You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL JALIL

HULU LANGAT, SELANGOR

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 4 2022/2023

Bilangan Mesyuarat : Bil 4 Tahun 2022/2023


Tarikh : 28 Januari 2023
Masa : 8.00 pagi- 1.00 Tengah hari
Tempat : Bilik Ibnu Khaldun

Hadir : 10/10 (Rujuk Lampiran) sesi pagi

: 8/8 (Rujuk Lampiran) sesi petang

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (PN. NOOR AZLIN BINTI BAHARIN)

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan surah Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih
kerana kehadiran guru-guru ke mesyuarat .

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibentangkan dan disahkan oleh Puan Norashahniza dan
disokong sebulat suara.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Jadual Penggubal Soalan


Pengerusi memaparkan jadual penggubal soalan bagi sesi akademik 2023/2024. Pengerusi
memaklumkan akan berbincang dengan unit peperiksaan untuk memasukkan kertas 4
Bahasa Inggeris ke dalam jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir
Tahun.
Tindakan : semua guru Bahasa
Inggeris
3.2 Aktiviti Ko-akademik 2023/2024
Pengerusi memaparkan perancangan Ko-akademik bagi sesi 2023/2024.Pengerusi
memaklumkan Panitia Bahasa Inggeris perlu menghantar penyertaan sekurang-kurangnya
dalam tiga aktiviti dan meminta ahli panitia mencadangkan aktiviti yang sesuai. Antara
aktiviti yang dicadangkan adalah seperti public speaking, product review, dan mini
documentary.
Puan Haslina mencadangkan program Fun-In-Camp diganti dengan program yang boleh
mengasah bakat peserta menguasai kemahiran membaca, mendengar, menulis dan
bertutur.
Tindakan : semua guru Bahasa Inggeris
3.3 Rancangan Pengajaran Tahunan

Pengerusi memaparkan nama-nama guru yang bertanggungjawab menyediakan


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa Inggeris bagi sesi akademik 2022/2023.
Guru-guru yang akan menyediakan RPT adalah seperti berikut:

Tingkatan 1 Puan Anis Syazana


Tingkatan 2 Puan Mazura
Tingkatan 3 Cik Siti Syakirah
Tingkatan 4 Puan Noor Syarafina
Tingkatan 5 Puan Haslina

Pengerusi berharap RPT dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan serta dapat
diagihkan pada mesyuarat panitia bil 1 sesi 2023/2024.

Tindakan : semua guru penyedia RPT


3.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.0 PERKARA BAHARU
4.1. Pengurusan Mata pelajaran

Pengerusi berkongsi maklumat tentang pengurusan mata pelajaran iaitu aspek 3.1.2.2
dan 3.1.2.3. Aspek 3.1.2.2 adalah berkaitan program peningkatan kualiti guru yang diurus
secara terancang manakala aspek 3.1.2.3 ialah program peningkatan kualiti murid yang
diuruskan secara terancang. Aspek 3.1.2.2 dan 3.1.2.3 ini melibatkan beberapa langkah
iaitu plan, do, check dan act. Penerangan ringkas langkah-langkah ini adalah seperti
berikut:
a) Plan: data pencerapanguru / data pencapaian murid bersama perancangan /
takwim.
b) Do: Pelaksanaan program berdasarkan isu / masalah beserta laporan
c) Check: Instrumen penilaian program ( borang maklum balas program /
borang penilaian murid) beserta impak kepada murid ( ditambahbaik /
digugurkan)

Tindakan : Makluman
4.2 Perkongsian Amalan baik

Pengerusi memaklumkan tentang perkongsian amalan baik akan dilaksanakan . Siri 1 akan
bermula dengan 5 episod dan bermula dengan mata pelajaran teras. Bagi subjek Bahasa
Inggeris menengah rendah dan menengah akan diadakan pada 5 November 2021
bersiaran dari 8.30 – 10 malam. SMK Jalan Reko telah dipilih untuk berkongsi amalan yang
membantu meningkatkan pencapaian murid dalam SPM dari segi GPMP dan peratus
lulus.Sekolah lain akan bertindak sebagai Ahli jawatankuasa contohnya sebagai moderator,
dokumentasi, promosi dan sebagainya.

Tindakan : Makluman
4.3 Aktiviti PLC ( Dive in: Sow and PBD in the Classroom)

Aktiviti PLC bagi tajuk ini disampaikan oleh Datin Rosliza, Cik Nithiyaa Sakhti Saravanan,
dan Puan Syarafina. Bagi memastikan kefahaman yang lebih mendalam tentang
perkongsian ini, pengerusi memaklumkan setiap sekolah dikehendaki membina 2
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Satu RPH bagi menengah rendah manakala satu
lagi RPH bagi menengah atas. Tarikh akhir penghantaran RPH adalah pada 18 Oktober
2021. Sepuluh RPH terbaik akan dipilih dan dibentangkan dalam mesyuarat panitia
peringkat daerah bil 3/ 2021. Rancangan pengajaran harian hendaklah mengandungi
perkara berikut:
 Lesson no.
 Main skill / complementary skill
 Success criteria
 Activities ( pre, while, post)
 Formative assessment ( how formative assessment is carried)
 What is the indicator that the students achieved the objective

Pengerusi turut memaklumkan satu Google Form akan dijana untuk memudahkan
penghantaran RPH tersebut.

Tindakan : semua guru Bahasa Inggeris.


Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris bil 3/ 2021 dan aktiviti PLC ditangguhkan pada jam 12.00
tengah hari dan diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh:

(SITI AISYAH BINTI SAARI)


Setiausaha,
Panitia Bahasa Inggeris

TARIKH: 25 SEPTEMBER 2021


LAMPIRAN

KEHADIRAN GURU
Hadir : 10/10 sesi pagi
: 6/7 sesi petang

BIL NAMA (Sesi Pagi) BIL NAMA (Sesi Petang)


1. Pn Zahana bt Hamzah 1 Pn. Nur Izzati Mohd Noordin
2. Pn. Noorazlin bt Baharin 2 Pn. Norashahniza bt Sarip
3. Datin Rosliza bt Abu Bakar 3 Cik Siti Syakirah Binti Sayadi
4. Pn. Kamilah binti Ahmad@ 4 Cik Nithiyaa a/p Sakhti Saravanan
Ahmadiiah
5. Pn. Rita Tan bt Abdullah 5 Pn Siti Ai’syah Saari
6. Pn Subhashini a/p V.S Kandiah 6. Pn. Mohanah Thiagarajoo
7. Cik Ruzaini bt Ahmad Tajuddin
8. Pn Nithya Govindaraja
9. Pn Noor Syarafina Kamaludin
10. Pn. Haslina Ismail

Tidak hadir: 1/7


Bil Nama Sebab
1. Encik Megat Ismazi@Ismazi bin Ismail Urusan keluarga

You might also like