You are on page 1of 4

Pelopor pembelajaran masteri: Benjamin Bloom dan diubahsuai oleh Block

Masteri bermaksud: mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran


dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam penilaian/ujian.Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti.Murid-murid akan maju ke unit seterusnya,
hanya setelah menguasai sesuatu unit pembelajaran yang sedang dimuridmuridinya. Pembelajaran Masteri adalah merupakan pembelajaran yang
memberi peluang kepada murid-murid menguasai sesuatu unit pembelajaran
yang dipecah-pecahkan kepada beberapa sub unit. Peranan guru adalah
sebagai pembimbing dan boleh mengatur supaya murid-murid dapat bantuan
daripada rakan sebaya sesama kelas atau ahli-ahli lain kumpulan. Guru juga
boleh mengadakan ujian untuk menguji kefahaman murid-murid.Ia
bertentangan dengan konsep pembelajaran tradisional dimana di dalam
kaedah ini murid-murid diberi masa yang sama untuk menguasai sesuatu
tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza.
Elemen-Elemen Pembelajaran Masteri
Di dalam suasana pembelajaran masteri ini cabaran terletak kepada
menyediakan masa yang cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran
untuk memastikan semua murid-murid akan mencapai keupayaan yang sama
(Levine 1985 ; Bloom 1981). Elemen-elemen penting untuk kaedah
pembelajaran masteri ialah (Mastery 2000). Elemen-elemen penting untuk
kaedah pembelajaran masteri ialah :1. Menjelaskan secara spesifik kepada murid-murid apa yang akan dimuridmuridi dan menjelaskan
bagaimana ianya akan dinilai.
2. Membenarkan murid-murid untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.
3. Memantau kemajuan murid-murid dan menyediakan tindakbalas
berserta dengan langkah.
pemulihan yang sesuai.
4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.

Langkah-langkah Pembelajaran Masteri


Bagi memastikan semua murid-murid dapat menguasai hasil pembelajaran
yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran, pembelajaran masteri
dilaksanakan dalam 4 langkah iaitu :i. Menentukan Hasil Pembelajaran Yang Perlu Dikuasai Murid-murid
Dengan menentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh muridmurid guru akan dapat mengenal pasti apa yang perlu dikuasai dan memberi
tumpuan dalam penguasaan huraian pelajaran. Disamping itu juga, guru
dapat merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar dan membantu
membina ujian formatif dan sumatif untuk menghasilkan situasi pengajaran
dan pembelajaran yang tersusun dan berfokus.
ii. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang Berkesan
Berdasarkan kepada perinsip asas untuk membolehkan semua murid-murid
menguasai kemahiran berdasarkan tahap kecerdasan mereka memerlukan
proses pengajaran dengan kaedah dan aktiviti berkesan yang akan
membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti.
iii. Penilaian Dengan Ujian Diagnostik Untuk Mengesan Tahap Penguasaan
Situasi ini membolehkan seseorang guru melakukan tindakan susulan
berdasarkan kemampuan murid-muridnya untuk membolehkan mereka
menguasai sesuatu unit pembelajaran sebelum beralih ke unit pembelajaran
yang lain. Pembelajaran yang terancang dengan kaedah dan

aktiviti yang berkesan memerlukan penilaian dengan ujian diagnostik bagi


mengesan tahap penguasaan murid-murid. Dengan yang demikian akan akan
memudahkan guru merancang kaedah dan strategi yang selanjutnya.

iv. Melaksanaan tindakan susulan


Aktiviti pemulihan akan dilaksanakan bagi murid-murid yang belum
menguasai tahap masteri dalam sesuatu unit dimana pencapaian mereka
tidak mencapai tahap 80%. Setelah proses penilaian dan diagnostik
dilaksanakan keputusan penilaian tersebut akan menjadi pengukur kepada
tahap pencapaian murid-murid dalam sesuatu kemahiran yang disampaikan.
Pada tahap ini murid-murid kemungkinan akan terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan pemulihan dan kumpulan pengayaan. Aktiviti
pengayaan pula dilaksanakan bagi murid-murid yang telah menguasai hasil
pembelajaran yang telah ditentukan dan mencapai tahap masteri iaitu aras
80%. Pembelajaran masteri dilaksanakan secara bersistematik bagi
memastikan semua murid-murid menguasai sesuatu sub kemahiran sebelum
beralih ke sub unit yang lain.
Rujukan
Bloom, B.S. 1981. All Our Children Learning. New York: McGraw-Hill.
Briner, M. 1999. What is Constructivism?(atas talian)
http://curriculum.calstatela.edu/faculty/psparks/theorists/501const.htm (13
Disember 2000)
Carroll, J.M. 1995. Principles and heuristics for designing minimalist
instruction. Technical Communications, 42(2): 243-261.
Ee Ah Meng (1996). Pemantapan Proses Pendidikan. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd..
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Metra Syahril Mohamed (2006). Tumpu akademik punca
obesity, Mingguan Malaysia.
Jasper Woodbury Series. 2000. (atas talian)
http://www.coe.uh.edu/~ichen/ebook/ET-IT/jasper.htm (12 Disember 2000)
Knowles, M. 1975. Self-Directed Learning. Chicago: Follet.

Levine, D. 1985. Improving Student Achievement Through Mastery Learning


Programs. San Francisco: Jossey-Bass.

You might also like