You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA

JALAN 8A, TAMAN TAN YEW LAI, JALAN PUCHONG


58200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL.1


TAHUN 2022

TARIKH : 19 Mac 2022


MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Dalam talian (Google Meet)
PENGERUSI : En. Muhamad Khaidzir Bin Kassim
KEHADIRAN :

HADIR
1. Pn. Jeyakkodi a/p Kuppusamy
2. Pn. Haniza Binti Salleh
3. Pn. Subashini a/p Vamana
4. Subaa a/p Nadarajan

Tidak Hadir :
1.

SETIAUSAHA : Pn. Haniza Binti Salleh

1
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK dalam
mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik kali pertama bagi sesi 2022.
1.2. Tahniah kepada guru yang dilantik untuk menganggotai jawatankuasa Panitia
Pendidikan Muzik bagi sesi 2022.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Oleh kerana ini adalah perjumpaan bagi mesyuarat kali pertama, tiada pengesahan
minit diperlukan.
Tindakan : Makluman

3. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

PENGGUBAL RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)

3.1. Pengerusi memaklumkan beberapa orang guru akan diagihkan tugas untuk membuat
RPT setiap tahun.
3.2. Tarikh akhir penyerahan RPT yang lengkap adalah pada 21/4/2022.
3.3. Guru perancang RPT yang baharu perlu memuat naik salinan lembut RPT dalam
kumpulan Telegram panitia dan mencetak RPT untuk disemak, disahkan dan dicap
oleh pentadbir.
3.4. Berikut adalah senarai nama guru yang bertanggungjawab menyediakan RPT
mengikut tahun:

2
Tahun 1 Pn. Haniza binti Salleh

Tahun 2 Pn. Jeyakkodi a/p Kuppusamy

Tahun 3 Pn. Subashini a/p Vamana

Tahun 4 Pn. Subaa a/p Nadarajan

Tahun 5 En. Muhamad Khaidzir bin Kassim

Tahun 6 Muhamad Khaidzir bin Kassim

Tindakan : AJK

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

3.5. Format RPH adalah selaras bagi semua tahun.


3.6. Guru perlu menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format yang
telah dilampirkan dalam Telegram panitia.
3.7. Guru boleh rujuk semula format yang telah dilampirkan dalam Telegram dan boleh
rujuk ketua panitia sekiranya ada sebarang kemusykilan.
Tindakan : Makluman

3
PENETAPAN BUKU LATIHAN

3.8. Murid akan menggunakan buku tulis muzik yang boleh didapati di kedai buku
sekolah.
3.9. Guru boleh memberikan lembaran kepada murid bagi memaksimumkan waktu
interaksi 30 minit bagi setiap PDP.
3.10. Guru juga diingatkan supaya menanda hasil kerja murid.
Tindakan : Makluman

BILIK MUZIK

3.11. Buat masa ini, bilik muzik masih dalam proses kemas kini.
3.12. Guru boleh manfaatkan bahan-bahan yang terdapat dalam bilik muzik untuk
digunakan sewaktu PdP sekiranya sesuai.
3.13. Guru-guru juga diingatkan agar mengikuti SOP yang telah ditetapkan semasa
menggunakan bilik-bilik khas.
3.14. Pengerusi bercadang untuk melakukan projek ubah suai dalaman bilik muzik.
Tarikh bagi projek ini akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan : Makluman

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBD)

3.15. Semua guru sedia maklum bahawa tiada peperiksaan lagi yang akan
dilaksanakan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik.
3.16. Berdasarkan arahan semasa, penilaian terhadap murid yang guru perlu lakukan
adalah berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD) sahaja.
3.17. Pengerusi memaklumkan telah memasukkan salinan borang transit PBD dalam
Telegram panitia.
3.18. Guru diminta cetak dan mengisi borang tersebut setiap kali melaksanakan
PBD.
Tindakan : Makluman

4
PERANCANGAN (PROGRAM PANITIA)

3.19. Pengerusi meminta pandangan semua ahli jawatankuasa untuk merancang


program panitia bagi tahun 2022.
3.20. Buat masa ini, aktiviti untuk mengemas bilik muzik telah dimasukkan dalam
senarai program yang akan dilaksanakan. Tarikhnya akan dimaklumkan kelak dalam
Telegram panitia.
Tindakan : Makluman

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBD)

3.21. Guru mata pelajaran diminta melaksanakan PBD bagi murid kelas masing-
masing dan merekod dalam borang yang telah diberi dalam Telegram panitia.
3.22. PBD mestilah dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun.
3.23. Data PBD akan dikutip sebanyak tiga kali berdasarkan pengalaman pengisian
data yang lepas.
3.24. Oleh yang demikian, guru diminta memastikan maklumat PBD diisi dengan
lengkap dan sentiasa ada dalam simpanan dan boleh diserahkan apabila diminta.
Tindakan: Makluman

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Guru-guru diminta sentiasa rujuk perkembangan terkini aktivti panitia dalam
Telegram panitia dan Telegram rasmi sekolah.
4.2 Bagi guru-guru yang hadapi masalah berkaitan RPH atau RPT boleh berjumpa
dengan Ketua Panitia untuk berbincang.
Tindakan: Makluman

5
5. PENUTUP

Ketua Panitia berharap agar semua AJK bertanggungjawab melaksanakan PDP dan segala
aktiviti berkaitan mata pelajaran Pendidikan Muzik dengan lebih baik pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi

Disediakan oleh,

………………………………….
(Pn. Haniza Binti Salleh)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Muzik.

Tarikh : 21 Mac 2022

You might also like