You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN NIK DAUD

17700 TANAH MERAH KELANTAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA PJK BIL 1 TAHUN 2021

Tarikh: 6 April 2021

Masa: 1.30 tengahari

Tempat: Bilik Mesyuarat SKND

Pengerusi: Amran Jaafar

Kehadiran: Pn Aniza Bt Muhammad

Pn Normimi Esthakina Bt Shah Riman

En Marzuki Bin Mamat

En Muhammad Samizi Bin AB Rahman

En Muhamad Din Bin MD Nor

En Rus Amin Bin Abdu Razak

Mohd Al-amin Bin Muhammad

Ahmad Bukhari Bin Yaacob

1. Perutusan pengerusi.

1.1 Mesyuarat dimulai dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah


1.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa perlu selaraskan bilangan mesyuarat sebanyak
4 kali setahun berpandukan pekeliling yang telah ada.
1.3 Mesyuarat panitia berkelompok ,menjimatkan masa dan mengelak daripada
keciciran maklumat.
1.4 Penyelarasan minit mesyuarat. Sebagaimana contoh yang diberi.
1.5 Kemaskini fail panitia .
1.6 Setiap panitia mesti menyediakan satu kertas kerja projek panitia masing masing
untuk dilaksanakan pada tahun 2021.
1.7 Setiap panitia perlu melatih murid untuk membuat persembahan semasa perhimpunan
mingguan mengikut giliran .

2. Ucapan pentadbir. (PKP)

2.1 Terima kasih kerana sudi menjadi ketua panitia dan SU panitia.
2.2 Aktiviti panitia perlu diperkasakan untuk melahirkan murid yang hebat terutama
dalam penguasaan 4 kemahiran utama .

2.3 Panitia merupakan teras di sekolah dan murid boleh menguasai kemahiran yang
diperlukan dalam panitia.

2.4 Guru perlu mengambil tanggujawab dan merasakan tugas ini merupakan amanah
yang besar dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

2.5 Mesyuarat digalakkan secara berkelompok untuk menjimatkan masa serta berfokus

2.6 Format surat panggilan mesyuarat di selaraskan bagi semua panitia.

2.7 Kemaskini 7 fail panitia.

3. Mengesahkan minit mesyuarat bil 3/2020 dan pelantikan SU panitia bagi tahun
2021.

Dicadang untuk disahkan minit oleh : Pn Normimi Esthakina Bt Shah Riman


Disokong untuk pengesahan oleh :Pn Aniza muhammad.

4. DSKP, RPT dan RPH

4.1 Mesyuarat memutuskan rancangan pengajaran tahunan (RPT) mesti


diletakkan tarikh sesuai dengan minggu pembelajaran dan boleh
ditulis tangan

4.2 Mesyuarat memutuskan bahawa template PBD perlu diisi oleh setiap
guru dan perlu dicetak untuk simpanan guru.

4.3 Mesyuarat memutuskan bahawa guru mesti mengikut panduan dan


bahan yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.3 RPT perlu diubah suai menjadi 38 minggu pembelajaran .Tidak perlu
dibuat semula dan hanya buat catatan pada RPT yang asal.

Tindakan: semua guru PJK

5. Penulisan RPH dan buku latihan murid

5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa rancangan pengajaran harian


(RPH) sama seperti tahun sebelumnya (rujuk contoh)

Tindakan: semua guru

5.2 Mesyuarat memutuskan Standard pembelajaran dan objektif


pengajaran adalah berkaitan.Objektif boleh diukur dan standard
pembelajaran mestilah mengikut standard prestasi yang ditetapkan
oleh kementerian.

5.3 Mesyuarat memutuskan guru boleh menggunakan buku atau fail untuk
penyediaan RPH masing masing sebelum pengajaran dan
pembelajaran dimulakan di dalam kelas.

5.4 Pencerapan dilakukan pihak pentadbir dan ketua panitia.

6. Perancangan aktiviti panitia PJK (penambahbaikan aktiviti tahunan)

6.1 Mesyuarat memutuskan bahawa

-Rujuk carta gan

7. Analisis PBD rujuk lampiran .


7.1 Kenalpasti murid yang mendapat TP 1 dan 2 dan jalankan intervensi
8. Penilaian semula PBD semua tahun perlu disediakan
8.1 Rujuk keputusaan PBD tahun 2020
9. Belanjawan panitia,peruntukan panitian PJK untuk tahun 2021 Rm2243.16

9.1 Guru disarankan supaya memaklumkan kepada Ketua Panitia peralatan


yang diperlukan bagi melaksanakan PDPC yang lebih berkesan.
Sebahagian peralatan diperlukan telah dibeli.

9.2 Menggunakan wang peruntukan panitia sebaik memungkinkan untuk


membeli peralatan keperluan panitia bagi kemudahan semua murid
terutama untuk tahun 5 sukatan baharu.

10. Hal-hal lain.


10.1 Kursus dalaman dan PLC diantara ahli panitia
10.2 Penyediaan minit curai perlu dibuat dan diserahkan kepada pkp. .
Tindakan: guru PJK

Penutup
1. Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………. …………………….
(AHMAD BUKHARI BIN YAACOB) ( AMRAN BIN JAAFAR )
Setiausaha, Panitia PJK Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh :
………………………………………….
(RAFIE BIN ABDULLAH)
Guru Besar

You might also like