You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BACHOK

16300 BACHOK, KELANTAN.


Tel : 09-7788255 Fax : 09-7782581 Email : smbachok @ gmail.com

Ruj. Kami : SMKB700-


1/17/3( )
Tarikh : 05 April 2023
Ke Majlis :
…………………………………..
Tuan/Puan:
Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Grafik Digital Bil 01 / 2023
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada


Tarikh : 10 April 2022 (Ahad)
Tempat : Bengkel KHB
Masa : 02.00 petang.
Berikut adalah agenda mesyuarat :-
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lepas
2.3 Perkara Berbangkit
2.4 Pembentangan Isu :
2.4.1 Pengesahan Jawatankuasa Panitia 2022
2.4.2 Fail Persediaan Mengajar (FPM)
2.4.3 Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT )
2.4.4 Piawai Mata Pelajaran ( Piawai Buku Tulis dll )
2.4.5 Kaedah PdPc dan Pelaksanaan Google Classroom
2.4.6 Pencerapan Hasil Kerja Murid Dan Semakan Buku Nota
2.4.7 Peperiksaan ( Jadual Guru Penyediaan Soalan Dan Skema )
2.4.8 Bajet Tahunan Panitia
2.4.9 Program Strategik Peningkatan Mata Pelajaran
2.4.10 Manual Pengurusan Panitia 2021
2.5 Hal-hal lain
2.6 Rumusan
3. Sehubungan itu , tuan/puan diminta dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah ,

..................................................
( PN HJH NORMA BT YASIM )
Pengetua SMK Bachok
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BACHOK

16300 BACHOK KELANTAN

No. Tel. Pejabat : 09-7788255

No. Faks : 09-7782581

MINIT MESYUARAT
REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL
BIL 01/2023

05 APRIL 2022 [ RABU ]


12.30 PAGI
BILIK ERT

1
MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL BIL 01 / 2023

Tarikh : 05hb April 2023 (Rabu)


Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Bilik ERT
Nama Pengerusi : Pn. Intan Rafidah bt Alawi (GKTV)
Kehadiran : 04/04 orang hadir ( Rujuk lampiran )
AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulai dengan bacaan ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran kerana hadir dalam
mesyuarat kali pertama.
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru mata pelajaran di
atas kerja buat sepanjang tahun 2022 dan semoga mendapat kejayaan yang
cemerlang.
1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa SMK Bachok telah menerima Penolong
Kanan Pentadbiran yang baru iaitu En. Kamaruzzaman bin Abdul Ghani yang
menggantikan En. Mohd Radzi yang telah bertukar ke SMK Beris Panchor.
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS.
2.1 Pn. Nik Roslina bt Nik Hanapi membentangkan minit mesyuarat yang lepas untuk
diterima dan disahkan,
Cadangan : Pn. Kamariah bt Muhammad
Disokong : Pn. Intan Rafidah bt Alawi

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT


-Tiada-
AGENDA 4 : PEMBENTANGAN ISU
4.1 Pengesahan Jawatan Kuasa Panitia 2022
Ketua Panitia dan SU : Pn. NurulJannah binti Ab. Hamid
Penasihat Panitia : Pn. Intan Rafidah bt Alawi
4.2 Fail Persediaan Mengajar (FPM)
FRM hendaklah dihantar pada 06/04/2023 ( Khamis ) kepada Guru Kanan dan
semakan kali kedua akan dibuat oleh Penolong Kanan Pentadbiran pada
18/4/2023 ( Selasa ) memandangkan cuti sempena Hari Raya bermula Rabu ,
19/4/2023. RPH boleh dihantar secara softcopy untuk disemak sebelum dicetak
untuk diletakkan dalam fail.

2
4.3 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
RPT perlu disediakan dan perlu dimasukkan ke dalam buku persediaan mengajar
dengan merujuk DSKP.

4.4 Piawai Mata Pelajaran


Gred mata pelajaran masih menggunapakai seperti yang terdapat di dalam
SAPS. Manakala bagi pentaksiran pelajar tingkatan 5 perlu disiapkan sebelum
bulan Disember 2023. Bagi pelajar tingkatan 4 perlu menyiapkan 6 kerja kursus
seperti yang terkandung dalam DSKP Reka Bentuk Grafik Digital.
4.5 Kaedah Pdpc
i) Guru mata pelajaran hendaklah menjalankan pdp abad ke 21 iaitu
membentuk kumpulan pelajar dan berpusatkan pelajar iaitu secara kolaboratif,
kreatif dan kritis.
ii) Guru juga mestilah memasukkan unsur KBAT dan i-Think dalam pdp masing-
masing di samping melaksanakan pentaksiran individu murid.

4.6 Pelaksanaan Google Classroom


Guru digalakkan menggunakan pelantar Google Classroom untuk memastikan
pdp menjadi menarik dan terkini. Guru boleh menyediakan latihan dan kuiz
menggunakan Google Form dan memuatnaik bahan tersebut ke dalam Google
Classroom kelas.
4.7 Pencerapan Hasil Kerja Murid Dan Semakan Buku Nota
Penghantaran buku nota murid / fail pentaksiran untuk semakan oleh guru kanan
pada tahun 2023 dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadual
semakan buku nota / fail pentaksiran boleh dirujuk dalam Manual Pengurusan
Sekolah 2023/2024.
4.8 Peperiksaan (Jadual Guru Penyedia Soalan dan Skema)
Soalan dan skema peperiksaan disediakan semasa bengkel menggubal dan
memurnikan soalan yang dianjurkan oleh JPN Negeri.

4.9 Analisis Pep. Akhir Tahun Tingkatan 4 / UASA T4


Keputusan Akhir Tahun bagi mata pelajaran RGD masih dalam keadaaan yang
memuaskan memandangkan kesemua pelajar telah melengkapkan kerja kursus
bagi tingkatan 4 2022/ 2023.

3
4.10 Bajet Tahunan Panitia
Guru boleh membuat senarai bahan / keperluan untuk melaksanakan pdp.
Pembelian hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan
mengisi nota minta dan mendapat kelulusan dari Pengetua.
4.11 Program Strategik Peningkatan Mata Pelajaran
Ketua Panitia hendaklah menyediakan program-program strategik tahun 2023.
Mesyuarat bersetuju program-program tahun lepas dikekalkan untuk tahun
2023 dan akan bermula lebih awal untuk memastikan semua pelajar dapat
melengkapkan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan.

4.12 Manual Pengurusan Panitia


Manual Pengurusan Panitia hendaklah dibuat sebagaimana format daripada
pihak Kurikulum dan diserahkan sebelum 30 April 2023 untuk dimasukkan ke
dalam Fail Panitia.
AGENDA 5: HAL-HAL LAIN
5.1 GKTV memaklumkan bahawa perkakasan komputer yang boleh digunakan
hanyalah sebanyak 8 buah dan perlu dibaikpulih untuk kegunaan murid
sepanjang pdp tahun 2023/2024. Murid pelu menggunakan komputer untuk
menyiapkan 7 daripada 12 kerja kursus.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah al- asr dan tasbih kafarah dan ditangguhkan
tepat jam 03.00 petang.
Disediakan oleh :
……………………………………………..
(NURULJANNAH BINTI AB.HAMID
Setiausaha Panitia Reka Bentuk Grafik Digital

4
LAMPIRAN A

KEHADIRAN MESYUARAT

1. Pn. Intan Rafidah bt Alawi

2. Pn. NurulJannah binti Ab.Hamid

3. Pn. Nik Roslina bt Nik Hanapi

4. Pn. Kamariah bt Muhammad

You might also like