You are on page 1of 5

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH & KESEDARAN MENGENAI

ROKOK 2012

PENGENALAN

Program Pendidikan Pencegahan Dadah & Kesedaran Mengenai Bahaya Rokok di


sekolah adalah satu aktiviti yang diharapkan dapat menambah pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidik dan ibu bapa.
Sejajar dengan kehendak kerajaan yang mensasarkan Sekolah Bebas Dadah Tahun
2012.

Demi merealisasikan hasrat murni kerajaan ini, salah satu inisiatif yang akan dijalankan
ialah untuk mewujudkan serta menceriakan sudut rokok dan bilik anti dadah. Sudut
rokok dan bilik anti dadah ini akan dirasmikan pada Julai 2012.

RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang
dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting di
sebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin
bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sekolah sentiasa terdedah dan berada
berisiko untuk turut terlibat dalan jenayah dadah dan rokok. Menyedari hakikat ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF

Penyediaan sudut rokok dan bilik anti dadah ini dapat:

1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan


Dadah dan Rokok kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal,
emosi, mental dan rohani.
3. Membolehkan murid-murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta
mengamalkan nilai-nilai murni.
4. Menggalakkan minat dan budaya membaca.
5. Meningkatkan dan menambahbaik keceriaan sekolah.

TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Seremban 2B. (Sila rujuk Lampiran A)

CADANGAN TARIKH

25 Jun 2012 hingga 4 Julai 2012

JAWATANKUASA PELAKSANA

Sila rujuk Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber kewangan daripada unit Bimbingan dan Kaunseling

BIL PERKARA RM (SEUNIT) UNIT JUMLAH (RM)

1. Cat warna (pelaka 15 15 225


dan mural)
2. Berus 5 3 15

JUMLAH 250

LAMPIRAN A
LOKASI SUDUT ROKOK DAN BILIK ANTI DADAH

LAMPIRAN B
JAWATANKUASA PELAKSANA UNIT DADAH, BIMBINGAN & KAUNSELING SERTA
UNIT CEGAH JENAYAH 20 JUN 4 JULAI 2012

MINGGU ANTI ROKOK DAN DADAH 2012 PERINGKAT SEKOLAH

PENAUNG :Tuan Haji Osman bin Haji Abdullah

(Guru Besar Cemerlang, SK Seremban 2B)

PENASIHAT : Puan Rohaiza binti Muslimin

Puan Hamidah binti Baharin

(Guru Pembimbing)

BADAN BERTINDAK : Jamilah Binti Ahmad Mokhtor

(Ketua Projek)

: Khairiah Binti Amir

(Setiausaha Projek)

: Loke E Lyn

(AJK Reka Bentuk dan Lakaran)

(AJK Dokumentasi)

:Nur Atiqah Binti Sauri

(AJK Bahan dan Keceriaan)

(AJK Perasmian)

RUMUSAN
Diharapkan sudut rokok dan bilik anti dadah ini dapat mencapai objektif yang telah
disasarkan sekaligus mewujudkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

HIDUP BAHAGIA TANPA ROKOK DAN DADAH

Disediakan oleh,

..
(KHAIRIAH BINTI AMIR)
Guru Praktikum,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Raja Melewar, Seremban.

Disemak oleh,

..................................
(PUAN ROHAIZA BINTI MUSLIMIN)
Guru Pembimbing,
SK Seremban 2B.

Disah dan diluluskan oleh,

...............................................................
(TUAN HAJI OSMAN BIN HAJI ABDULLAH)
Guru Besar Cemerlang,
SK Seremban 2B.

You might also like