You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT CHENDERING,

21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU


NO. TELEFON & FAKS : 09-6175125

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BILANGAN 4 TAHUN 2020

Tarikh : 8 November 2020


Hari : Isnin
Tempat : Makmal Komputer, SK Kampong Bukit Chendering
Masa : 12.30 – 1.30 petang
Kehadiran :
1. Encik Ahmad Nazim bin Jusoh GPK Pentadbiran
2. Puan Ezza Hairani binti Zainuddin Ketua Panitia
3. Puan Asmalaile binti Ariffin
4. Puan Roslina binti Awang
5. Encik Azman bin Ahmad
6. Encik Norhazlly bin Abu
7. Puan Hanisah binti Hashim
8. Puan Madihah binti Samli Setiausaha Panitia

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI (KETUA PANITIA)


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah serta mengucapkan
terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali
keempat.
Tindakan: Makluman
1

AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bilangan 3 Tahun 2020 yang telah diadakan
pada 27 Julai 2020 disahkan tanpa sebarang pindaan.

AGENDA 3: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit.

1
AGENDA 4: UCAPAN PENTADBIR
4.1 GPK Pentadbiran memaklumkan peruntukan Panitia Bahasa Inggeris adalah sebanyak
RM 817.27. Beliau berharap agar panitia boleh merancang dan menggunakan duit peruntukan
untuk aktiviti murid dengan menyediakan kertas kerja.
Tindakan: Ketua Panitia

AGENDA 5: HIP, PBD, PLC DAN NILAM


5.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa tiada kutipan data HIP untuk kali kedua
sepertimana tahun-tahun dahulu. Oleh itu, SK Kampong Bukit Chendering masih
mengekalkan band 3 bagi program HIP untuk tahun 2020.
Tindakan: Makluman
5.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa tarikh pengisian PBD terakhir adalah pada 15
Disember. Beliau mengingatkan semua guru Bahasa Inggeris untuk mengisinya sebelum
tarikh akhir supaya data PBD dapat disimpan dalam fail panitia.
Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris
5.3 Pengerusi memaklumkan bahawa kepada GPK Pentadbiran dan semua guru Bahasa
Inggeris bahawa Panitia Bahasa Inggeris telah Berjaya melaksanakan PLC sebanyak 13 kali
pada tahun ini.
Tindakan: Makluman
5.3 Beliau turut memaklumkan pengisian Nilam memalui Google Drive diteruskan
sehingaa 30 November 2020.
Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris

AGENDA 6: LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA 2020


6.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa semua ktiviti Panitia dapat dijalankan meskipun
sekolah menghadapi situasi luar biasa tahun ini. Laporan aktiviti tahunan panitia adalah
seperti di lampiran.
Tindakan: Makluman

AGENDA 7: PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA 2021


7.1 Perancangan aktiviti tahunan panitia bagi tahun 2021 adalah seperti yang terdapat di
dalam lampiran.
Tindakan: Makluman

2
AGENDA 8: TRANSISI TAHUN 1 2021
8.1 Ketua Panitia memaklumkan kepada GPK Pentadbiran dan semua guru Bahasa
Ingeeris bahawa Panitia Bahasa Inggeris akan menempah buku Phonics untuk digunakan oleh
murid tahun 1 semasa program transisi berjalan.
Tindakan: Makluman

AGENDA 9: PENATARAN KURIKULUM BI SEJAJAR CEFR TAHUN 5 DAN 6


9.1 Kursus Penataran Kurikulum BI sejajar CEFR Tahun 5 dan 6 dijalankan pada
dijalankan pada 1.30 petang di Makmal Komputer SK Kampong Bukit Chendering.
Penataran ini akan di sebarkan oleh Puan Asmalaile Ariffin bagi CEFR Tahun 5 dan Puan
Ezza Hairani Zainuddin bagi Tahun 6.
Tindakan: Makluman

AGENDA 7: HAL-HAL LAIN


10.1 Pengerusi memaklumkan peperiksaan CEFR Readiness yang sepatutnya dijadualkan
pada bulan November akan ditangguhkan kepada tarikh yang dimaklumkan kemudian.
Tindakan: Makluman

AGENDA 8: UCAPAN PENANGGUHAN


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.25 petang dan diakhiri dengan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(MADIHAH BINTI SAMLI) (EZZA HAIRANI BINTI ZAINUDDIN)


Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Inggeris Panitia Bahasa Inggeris
SK Kampong Bukit Chendering SK Kampong Bukit Chendering

Disahkan oleh:

3
(AHMAD NAZIM BIN JUSOH)
GPK Pentadbiran
SK Kampong Bukit Chendering

You might also like