You are on page 1of 4

PK07- LAMPIRAN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MELAWATI


MINIT MESYUARAT PANITIA
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
BIL 1 / TAHUN 2021

Tarikh : 26 Januari 2021


Masa : 2.30 petang
Tempat : Google Meet
Pengerusi : En. Mohd Faizal B. Ibrahim
Kehadiran : Pn. Rahidatul Rahika Bt Mohd Ridzuan
En. Mohammad Hizami B. Khorudin
Hadir Bersama (Jika ada) :
Tidak Hadir :-
Urus Setia/Setiausaha : En. Muhammad Arif Hanis B. Abd. Ghani

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi
melapangkan masa untuk hadir .

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Bil 3/2020 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Rahidatul
Rahika, dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Makluman
3 Perkara Berbangkit
3.1 Penggunaan Buku Latihan Murid
3.1.1 Encik Mohd Faizal memaklumkan buku tulis yang akan digunakan untuk tahun ini
masih sama iaitu sebuah buku nota pendek atau panjang.
Makluman

3.1.2 Puan Rahidatul Rahika mohon dikongsikan RPT dan RPH terkini bagi Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan semakan tahun 5.
Makluman

1
4 PROGRAM-PROGRAM / LAPORAN / AKTIVITI
4.1 Pelaksanaan Kurikulum 2.0
4.1.1 Pengerusi memaklumkan agihan guru yang akan mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah seperti berikut :
Tahun 1 – En Muhammad Arif Hanis b. Abd. Ghani
Tahun 2 – Pn Rahidatul Rahika bt. Mohd Ridzuan
Tahun 3 – En. Mohd Faizal B. Ibrahim
Tahun 4 – En. Mohammad Hizami B. Khorudin
Tahun 5 – Pn Rahidatul Rahika dan En. Muhammad Arif Hanis
Tahun 6 – En. Mohd Faizal B. Ibrahim
Makluman

4.2 Pelan taktikal dan pelan operasi


4.2.1 Pengerusi memaklumkan pelan taktikal dan operasi perlu dihantar dan setiap
panitia perlu menghasilkan satu projek inovasi. Pengerusi minta semua ahli panitia
mencadangkan projek inovasi yang boleh dilaksanakan .
Tindakan: Semua guru
4.3 Rancangan Pengajaran Tahunan(RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian(RPH)
4.3.1 Pengerusi mengagihkan tugasan menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan
bagi tahun 2021 kepada guru-guru iaitu RPT tahun 1 – En. Muhammad Arif, RPT tahun 4
– En. Mohammad Hizami, RPT tahun 5 – Pn. Rahidatul Rahika dan RPT tahun 2,3 dan 6
– En. Mohd Faizal. Pengerusi turut mengingatkan minggu belajar ialah 40 minggu dan
hanya perlu masukkan minggu di dalam RPT tersebut.
Tindakan: Semua guru
4.3.2 Sehubungan itu, pengerusi minta guru-guru berkenaan untuk menyerahkan
sesalinan RPT bagi simpanan fail panitia.
Tindakan: Semua guru
4.3.3 Pengerusi memaklumkan berkenaan tatacara penulisan RPH dan minta
diselaraskan untuk semua guru. Format penulisan RPH ialah Tajuk, Standard
Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) – hanya nombor, Hasil Pembelajaran,
Aktiviti dan Tahap Penguasaan. Manakala di ruangan kanan buku rekod ialah BBM,
EMK, Nilai murni dan impak.
Makluman

4.4 Pelaporan PBS/PBD


4.4.1 Pengerusi memaklumkan perekodan perlu dibuat dalam borang transit dan perlu
disimpan di dalam buku rekod dan perlu sentiasa dikemaskini.
Tindakan: Semua guru

2
4.5 Ujian SEGAK
4.5.1 Pengerusi memaklumkan tatacara pelaksanaan ujian SEGAK perlu menunggu
arahan daripada pihak pentadbir dan JPWPKL.
Makluman
4.6 PDPR
4.6.1 Pengerusi mengingatkan, sepanjang pdpr rancangan pengajaran harian(RPH)
hendaklah dibuat mengikut format yang telah diberikan oleh Pn. Anizai GPK Kurikulum.
Makluman
4.6.2 Pengerusi mencadangkan guru-guru agar menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran seperti google classroom, google meet dan lain-lain yang bersesuaian. Boleh
minta murid mengambil gambar atau video mereka melakukan aktiviti dan disimpan
sebagai ‘evidens’.
Makluman
4.7 Kewangan Panitia
4.7.1 Pengerusi memaklumkan peruntukan PCG PJPK 2021 adalah sebanyak RM
4355.00. Guru-guru dipohon bersama menyenaraikan keperluan dan BBM bagi
kegunaan tahun ini.
Tindakan: Semua guru
4.7.1 Pengerusi mencadangkan pembelian sebuah ‘printer’ bagi kegunaan panitia
untuk tujuan PdPc dan akan berbincang dengan guru besar.
Tindakan: Ketua panitia
4.8 Pencerapan PdPc
4.8.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru untuk menyemak buku pengurusan 2021 bagi
mengetahui PP1 masing-masing. Seterusnya membuat perancangan dan persediaan
untuk pencerapan.
Makluman
4.9 SKPMg2
4.5.1
Makluman

5
HAL-HAL LAIN

5.3
Tindakan: Ketua Panitia

5.4 En Hizami mencadangkan agar alatan di dalam stor dikeluarkan dan dipamerkan
di dalam bengkel serta dilabelkan. Pengerusi memaklumkan perkara tersebut akan
dilaksanakan dan bantuan semua guru diperlukan.
Tindakan: Semua guru

6 PENUTUP

3
Mesyuarat diakhiri dengan pengerusi mengharapkan semua guru meneruskan usaha
dalam meningkatkan pencapaian murid dalam subjek PJPK.

Disediakan oleh :

(MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM)


Setiausaha
Tarikh: 24 Januari 2020

You might also like