You are on page 1of 11

KERTA

S
KERJA
PELAN
CARA
N
SPEAK
ER’S
CORN
TARIKH : 17 JULAI 2023 ER,
HIP
ANJURAN : PANITIA BAHASA INGGERIS
SK TUNKU ISMAIL CORN

ER &
1.0 PENDAHULUAN

Speaker’s Corner atau Sudut Pidato merujuk kepada kawasan khas yang
bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam. Speaker’s Corner
merupakan satu platform untuk murid-murid menyatakan pendapat, idea dan
perasaan tentang sesuatu topik atau perkara di khalayak ramai tanpa mengira
umur, latar belakang dan kebolehan.
Manakala, HIP Corner merujuk kepada sudut yang dikhaskan di setiap
kelas untuk program HIP. Sudut ini bertujuan untuk mempamerkan hasil kerja
dan tugasan murid ataupun bahan-bahan dan informasi berkaitan Bahasa
Inggeris.
Seterusnya, HIP Buddies pula merupakan satu program rakan sebaya
yang bertujuan untuk mengalakkan murid-murid bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Dua orang murid yang berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris dipilih
daripada setiap kelas akan bertindak sebagai mentor ataupun ikon Bahasa
Inggeris yang akan mengalakkan dan membimbing rakan sebaya yang lain untuk
turut bertutur dalam Bahasa Inggeris.

2.0 MATLAMAT

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah


selari dengan konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK). Pengucapan awam
merupakan proses pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini juga berpaksikan
elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan
etika.
Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap
sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di
sekolah masing-masing. Ha ini adalah untuk merealisasikan aspirasi murid
menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Setiap sekolah perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yanng perlu digilap
dalam kalangan murid-murid sekolah.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri murid-murid.


3.2 Meluaskan pengetahuan murid-murid tentang pelbagai topik dan perkara.
3.3 Memantapkan kemahiran komunikasi murid-murid di khalayak ramai.
3.4 Menjana daya saing secara positif dalam kalangan murid.
3.5 Meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris murid-murid.
3.6 Mengenalpasti murid-murid yang berbakat dalam pengucapan awam.
3.7 Mendidik murid-murid berucap dan berkomunikasi dengan beretika.
3.8 Melatih murid-murid menghormati pendapat dan pandangan orang lain.

4.0 TEMPOH PELAKSANAAN

4.1 Speaker’s Corner

Masa Waktu PdPC Bahasa Inggeris (semasa aktiviti bertutur)


*sekurang-kurangnya sekali seminggu*
Hari Mengikut kesesuaian
Tarikh Bermula 17 Julai 2023
(Sepanjang sesi akademik 2023/2024)
Tempat Speaker’s Corner (kelas masing-masing)
Pengelolaan Panitia Bahasa Inggeris SK Tunku Ismail

4.2 HIP Corner

Masa Waktu PdPC Bahasa Inggeris


Hari Mengikut kesesuaian
Tarikh Bermula 17 Julai 2023
(Sepanjang sesi akademik 2023/2024)
Tempat HIP Corner (kelas masing-masing)
Pengelolaan Panitia Bahasa Inggeris SK Tunku Ismail
4.3 HIP Buddies

Masa Sepanjang masa persekolahan


Hari Mengikut kesesuaian
Tarikh Bermula 17 Julai 2023
(Sepanjang sesi akademik 2023/2024)
Pengelolaan Panitia Bahasa Inggeris SK Tunku Ismail

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Tunku Ismail (Tahun 1 – Tahun 6)

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Speaker’s Corner akan dilaksanakan oleh semua guru Bahasa Inggeris


dibantu oleh Guru Kelas dari segi penyediaan sudut Speaker’s Corner di dalam
kelas masing – masing. Murid-murid akan bergilir untuk berucap di sudut
Speaker’s Corner semasa waktu PdPC Bahasa Inggeris terutamanya semasa
aktiviti bertutur. Murid akan memilih tajuk pengucapan daripada “Magic Box” dan
akan berucap tentang topik yang dipilih. Murid turut dibenarkan untuk berucap
tentang topik pilihan masing-masing.
Pada peringkat permulaan, topik yang lebih mudah dan terbuka akan diberikan
kepada murid Tahap 2 untuk menarik minat murid untuk berucap. Bukan sahaja
itu, perkataan – perkataan daripada program HIP Learn a Word a Day turut
digunapakai dalam “Magic Box”.
Manakala, bagi murid Tahap 1, mainan bersaiz kecil akan dimasukkan
dalam “Magic Box” untuk menarik minat murid untuk berucap dan menyelitkan
elemen seronok dalam sesi pembelajaran. Masa berucap untuk murid adalah
mengikut kesesuaian dan keselesaan murid-murid. Tiada sebarang halangan
dan peraturan bagi peringkat permulaan pelaksanaan Speaker’s Corner bagi
memupuk minat dan semangat murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
berucap. Sebarang penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat
mengikut perkembangan dan keselesaan murid-murid.
Berikut adalah pertandingan – pertandingan yang akan dijalankan
sepanjang pelaksanaan Speaker’s Corner :
 Pertandingan Speaker’s Corner Tercantik (Tahap 1 & Tahap 2)
 Pertandingan Best Speaker (Setiap Kelas)
Seterusnya, HIP Corner akan dilaksanakan oleh semua guru Bahasa
Inggeris semasa waktu PdPC Bahasa Inggeris. Guru akan mempamerkan hasil
kerja atau tugasan murid-murid pada sudut HIP Corner. Pada peringkat
permulaan, murid-murid boleh mempamerkan sebarang informasi dan maklumat
tentang Bahasa Inggeris pada sudut HIP. Murid-murid turut digalakkan untuk
mempamerkan hasil kerja sendiri dalam Bahasa Inggeris seperti lagu, karangan,
syair dan pantun. Guru-guru Bahasa Inggeris disarankan untuk menukarkan
bahan yang dipamerkan pada HIP Corner. Tiada sebarang halangan dan
peraturan bagi peringkat permulaan pelaksanaan HIP Corner bagi memupuk
minat dan semangat murid untuk mempamerkan hasil kerja dan tugasan
mereka. Sebarang penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat
mengikut perkembangan dan keselesaan murid-murid.
Berikut adalah pertandingan – pertandingan yang akan dijalankan
sepanjang pelaksanaan HIP Corner :

 Pertandingan HIP Corner Terbaik

Seterusnya, HIP Buddies akan dijalankan oleh semua murid yang terpilih
daripada Tahun 1 – Tahun 6 semasa waktu persekolahan. Dua murid yang
terpilih daripada setiap kelas akan mengalakkan murid-murid lain di dalam kelas
masing-masing untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Setiap bulan, satu
tugasan HIP Buddies akan ditugaskan kepada HIP Buddies. HIP Buddies akan
bergerak dan melaksanakan tugasan mereka. Pada peringkat permulaan, HIP
Buddies akan ditugaskan dengan tugasan mudah seperti membimbing rakan
sekelas untuk memperkenalkan diri sendiri. Guru-guru Bahasa Inggeris
disarankan untuk meningkatkan tahap kesukaran tugasan mengikut tahap
perkembangan HIP Buddies. Tiada sebarang halangan dan peraturan bagi
peringkat permulaan pelaksanaan HIP Buddies bagi memupuk minat dan
semangat murid untuk bertutur dan mengalakkan rakan sebaya lain untuk
bertutur dalam Bahasa Inggeris. Sebarang penambahbaikan akan dilaksanakan
secara berperingkat mengikut perkembangan dan keselesaan murid-murid.
Berikut adalah pertandingan – pertandingan yang akan dijalankan
sepanjang pelaksanaan HIP Corner :

 Pertandingan HIP Best Buddies


7.0 JAWATANKUASA
7.1 Jawatankuasa Induk Speaker’s Corner, HIP Corner & HIP Buddies
2023/2024

Penasihat : Encik Abdul Tauwab bin Che Ahmad


(Guru Besar SK Tunku Ismail)
Pengerusi : Encik Shahrim Shah bin Saad
(GPK Tadbiran & Kurikulum SK Tunku Ismail)
Naib Pengerusi 1 : Puan Che Roslina binti Sudin
(GPK Hel Ehwal Murid SK Tunku Ismail)Encik
Naib Pengerusi 2 : Mohamad Roslan bin Mehat
(GPK Kokurikulum SK Tunku Ismail)
Setiausaha : Puan Sarala Murugaiah
(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
Naib Setiausaha : Puan Puvanatharisini Nadarajan
(Penyelaras HIP)

7.2 Jawatankuasa Kerja Majlis Pelancaran Speaker’s Corner, HIP Corner


& HIP Buddies 2023/2024

Pengacara Majlis : Encik Muhammad Syafiq Bin Mohd Ithnin

Hadiah : Cik Seetha Muniady

Brosur dan Banner : Puan Sarala Murugaiah

Buku Program : Puan Puvanatharisini Nadarajan

Siar Raya : Encik Nor Azizan Bin Ishak

Gimik Pelancaran : Puan Sarala Murugaiah

Dokumentasi : Puan Puvanatharisini Nadarajan


Juru Foto : Encik Ahmad Naquib Bin Mat Sulihan

Persiapan Tempat : Encik Ahmad Naquib Bin Mat Sulihan

7.3 Jawatankuasa Pertandingan

Pertandingan Speaker’s Corner : Puan Puvanatharisini Nadarajan


Tercantik
8.0
Pertandingan Best Speaker : Puan Sarala Murugaiah

Pertandingan HIP Corner Tercantik : Cik Seetha Muniady

Pertandingan HIP Best Buddies : Encik Muhammad Syafiq


Encik Ahmad Naquib
JADUAL AKTIVITI

Tarikh Aktiviti Penyelaras


17 Julai 2023 Majlis Pelancaran HIP Puan Puvanatharisini
Nadarajan
17 Julai 2023 – Pertandingan Speaker’s
6 Ogos 2023 Corner Terbaik Puan Puvanatharisini
6 Ogos 2023 Majlis Penyampaian Hadiah Nadarajan
Pertandingan Speaker’s
Corner Terbaik
17 Julai 2023 – Pertandingan HIP Corner
3 September 2023 Tercantik Cik Seetha Muniady
3 September 2023 Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandingan HIP Corner
Tercantik
17 Julai 2023 – Pertandingan HIP Best
1 Oktober 2023 Buddies Encik Muhammad Syafiq
1 Oktober 2023 Majlis Penyampaian Hadiah bin Mohd Ithnin
Pertandingan HIP Best Encik Ahmad Naquib Bin
Buddies Mat Sulihan
17 Julai 2023 – Pertandingan Best Speaker
3 Disember 2023 Puan Sarala Murugaiah
3 Disember 2023 Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandingan Best Speaker
9.0 TENTATIF PELANCARAN SPEAKER’S CORNER, HIP CORNER & HIP
BUDDIES

9.1 Tentatif Program Pelancaran Speaker’s Corner, HIP Corner & HIP
Buddies

Tarikh / Hari : 17 Julai 2023 (Isnin)


Tempat : Tapak Perhimpunan SK Tunku Ismail
Tentatif :
7.35 pagi : Semua murid dan guru berkumpul di Tapak Perhimpunan
7.45 pagi : Perhimpuan Rasmi bermula
Bacaan doa
Bacaan Asmaul Husna
Learn a Word a Day
8.00 pagi : Majlis Pelancaran Speaker’s Corner,HIP Corner & HIP
Buddies sempena Minggu Bahasa Inggeris bermula
8.05 pagi : Ucapan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Puan Sarala
Murugaiah
8.20 pagi : Ucapan Penyelaras Program HIP Puan Puvanatharisini
Nadarajan
8.35 pagi : Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, En Abdul Tauwab bin
Che Ahmad
8.50 pagi : Gimik Pelancaran
9.15 pagi : Bersurai
10.0 IMPLIKASI KEWANGAN
10.1 Anggaran Perbelanjaan

BIL AKTIVITI KOS JUMLAH SUMBER


KOS (RM)
1 Bunting 1 X RM 70 70
Pelancaran
2 Kad Manila 14 x RM 1 14
3 HIP Hub Banner 10 X RM 40 400
4 Button Badge 40 x RM 2 80
HIP Buddies
Unit Kurikulum
5 Pertandingan 2 Tempat 1 x RM 6 36
Speaker’s Corner 2 Tempat 2 x RM 6
Tercantik 2 Tempat 3 x RM 6
6 Pertandingan 2 Tempat 1 x RM 6 36
HIP Corner 2 Tempat 2 x RM 6
Tercantik 2 Tempat 3 x RM 6
7 Pertandingan 18 x RM 6 108
Best Speaker
8 Pertandingan 2 Tempat 1 x RM 6 36
HIP Best Buddies 2 Tempat 2 x RM 6
2 Tempat 3 x RM 6

JUMLAH 780

Jumlah Perbelanjaan adalah sebanyak RM 780 (Ringgit Malaysia Tujuh

Ratus Lapan Puluh Sahaja)


11.0 PENUTUP

Program HIP Speaker’s Corner, HIP Corner dan HIP Buddies diharapkan dapat
memberi impak yang positif dan berkesan kepada murid-murid untuk menimba
ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PUVANATHARISINI NADARAJAN) (SHAHRIM SHAH BIN SAAD)


PENYELARAS HIP GPK KURIKULUM
SEK. KEB. TUNKU ISMAIL SEK. KEB. TUNKU ISMAIL

Disahkan oleh,

__________________________
(ABDUL TAUWAB BIN CHE MAT)
GURU BESAR
SEK. KEB. TUNKU ISMAIL
Tarikh :

You might also like