You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROJEK MURAL DAN MENGHIAS TANDAS GURU WANITA

ANJURAN GURU PELATIH PRAKTIKUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM PADA 15 JULAI 2013 HINGGA 20 SEPTEMBER 2013 TEMPAT SK TAMAN JASMIN JALAN JASMIN 2 TAMAN JASMIN 43000 KAJANG SELANGOR

1.0

PENDAHULUAN Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Pembinaan Mural yang dibina di sekolah secara tidak langsung dapat membentuk murid dalam meningkatkan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif di sesebuah sekolah.

2.0

MATLAMAT Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid. Oleh itu, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.

3.0

OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada pihak sekolah. 3.2 Mewujudkan suasana yang menarik kepada guru, murid serta pengunjung yang berada di kawasan sekolah. 3.3 Memberi pendedahan pendidikan awal kepada murid secara tidak langsung.

4.0

NAMA PROJEK Projek Mural dan Hiasan Tandas Guru Wanita

5.0

TARIKH PROGRAM Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum ini diadakan seperti butiran yang berikut: Tarikh 15 Julai 2013 - 19 Julai 2013 22 Julai 2013 26 Julai 2013 29 Julai 2013 2 Ogos 2013 5 Ogos 2013 10 Ogos 2013 12 Ogos 2013 16 Ogos 2013 19 Ogos2013 23 Ogos 2013 26 Ogos 2013 30 Ogos 2013 2 September 2013 6 September 2013 9 September 2013 13 September 2013 16 September 2013 20 September 2013 Butiran Membuat tinjauan dan mendapatkan idea. Membuat lakaran idea. Cuti Hari Raya Aidilfitri Cuti Pertengahan Tahun Membuat dan menampal tanda nama serta nombor bagi pintu tandas Membuat mural di dinding tandas Membuat hiasan terakhir, mengemas dan mencantikkan tandas

6.0

TEMPAT Tandas Guru Wanita SK Taman Jasmin, Kajang.

7.0

PENYERTAAN Projek ini disertai oleh dua orang guru praktikum (wanita) IPG Kampus Pendidikan Islam.

8.0

PENGANJUR Projek ini merupakan anjuran guru praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi, Selangor.

9.0

JAWATANKUASA PROJEK MURAL DAN HIASAN TANDAS GURU WANITA

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI En Shahrom bin Shamsuddin (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI Puan Norliza Binti Ramli (GPK Akademik dan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI Encik Yaakub Bin Salleh (GPK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI Puan Marina Binti Ahmad (GPK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI Puan Norhayati Christina Lee Binti Abdullah (GPK Petang)

PENASIHAT En Masud bin Mohd Said Pn Nur Razida binti Bohari (Guru Pembimbing)

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI Cik Rabiatul Adawiyah Binti Mahmuddin

TIMBALAN PENGERUSI Afiqah Binti Adanan

SETIAUSAHA Afiqah Binti Adanan

BENDAHARI Cik Rabiatul Adawiyah Binti Mahmuddin

UNIT GRAFIK Cik Afiqah Binti Adanan

UNIT PERALATAN Cik Rabiatul Adawiyah Binti Mahmuddin

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi Projek Mural dan Hiasan Bilik Kokurikulum:

Bil. 1 2 3 Berus Cat Bekas Cat

Perkara 2 set 2 set 5 warna putih merah biru

Kuantiti

Harga RM 40 RM 30 RM 60

Warna Pelaka

kuning hitam RM 10 RM 6 RM 10 RM 2 RM 158

4 5 6 7

Thinner Masking Tape Kertas Warna Span

2 botol 3 10 gulung 2 Jumlah

11.0

PENUTUP Projek Mural dan Hiasan Tandas Guru Wanita dapat memberikan nilai yang positif kepada semua warga sekolah di samping dapat mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan menarik. Disediakan oleh,

............................................... (CIK AFIQAH BINTI ADANAN) Setiausaha Projek Mural dan Hiasan Tandas Guru Wanita

Disemak oleh,

............................................. (Encik Masud bin Mohd Said) Penasihat Projek Mural dan Hiasan Tandas Guru Wanita

Disokong oleh,

............................................. (PUAN MARINA BINTI AHMAD) GPK Kokurikulum SK Taman Jasmin

Diluluskan oleh,

............................................... (ENCIK SHAHROM BIN SHAMSUDDIN) Guru Besar SK Taman Jasmin

You might also like