You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

4/2020
SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI REMIS
34900 PANTAI REMIS, PERAK
Tarikh : 10 Disember 2020 (Khamis)
Masa : 9.30 - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Komputer, SKPR
Kehadiran :
1. En. Ahmad Fauzi Bin Mohd Zain - Guru Besar 9. En. Muslim Bin Mustafa
2. En. Azmi Bin Hj. Ahmad– PK Kurikulum 10. Pn. Noor Aisha Binti Ahmad
3. En. Rusli Bin Mansor – PK HEM 11. Pn. Nor Azira Binti Rahim
4. En. Mohd Halit Bin Abdul Ghani – PK Kokurikulum 12. Pn. Fakerah Binti Zuber
5. Pn Zarina Binti Hussain – Ketua Panitia 13. Pn Haimas Binti Mohamad
6. Pn. Sanaton Akma Binti Omar - Setiausaha 14. En. Zaidi Bin Abdul Rahman
7. Pn. Sariah Bibi Binti Abdul Khalek 15. En. Abdul Rahman Bin Salleh
8. Pn Fatimah Sariah Binti Meor Ariff

Agenda:
1.0 Ucapan Pengerusi (Pn. Zarina Binti Hussain)
1.1 Ucapan salam dan bacaan Ummul Kitab bagi memberkati mesyuarat yang dijalankan
serta diberi hidayah untuk melaksanakan tugas-tugas seharian.
1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru sebagai tanda komitmen untuk
menjayakan Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil.4/2020 bagi membincangkan
beberapa perkara berkaitan panitia demi kejayaan sekolah dan seluruh warganya.
Tindakan : Makluman semua guru

2.0 Ucapan Guru Besar (En. Ahmad Fauzi Bin Mohd Zain)
2.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir Mesyuarat Panitia Bahasa
Melayu Bil. 4/2020.
2.2 Mengharapkan panitia dapat meneruskan takwim yang sedia ada dan menambahbaikan
pada tahun 2021 nanti
2.3 Takwim Perancangan 2021 akan menggunakan sistem flipbook untuk mengurangkan
penggunaan kertas dan menuju ke arah PAK-21.

PAGE \* MERGEFORMAT 4
2.4 Berkaitan CIDS, mulai 20 Januari 2021 guru-guru diharapkan dapat menyiapkan dan
menghantar jadual waktu sebelum tarikh atau waktu PdPC.
Tindakan: Makluman semua guru

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 3/2020.


3.1 Dibentang oleh : Pn. Sanaton Akma Binti Omar
3.2 Disahkan oleh : En. Abdul Rahman Bin Salleh
3.3 Disokong oleh : En. Muslim Bin Mustafa
Tindakan: Makluman Setiausaha

4.0 Perkara Berbangkit


4.1 Tiada

5.0 Bahan Perbincangan


5.1 Pelaporan PBD
5.1.1 Semua guru Bahasa Melayu perlu menyiapkan Laporan PBD akhir tahun. Laporan
PBD haruslah diserahkan satu salinan untuk dimasukkan ke dalam fail panitia.
Tindakan: Semua guru
5.2 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
5.2.1 Ketua panitia dan setiausaha perlu menyemak dan mengemaskini fail panitia
masing-masing.
5.2.2 Fail yang telah dikemaskini perlu diserahkan kepada PK Kurikulum pada minggu
akhir persekolahan 2020.
Tindakan: SU Panitia
5.3 Pengumpulan Semula Dokumen PdPC Tahun 2020
5.3.1 Buku Rekod Mengajar perlu diserahkan pada PK Kurikulum pada minggu akhir untuk
tujuan pengumpulan dokumen pengajaran.
Tindakan: Semua guru
5.3.2 Mulai tahun 2021, DSKP Mata Pelajaran akan dibuat salinan untuk semua guru
subjek itu dan diserahkan semula kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran
masing-masing pada akhir tahun untuk disimpan.
Tindakan: Ketua Panitia

PAGE \* MERGEFORMAT 4
6.0 Hal Lain
6.1 Ketua Panitia dan ahli jawatankuasa yang mempunyai bilik-bilik khas perlu menentukan tarikh
untuk mengemas bilik berkenaan.
Tindakan: Semua guru

6.2 Mesyuarat Pengurusan 1 bagi sesi 2021 akan diadakan pada 14 Januari 2021 , hari Khamis bagi
setiap tahun.
6.3 Pemulangan Buku Teks Sesi 2020, Pengagihan Buku Teks Sesi 2021, Hari Pendaftaran Tahun 1 dan
Bayaran Persekolahan Tahun2021 akan diadakan pada 20 Januari 2021 mengikut surat arahan
yang dikeluarkan oleh PPD.
Tindakan : Semua guru kelas

7.0 Ucapan Penangguhan


7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menghadiri mesyuarat ini.
Berharap agar kerjasama dan ukhuwah yang baik antara guru di sekolah ini berterusan dan
semua tugas dapat dilaksanakan dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30
pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________ _________________ _____________________

(SANATON AKMA BT OMAR) (ZARINA BT HUSSAIN) (AZMI BIN AHMAD )

Setiausaha Ketua Panitia PK Pentadbiran

PAGE \* MERGEFORMAT 4

You might also like