You are on page 1of 5

SJK (T) LADANG TEMERLOH, 34800 TRONG, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN

BIL MESYUARAT : 1 TAHUN 2019


TARIKH : 27.12.2018 (KHAMIS)
MASA : 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK GURU

Hadir :
1. Pn.M.Rathai (Guru Besar)
2. En.M.Kathiresan (Guru Kanan Pentadbiran)
3. Pn.S.Punitha (Guru Kanan HEM)
4. En.M.Elaiyaraja (Guru Kanan Kokurikulum)
5. Cik.T.Moganavalli (Ketua Panitia)
6. Pn.V.Thilagawathi (Guru)
7. Cik.M.Atchmmahdevi (Guru)
8. Cik.M.Mageswary (Guru)
9. Pn.A.Mary (Guru)

Tidak Hadir :
1. Pn.A.Kala Devi - Cuti Bersalin

Agenda 1 : Ucapan Guru Besar


1.1 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan mengucapkan ribuan terima
kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian
kali pertama Tahun 2019.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas sokongan yang
diberikan oleh semua guru dalam menjayakan segala program panitia
Pendidikan Kesenian pada tahun 2018.
1.3 Mulai tahun 2019, Panitia Pendidikan Muzik dan Panitia Pendidikan Seni
akan digabungkan dan dikenali sebagai Panitia Pendidikan Kesenian.
1.4 Sesi PdPc Pendidikan Kesenian harus dijalankan mengikut Pendidikan Abad
Ke- 21 tanpa gagal.

Makluman : Semua Guru

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian Bil1/2019 1


Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
2.1 Minit mesyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh
Cik.M.Mageswary dan pengesahan disokong oleh Pn.V.Thilagawathi.
Makluman : Semua Guru

Agenda 3 : Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Perlantikan AJK Panitia Pendidikan Kesenian Sesi 2019

Pengerusi : Pn.M.Rathai (Guru Besar)


Naib Pengerusi : En.M.Kathiresan (GK Pentadbiran)
Setiausaha : Cik.T.Moganavalli (Ketua Panitia)
AJK : Pn.V.Thilagawathi (Guru Pend Muzik)
Pn.M.Mageswary (Guru Pend Seni &
Muzik)
Pn.S.Punitha (Guru Pend Seni)
Pn.A.Kala Devi (Guru Pend Seni & Muzik)

Makluman : Semua Guru

3.2 Guru yang terlibat dalam pengajaran Pendidikan Kesenian bagi Tahun
1 hingga Tahun 6 adalah seperti berikut:

Tahun Nama Guru Yang Mengajar Nama Guru Yang Mengajar


Pendidikan Seni Pendidikan Muzik
1 Cik.M.Mageswary Pn.V.Thilagawathi
2 Pn.S.Punitha Cik.M.Mageswary
3 Pn.S.Punitha Cik.M.Mageswary
4 Pn.A.Kala Devi Cik.T.Moganavalli
5 Pn.A.Kala Devi Cik.T.Moganavalli
6 Pn.M.Rathai Pn.A.Kala Devi
Makluman : Semua Guru

3.3 Pelaksanaan Kelas Bercantum Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai


Gred yang berendrolmen 30 dan ke bawah.
3.3.1 Kelas Bercantum perlu dijalankan seperti yang ditetapkan tanpa
gagal.
3.3.2 Kelas Tahun 2/3 dan kelas Tahun 4/5 dicantumkan sekali atas dasar
ini.
Makluman : Semua Guru

3.4 Penerangan Mengenai Matapelajaran Pendidikan Kesenian 2019


3.4.1 Pendidikan Kesenian merupakan gabungan subjek Pendidikan Seni
Visual dan Pendidikan Muzik.

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian Bil1/2019 2


3.4.2 Jumlah peruntukan jam setahun bagi subjek Pendidikan Seni Visual
(Tahap 1 & 2) ialah 32 jam dan 16 jam bagi subjek Pendidikan
Muzik (Tahap 1 & 2).
3.4.3 DSKP semakan Tahun 3 bagi matapelajaran Pendidikan Kesenian
harus digunakan oleh guru.
Makluman : Semua Guru

Agenda 4 : Perkara-perkara Yang Dibincangkan

4.1 Headcount dan Program Kecemerlangan 2018


4.1.1 Keputusan keseluruhan Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan
Muzik tahun lepas amat baik.
4.1.2 Segala program kecemerlangan bagi subjek ini telah dijalankan
dengan cemerlang atas sokongan dan bantuan semua guru.
Makluman : Semua Guru

4.2 Pengerusi menjelaskan program peningkatan akademik bagi


matapelajaran Pendidikan Kesenian Tahun 2019

4.2.1 Program Utama


- Mengutamakan pembelajaran abad ke-21
- Merancang dan menjalankan PdPc yang mantap merujuk DSKP
- Menjalankan pentaksiran sepanjang tahun

4.2.2 Program Sokongan


- Pendedahan kepada guru dan murid tentang penggunaan alat
muzikal dan teknik lukisan (QR code)

4.2.3 Program Sampingan


- Program ‘Relax With Rhythm’
- Ruang Lukisan
Makluman & Tindakan : Guru Matapelajaran

4.3 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Bilik Darjah


4.3.1 DSKP merupakan dokumen utama yang perlu dirujuk oleh setiap
guru bagi melaksanakan sesuatu PdPc.
4.3.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu komponen
dalam pentaksiran sekolah.
4.3.3 DSKP Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik perlu
digunakan oleh guru matapelajaran bagi proses pentaksiran di dalam
bilik darjah.
4.3.4 Guru matapelajaran perlu mengisi band atau tahap penguasaan murid
selepas sesi PdPc tanpa gagal.

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian Bil1/2019 3


4.3.5 Pelaporan formatif ini perlu dibuat secara berterusan dan konsisten.
4.3.6 Teknik ‘Professional Judgement’ digunakan bagi menentukan tahap
penguasaan setiap murid bagi sesuatu matapelajaran oleh semua
guru.
4.3.7 Guru matapelajaran perlu memastikan semua murid mencapai tahap
minimum iaitu Gred D dalam matapelajaran Pendidikan Kesenian
(Sifar E).
Makluman : Semua Guru

4.4 Tatacara Pelaksanaan KSSR dan Pembelajaran Abad ke-21


4.4.1 KSSR menitikberatkan kemahiran.
4.4.2 Guru harus memastikan semua murid menguasai sekurang-
kurangnya tahap minimum bagi setiap kemahiran Pendidikan
Kesenian ini.
4.4.3 PdPc Abad ke-21 harus merangkumi dengan 4K1N (Komunikasi,
Kolaboratif, Kreatif, Pemikiran Kritis dam Nilai)
4.4.4 Guru harus berperanan sebagai fasilitator di dalam kelas.
4.4.5 Penglibatan murid dalam PdPc harus dimaksimumkan.
Makluman dan Tindakan : Guru Matapelajaran

4.5 i-Think dan KBAT


4.5.1 Guru harus memberi pendedahan soalan-soalan atau unsur-unsur
KBAT Pendidikan Kesenian kepada semua murid sewaktu PdPc.
4.5.2 Penggunaan i-Think dalam matapelajaran Pendidikan Kesenian perlu
dipertingkatkan.
Makluman dan Tindakan : Guru Matapelajaran

4.6 Buku Latihan atau Hasil Kerja Murid


4.6.1 Hasil kerja murid harus dilekat di buku latihan masing-masing.
4.6.2 Hasil lukisan murid pula harus dipamerkan di dalam bilik darjah.
Makluman dan Tindakan: Guru Matapelajaran

4.7 FrogVLE
4.7.1 Guru perlu berinisiatif untuk mempelbagaikan aktiviti dalam
FrogVLE selaras dengan minat dan potensi murid.
4.7.2 Kerja rumah murid boleh dimuatnaik dalam FrogVLE.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru

4.8 Anggaran Perbelanjaan 2019


4.8.1 Perbelanjaan lebih berfokus kepada bahan seperti peralatan lukisan
dan kad imbasan muzik.
Makluman : Semua Guru

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian Bil1/2019 4


Agenda 5 : Hal-hal Lain
5.1 Semua guru sentiasa perlu bersedia untuk pencerapan dan pemantauan.
5.2 Tindakan susulan seperti pemulihan atau pengukuhan juga perlu ditulis pada
ruangan refleksi RPH.
Makluman : Semua Guru

Agenda 6 : Penanguhan Mesyuarat


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………………………… …………………..…………………..
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (RATHAI A/P MARDZAM MUTHU)
Ketua Panitia Pendidikan Kesenian Guru Besar
SJK (T) Ladang Temerloh SJK (T) Ladang Temerloh

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian Bil1/2019 5

You might also like