You are on page 1of 3

NAMA SEKOLAH

DRAF MINIT ALAMAT


MESYUARAT SEKOLAH
PANITIA MUZIK BIL. 1 TAHUN 2021

TARIKH :
MASA :
TEMPAT :
PENGERUSI :

KEHADIRAN :
1. Pn.
2. Pn.
3. En.
4. En.

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan doa.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat Panitia Muzik kali pertama bagi tahun 2021.

2.0 Perkara Berbangkit


Tiada

3.0 Laporan / Perkara Perbincangan

3.1 Agihan Kelas :


3.2

TAHUN KELAS GURU RPT


1
2
3
4
5
6

Tindakan : Makluman

3.3 Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0


3.3.1 Dokumen Sukatan Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tidak digunakan sejak PKP dan digantikan
dengan Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) pada pertengahan tahun 2020 dan diperbaiki
dengan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (DPK 2.0) pada tahun 2021.
3.3.2 DPK 2.0 terdiri daripada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap. Guru-
guru perlu memastikan setiap murid dapat menguasai Kandungan Asas sebelum bergerak ke
Kandungan Tambahan dan Pelengkap.
3.3.3 Guru boleh memasukkan sisipan jika sukatan tidak berjaya dihabiskan pada tahun 2020.

Tindakan : Makluman
3.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
3.4.1 Pentaksiran Darjah (PBD) akan dijalankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
3.4.2 Perekodan dilakukan di dalam Borang PBD bagi matapelajaran Pendidikan Muzik.
3.4.3 Data akan dikutip sebanyak 2 atau 3 kali setahun.
Tindakan : Makluman
3.5 Buku Latihan dan RPH :
3.5.1 Buku latihan untuk murid Tahap 1 ialah menggunakan buku latihan nombor 8.
3.5.2 Buku latihan untuk murid Tahap 2 ialah menggunakan buku baluk / buku muzik.
3.5.3 Buku-buku ini boleh diperolehi di kedai buku sekolah.
3.5.4 RPH yang digunakan adalah RPH Abad ke-21.
3.5.5 Tidak disyorkan oleh Guru Besar untuk menggunakan Buku Aktiviti kerana matapelajaran
Pendidikan Muzik adalah hanya matapelajaran elektif.
Tindakan : Makluman
3.6 Aktiviti Lain :
3.6.1 -
3.6.2 -

Tindakan : Makluman

3.7 Aktiviti Lain :


3.7.1 –
3.7.2 -

Tindakan : Makluman

3.8 Ujian / Penilaian :


3.8.1 Tahun 1, 2, 3 dan 5 akan menjalani Projek Kesenian Pendidikan Muzik sebanyak 2 kali setahun.
3.8.2 Tahun 6 akan menjalani Ujian Amali dimana mereka akan diminta menyanyi (2 kali) dan ujian
rekorder (1 lagu).

Tindakan : Makluman

3.9 Minggu Muzik :


3.9.1 Minggu Muzik dijangka akan dijalankan pada bulan Ogos.
3.9.2 Pertandingan yang akan diadakan antaranya adalah “Pertandingan Nyanyian Solo” (terbuka) dan
“Pertandingan Koir”.
3.9.3 Persembahan ini wajib disertai oleh murid Tahun 1 – 6.
3.9.4 Aktiviti lain yang akan dijalankan akan difikirkan dan akan dimaklumkan kepada guru-guru di masa
akan datang.

Tindakan : Makluman

3.10 Buku Penggunaan Bilik dan Buku Peminjaman Alat :


3.10.1 Guru yang mahu menggunakan Bilik Muzik diminta untuk merekodkan penggunaan bilik dengan
cara mengimbas QR Code yang telah disediakan.
3.10.2 Alatan muzik yang dipinjam juga perlu direkodkan dalam Buku Peminjaman Alat. Ini untuk
memudahkan Ketua Panitia untuk mengesan sekiranya terdapat alatan yang tidak ada di bilik
muzik.

Tindakan : Makluman
3.11 Keceriaan Bilik Muzik :
3.11.1 Bilik Muzik, sepertimana yang diketahui, terletak di aras 3, Blok A (bersebelahan Studio Seni).
3.11.2 Bilik Muzik perlu dibersihkan dan dikemaskan seminggu sebelum murid kembali ke sekolah.
Keceriaan Bilik Muzik akan diusahakan secara beransur-ansur oleh Ketua Panitia bersama guru-
guru dan ibu bapa.
Tindakan : Makluman
4.0 Hal-hal lain :
Tiada

5.0 Penangguhan Mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi kepada semua
yang hadir.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................................. ..........................................................
(NAMA) (NAMA)
Setiausaha Panitia Muzik, Ketua Panitia Muzik,
Nama Sekolah Nama Sekolah

Bertarikh : 11 JANUARI 2021

You might also like