You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT, CHENDERING,

21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.


NO. TELEFON & FAX : 09 – 6175125

___________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT KELAB PERMAINAN
BIL 1 TAHUN 2021
Tarikh : 10 Mei 2020
Hari : Ahad
Tempat : Rumah (Pautan Google Meet)
Masa : 10.00 – 11.00 pagi.
Kehadiran :
1. Encik Khairul Nizan bin Khmis
2. Puan Madihah binti Samli
3. Encik Kamarudin bin Ali
4. Encik Azman bin Abdullah
5. Encik Azman bin Ahmad
6. Encik Mohamad Fatimi bin Mohd Salim
7. Puan Rosmiyah binti Awang
8. Puan Rosnani binti Salleh
9. Puan Norizan binti Ab. Hamid

1 Ucapan Pengerusi.
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam
Mesyuarat 1 Murid 1 Sukan Bil. 1/ 2017
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat hari ini membincangkan mengenai
perlaksanaan Program ‘1 Murid 1 Sukan’ .
Tindakan: Makluman

1.4 Fokuskan murid kepada 1 acara sukan sahaja untuk membuat persediaan awal dan
membuat perancangan secara terperinci dan teliti. Guru perlu menarik minat murid-murid untuk
menyertai acara sukan.
Tindakan: Penyelaras Sukan dan permainan

2 Perlaksanaan program ‘1 Murid 1 Sukan’


2.1 Permainan yang dipilih adalah berdasarkan kepada Kelab Sukan dan Permainan iaitu bola
sepak, bola jaring, bola baling, sepak takraw, badminton, dan olahraga. Murid tahun 4, 5 dan 6
dibahagikan mengikut Kelab Permainan dan Sukan masing-masing.
Tindakan: Penyelaras Sukan dan permainan

2.2 GPK KoKurikulum menjelaskan Dasar 1M1S ini amat menitikberatkan penglibatan
semua murid. Program ini hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 60 minit, 1 kali seminggu.
Beliau juga megingatkan guru-guru bahawa Dasar 1M1S ini bukan untuk penyediaan pasukan
elit sekolah tetapi melibatkan keseluruhan murid yang
belajar di sekolah ini dengan tujuan untuk pembentukan jasmani yang sihat.
Tindakan: makluman

2.3 Dalam merealisasikan dasar ini, guru-guru sedar akan berhadapan dengan masalah
kehadiran murid. Namun begitu, guru-guru perlu menyediakan aktiviti/ latihan yang bersesuaian
agar kehadiran murid dapat dimanfaatkan dengan berkesan berdasarkan cadangan aktiviti yang
telah ditunjukkan.
Tindakan: Penyelaras Sukan dan permainan

2.4 Program ini melibatkan murid tahun 4 , 5 dan 6,. Berikut adalah jadual perlaksanaan
program ‘1 Murid 1 Sukan’ :

Sesi Persekolahan Pagi Jumlah interaksi


Hari Rabu
Masa ( 60 minit ) 3.15-4.15 petang 12 kali
Tindakan: Penyelaras Sukan dan permainan

3. Perkara Berbangkit

3.1. Tiada perkara berbangkit.

4. Hal-hal lain

4.1 Murid Tahun 6 boleh dilibatkan dalam Program ‘1 Murid 1 Sukan’. Walaubagaimanapun
penglibatan mereka perlu dirancang dan disusun atur dengan lebih terperinci supaya tidak
bertindih dengan kelas tambahan yang telah dirancang demi kecemerlangan murid dalam bidang
akademik.

PENUTUP
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

…………………............................. ..............................................
( SHAIFUL ANUAR BIN ZAINUL ) (NOOR HAFIZA BT MOHD JOHARI)
Setiausaha Sukan Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Telok Bahang SK Telok Bahang

You might also like