3.11. Pn. Haniza mengingatkan semua guru perlu untuk merekodkan alatan yang
diambil dari bilik muzik dan dipulangkan setelah digunakan. Pastikan guru telah
melakukan proses sanitasi semasa mengambil dan memulangkan alatan. Alatan yang
diambil mesti diletakkan kembali di tempat asal dan tersusun.
Tindakan : Makluman

PEPERIKSAAN

3.12. En. Khaidzir memaklumkan bahawa tiada peperiksaan akan dilaksanakan bagi
mata pelajaran Pendidikan Muzik.
3.13. Penilaian yang dijalankan ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD) sahaja.
Tindakan : AJK
PERANCANGAN (PROGRAM PANITIA)

3.14. En. Khaidzir meminta pandangan semua ahli jawatankuasa untuk merancang
program panitia bagi tahun 2021.
3.15. Buat masa ini, satu sesi “Peer Learning Comunity” (PLC) berkenaan pelaksanaan
PdPc Pendidikan Muzik akan dijalankan bagi memberi pendedahan kepada guru mata
pelajaran PJK memandangkan ramai guru yang mengajar Pendidikan Muzik tahun ini
tidak pernah mengajar muzik sebelum ini.
Tindakan : Makluman

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBD)

3.16. Guru mata pelajaran sudah boleh melaksanakan PBD bagi murid kelas masing-
masing dan merekod dalam borang yang telah diberi dalam Telegram panitia.
3.17. PBD mestilah dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun.
3.18. Data PBD akan dikutip sebanyak tiga kali oleh JPWPKL seperti ketetapan di
bawah:

Pelaporan PBD 2021


30 April 30 Ogos 10 Disember

Tindakan: Makluman

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Guru-guru diminta sentiasa rujuk perkembangan terkini aktiviti panitia dalam Telegram
panitia dan Telegram rasmi sekolah.
4.2 Bagi guru-guru yang ingin memesan peralatan muzik dan bahan bantu mengajar (BBM)
untuk kegunaan murid boleh mengemukakan senarai peralatan yang diperlukan
mengikut peruntukan semasa.
4.3 Guru-guru diingatkan supaya sentiasa memantau tahap kesihatan murid sebelum
menjalankan aktiviti Muzik dalam bilik darjah dan memastikan Prosedur Operasi
Standard (SOP) sentiasa dipatuhi.
Tindakan: Makluman

5. PENUTUP

Ketua Panitia berharap agar semua AJK bertanggungjawab melaksanakan PDP dan segala
aktiviti berkaitan mata pelajaran Pendidikan Muzik dengan lebih baik pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari

Disediakan oleh,

………………………………….
(HANIZA BINTI SALLEH)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Muzik.

Tarikh : 17 April 2021

You might also like