You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT CHENDERING,

21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU


NO. TELEFON & FAKS: 09-6175125

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BILANGAN 4 TAHUN 2020

Tarikh : 8 November 2020


Hari : Isnin
Tempat : Makmal Komputer, SK Kampong Bukit Chendering
Masa : 12.30 – 1.30 tengah hari
Kehadiran :
1. Encik Ahmad Nazim bin Jusoh GPK Pentadbiran
2. Puan Ezza Hairani binti Zainuddin Ketua Panitia
3. Puan Asmalaile binti Ariffin
4. Puan Roslina binti Awang
5. Encik Azman bin Ahmad
6. Encik Norhazlly bin Abu
7. Puan Hanisah binti Hashim
8. Puan Madihah binti Samli Setiausaha Panitia

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI (KETUA PANITIA)


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah dan mengucapkan
terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali
keempat.
Tindakan: Makluman
AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bilangan 3 Tahun 2020 yang telah diadakan
pada 27 Julai 2020 disahkan tanpa sebarang pindaan.

AGENDA 3: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit.

1
AGENDA 4: UCAPAN PENTADBIR
4.1 GPK Pentadbiran mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas penganjuran 2
pertandingan semasa Minggu Bahasa Inggeris 2020.
Tindakan: Makluman
4.2 Beliau menerangkan mengenai Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) yang akan menjadi panduan sepanjang PKPB yang akan bermula esok, 9 November
2020 hingga 6 Disember 2020.
Tindakan: Makluman

AGENDA 5: HIP, PBD, PLC DAN NILAM


5.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa tiada kutipan data HIP untuk kali kedua seperti
tahun yang terdahulu. Laporan hanya perlu dihantar sekali sahaja tahun ini dan tarikh baharu
yang diberikan adalah sehingga 31 Oktober 2020 kepada sekolah yang masih belum
menghantar laporan tersebut. Sekolah telah melengkapkan soal selidik yang perlu diisi oleh
Tuan Guru Besar, Penyelaras HIP, seorang guru Bahasa Inggeris dan seorang guru subjek
lain. SK Kampong Bukit Chendering masih mengekalkan Level of Immersiveness: Level 3
bagi program HIP 2020.
Tindakan: Makluman
5.2 Beliau memaklumkan bahawa tarikh pengisian PBD Akhir Tahun adalah pada 15
Disember 2020. Beliau mengingatkan agar semua guru Bahasa Inggeris untuk mengisinya
sebelum tarikh akhir.
Tindakan: Semua Guru Bahasa Inggeris
5.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris telah berjaya melaksanakan
PLC sebanyak 13 kali pada tahun ini.
Tindakan: Makluman
5.3 Beliau turut memaklumkan pengisian Nilam melalui pautan Google Drive diteruskan
sehingga 30 November 2020.
Tindakan: Semua Guru Bahasa Inggeris

AGENDA 6: LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA 2020


6.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa semua aktiviti Panitia dapat dijalankan meskipun
menghadapi pelbagai cabaran kerana pandemik Covid-19. Beliau mengucapkan tahniah dan
terima kasih kepada semua guru panitia yang telah sama-sama menjayakan program-program
yang telah dirancang.
Tindakan: Makluman

2
AGENDA 7: PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA 2021
7.1 Panitia akan mengekalkan perancangan aktiviti yang sama bagi Tahun 2021.
Tindakan: Makluman
7.2 Panitia akan meneruskan projek Laluan HIP yang telah diluluskan pada tahun ini ke
tahun 2021. Panitia akan membeli dua set gegantung yang sesuai untuk tujuan ini. Laluan ini
akan menyediakan bahan yang berkaitan komunikasi ringkas dalam Bahasa Inggeris di susur
gajah dan tempat-tempat yang difikirkan sesuai.
Tindakan: Ketua Panitia
7.3 Beliau memaklumkan dua pertandingan yang telah dijalankan: 'Punctuate It Right'
bagi Tahap 1 dan 'Cursive Me' bagi Tahap 2 sepanjang Minggu Bahasa Inggeris pada 25 –
29 Oktober 2020. 5 pemenang dari setiap kelas telah dipilih dan majlis penyampaian hadiah
telah diadakan pada Ahad, 8 November 2020.
Tindakan: Makluman
7.4 Anggaran belanjawan panitia yang diperuntukkan pada tahun ini adalah sebanyak RM
817.27. Jangkaan baki yang akan ditinggalkan pada akhir tahun ini adalah sebanyak
RM55.27.
Tindakan: Makluman

AGENDA 8: TRANSISI TAHUN 1 2021


8.1 Ketua Panitia memaklumkan untuk menempah cetakan lembaran Phonics bagi
kegunaan murid Tahun 1 sepanjang Minggu Transisi 2021.
Tindakan: Ketua dan Setiausaha Panitia

AGENDA 9: PENATARAN KURIKULUM BI SEJAJAR CEFR TAHUN 5 DAN 6


9.1 Kursus Penataran Kurikulum Bahasa Inggeris sejajar CEFR Tahun 5 dan 6 akan
dijalankan pada jam 1.30 tengah hari ini di Makmal Komputer, SK Kampong Bukit
Chendering. Penataran ini akan disampaikan oleh Puan Asmalaile binti Arifin bagi Tahun 5
dan Puan Ezza Hairani Zainuddin bagi Tahun 6.
Tindakan: Semua Guru Panitia

AGENDA 10: HAL-HAL LAIN


10.1 Pengerusi memaklumkan peperiksaan CEFR Readiness yang sepatutnya dijadualkan
pada bulan November akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan
kemudian.
Tindakan: Makluman

3
AGENDA 11: UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.25 tengah hari dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

------------------------------------- ----------------------------------------------------
(MADIHAH BINTI SAMLI) (EZZA HAIRANI BINTI ZAINUDDIN)
Setiausaha KetuaPanitia
Panitia Bahasa Inggeris Panitia Bahasa Inggeris
SK Kampong Bukit Chendering SK Kampong Bukit Chendering

Disahkan oleh:

-----------------------------------------
(AHMAD NAZIM BIN JUSOH)
GPK Pentadbiran
SK Kampong Bukit Chendering

You might also like