You are on page 1of 4

SJK(C) BEHRANG ULU, 35910 TANJONG MALIM, PERAK

MINIT MESYUARAT BILANGAN 3/2020

Panitia Mata Pelajaran : Bahasa Inggeris


Tarikh : 30.11.2020 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Secara maya melalui Google Meet
Pengerusi : En. Lee Yan Sheng
Pencatat : Cik Lim Ee Yie
Kehadiran :5
Turut Hadir : Pn. Tew Lee Peng ( GB )
Pn.Cheah Gaik Khim (PK1)
Pn. Cheong Jia Wen (PK HEM)

Agenda / Perkara :

1.0 Ucapan Pengerusi :

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat kali ini lebih berfokus kepada pelaporan
PBD akhir tahun dan pelaporan tahunan panitia.
Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu :

Pencadang : Pn. Cheong Jia Wen


Penyokong : Pn. Cheah Gaik Khim
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara Berbangkit


-tiada

4.0 Peruntukan Masa Minima B. I.

4.1 Peruntukan masa minima untuk subjek Bahasa Inggeris untuk murid Tahap 1 ialah
25 jam, manakala untuk murid Tahap 2 ialah 45 jam.
4.2 Kesemua masa minuma BI telah dicapai.

Tindakan : Makluman

5.0 Analisis Pencapaian PBD Murid

5.1 Berikut merupakan analisis bilangan murid yang tidak mencapai tahap minima dalam
mata pelajaran teras.

TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN


1 2 3 4 5 6
TAHAP
PENGUASAAN 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2
BAHASA 2 0 0 0 1 0 1 2 1 2 1 1
MELAYU
BAHASA 2 0 0 0 1 0 1 0 1 1 0 0
INGGERIS
BAHASA 6 0 0 0 1 0 1 6 2 1 0 3
CINA
MATEMATIK 1 2 0 0 0 1 1 3 0 2 0 0

SAINS 2 2 0 0 0 1 1 3 0 3 0 0

Tindakan : Makluman

6.0 Pelaporan PBD Akhir Tahun


6.1 Guru-guru diminta mengemaskini dan mengisi templat pelaporan akhir tahun.
Pelaporan TP keseluruhan perlu dihantar oleh penyelaras PBD ke JPN dan PPD
sebelum 26 November. TP mengikut skill dan kelompok boleh diisi kemudian,
sebelum akhir tahun.
6.2 Guru Besar memperingatkan semua guru agar melengkapkan dan menghantar rekod
transit PBD untuk disemak sebelum cuti akhir tahun persekolahan bermula.
6.3 Guru Tahun 6 diminta melengkapkan laporan PBD murid Tahun 6 secepat mungkin
untuk dicetak oleh guru kelas.

Tindakan : Semua Guru BI

7.0 Program Tahun 2020


7.1 Program yang diadakan dalam tahun ini oleh Panitia BI termasuklah e-English
Week. Karnival BI tidak dapat dijalankan di sekolah disebabkan penularan wabak Covid-19.
7.2 Pencapaian murid dalam tahun ini agak memuaskan. Murid Tan Weng San dari
Tahun 3 telah mengharumkan nama sekolah kerana memenangi tempat ketiga dalam
Pertandingan Bercerita Tahap 1 peringkat daerah.

Tindakan : Makluman

8.0 Pelaksanaan PdPr


8.1 Semua guru diingatkan untuk menghantar laporan PdPr selepas kelas atas talian setiap
hari.

9.0 CIDS
9.1 Penulisan RPH dalam sistem CIDS untuk sekurang-kurnagnya 2 mata pelajaran
adalah diwajibkan. Hal ini demikian kerana guru-guru akan menggunakan sistem ini
mulai tahun depan dan sistem ini akan menggantikan e-RPH dalam Google Drive.
9.2 Guru-guru dialu-alukan untuk menggunakan sistem CIDS untuk menulis kesemua
RPH.

10.0 SKPMg2
10.1 Semua guru diminta memeriksa evidens yang ditulis dalam SKPMg2. Markah yang
diberi mestilah adanya bukti.

11.0 Ucapan Penangguhan


11.1 Pengerusi mengumumkan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

--------------------- -----------------------
( LIM EE YIE) (TEW LEE PENG )
Setiausaha Panitia BI Guru Besar
SJK( C) Behrang Ulu SJK( C) Behrang Ulu

You might also like