You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI PERTAMA

2020

TARIKH : 15.01.2020
HARI : Rabu
MASA : 1.10 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Rafflesia

Kehadiran :
1. Ecik Rosli bin Mohamad Zaman - Guru Besar
2. Puan Muaini binti Abdul Rasib - PK Pentadbiran
3. Pn Zurita bt Ismail - Ketua Panitia
4. Pn. Nur Aida binti Saari - Setiausaha
5. Pn. Che Su binti ahmad
6. Pn. Zarina binti Mat Rasehid
7. En Farzli bin Malik
8. En Mohd Hafifi bin Yusop
9. Pn Zarina bt Rasehid

Pengerusi : Pn Zurita bt Ismail

I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pn Zurita selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
hadir ke mesyuarat kali ini.

2. Beliau juga mengucapkan syabas kepada guru-guru subjek TMK kerana dapat
melaksanakan pengajaran mengikut rancangan tahunan yang disediakan .

3. Pengerusi turut memaklumkan bahawa mesyuarat pada kali ini adalah untuk memperbaiki
beberapa kelemahan yang timbul pada tahun-tahun sebelum ini serta meningkatkan
kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran

II PERUTUSAN PENASIHAT
4. Encik Rosli bin Mohamad Zaman selaku Penasihat mengucapkan Selamat Tahun Baru
dan ucapan terima kasih kepada semua guru di atas sokokngan yang diberikan kepada
setiap mata pelajaran.

5. Beliau juga turut menekankan bahawa setiap apa yang dilakukan mestilah berfokuskan
kepada kemenjadian murid. Kejayaan sesuatu sekolah adalah bergantung kepada peranan
dan saling toleransi antara guru

III DASAR BARU PENDIDIKAN ( PAK21/KSSR/SKPMG2/ PBD )


6. PAK21
Berteraskan Pembelajaran Abad ke 21 ( PAK21 ) setiap pengajaran dan pembelajaran
serta suasana kelas haruslah mempunyai elemen-elemen abad ke21 seperti peta I
THINK , Carta Organisasi Murid , Carta Hari Lahir Murid, Parking Lot , Traffic Light
serta hasil kerja murid yang perlu ditampal dan dipamer di dalam kelas.

7. KSSR
Semua guru yang mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK
) mestilah merujuk Rancangan Tahunan serta Dokumen Standard Kurikulum (DSKP)
yang terkini.

8. SKPMG2
Pengerusi memaklumkan kepada AJK bahawa SKPMG2 Panitia perlu dilengkapkan dan
perlu diisi secara atas talian. Ia perlu disertai dengan eviden yang jelas berdasarkan
perancangan yang dibuat.

9. PBD
a) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Edisi Kedua menyasarkan setiap eviden dalam
sesuatu projek haruslah disimpan di dalam fail PBS. Panitia perlu mewujudkan
sekrang-kurangnya 3 fail . Antaranya ialah fail minit mesyuarat , Fail DSKP dan Fail
Maklumat dan dokumen guru.
b) Perjumpaan dengan waris adalah dua kali setahun bagi pemakluman tentang rekod
PBD murid kepada ibubapa.

c) Pengerusi mencadangkan penilaian berasaskan ujian perlu dibuat dengan seragam dan
hanya 10 soalan sahaja perlu disediakan . Ini adalah salah satu eviden bagi setiap
matapelajaran. Semua kertas ujian tersebut perlu di dimasukkan ke dalam satu fail
bersama subjek penting yang lain. Guru tidak perlu membuat satu murid satu fail
mengikut matapelajaran. Hanya sediakan satu fail bagi semua subjek.

d) Ujian tersebut perlu dinamakan sebagai lembaran kerja dan ia akan dilaksanakan
apabila tamat sesuatu topik.

IV) PROGRAM PANITIA

10. Program panitia yang melaksanakan bulan panitia pada Tahun 2019 hanyalah panitia
teras sahaja.

11. Pengerusi memaklumkan perancangan tahunan panitia perlulah jelas dan berteraskan
kemenjadian murid

12. Panitia boleh merancang bengkel teknik menjawab dan juga dicadangkan membuat laluan
yang dipenuhi dengan kata-kata di dalam kawasan sekolah.

13. Apa sahaja aktiviti yang dijalankan haruslah didokumenkan dan dibuat sebagai eviden
dan boleh dijadikan sebagai PLC .

V) PENGURUSAN PANITIA 2020

14. Fail-fail Panitia


a) Mempunyai minit sekurang-kurangnya 4 kali setahun
- Minit pertama adalah perbincangan perancangan tahunan panitia
- Minit kedua terdiri daripada perbincangan soalan peperiksaan pertengahan tahun
- Minit ketiga terdiri daripada perbincangan markah peperiksaan dan postmortem
peperiksaan.
- Minit keempat terdiri daripada perbincangan membina soalan/ item akhir tahun.

15) PCG Panitia Prosedur Pembelian dan Pengurusan Aset

a) PCG ini adalah melibatkan kewangan. Panitia boleh membuat sebarang pesanan
yang diperlukan dengan segera.

b) Gunakan bahan yang dibeli sepertimana yang terdapat di dalam Makmal 1, Makmal 2
dan Google Classroom.
c) Semua aset perlu diletakkan dalam harta modal. Segala peralatan perlu dibuat ‘surat
beranak’.

d) Panitia perlu memastikan harta modal ditulis di dalam borang.

16) Rancangan Tahunan / Rancangan Harian


a) Rancagan Tahunan boleh digunakan semula tetapi tidak termasuk Tahun 4 2020.

b) Penulisan rancangan harian perlulah selaras mengikut tahun terkini.

c) Hasil Pembelajaran bagi minggu keempat boleh dimasukkan ke dalam bahan sumber
sebagai eviden.

17) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran DSKP


a) DSKP perlu yang terkini.

18) LDP Panitia


a) Panitia dicadangkan memperuntukkan satu hari bagi mengadakan LDP.
b) Panitia boleh menggunakan guru dalam kalangan sekolah ini yang mempunyai
kepakaran dalam bidang IT untuk membuat bengkel kepada semua guru.

VI) LAIN-LAIN HAL

19) Pengerusi mencadangkan agar setiap kelas dijadikan sebagai bilik sumber ilmu
mengikut subjek yang ditetapkan.

VII) UCAPAN PENANGGUHAN

20) Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang idea
dalam mesyuarat ini untuk meningkatkan prestasi akademik di SK Sungai Lalang.

21) Pengerusi mengingatkan semua guru yang hadir agar melaksanakan bidang tugas
akademik pada tahun 2020 dengan penuh keikhlasan serta bertanggungjawab .
22) Beliau juga mengharapkan semua AJK telah mendapat maklumat yang jelas tentang
DSKP, RPT , RPH, Modul PdP dan Pelaporan.

23) Diharapkan pada Tahun 2020 ini guru-guru lebih efisyen menjana kemenjadian murid.

24) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

( NUR AIDA BT SAARI ) ( PN ZURITA BT ISMAIL)


Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK

Tarikh : 22 JANUARI 2019

Semua guru yang berkenaan,

Tuan/Puan/Cik,

MESYUARAT PANITIA RBT/TMK KALI KE 1/2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 JANUARI 2019 (RABU)


Masa : 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Sumber SK Sungai Lalang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1. Perutusan Pengerusi


3.2. Ucapan Guru Besar
3.3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
3.4. Perkara Berbangkit
3.5. Perbincangan Profesional Pengurusan Panitia
3.6. Kewangan
3.7. Hal-hal Lain
3.8 Ucapan Penangguhan

4. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Saya yang menurut perintah,

You might also like