You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MAUNG

MINIT MESYUARAT BOLA KERANJANG


KALI KETIGA TAHUN 2019

Tarikh: 11 Jun 2019


Hari : Selasa
Masa: 2.30 hingga 3.00 petang
Tempat: Dewan Al-Farazi , Sekolah Kebangsaan Batu Maung.

AGENDA:

1. Ucapan alu-aluan
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Aktiviti sehingga bulan Jun
4. Penerapan nilai sivik dan penulisan impak
5. Pembentangan kehadiran murid
6. Perkara-perkara berbangkit
7. Penutup

Kehadiran:
1. Pn Dalia binti. Johari : Penolong Kanan Kokurikulum
2. En. Norzaimi Bin Md Isa : Ketua Guru Penasihat
3. En. Soon Chiang Anak Endu : Guru Penasihat
4. Semua ahli kelab.

1.0 AGENDA 1 : Ucapan Alu-aluan


1.1 Ucapan salam keislaman dan salam sejahtera kepada semua ahli mesyuarat dan
memulakannya dengan Al Fatihah.
1.2 Guru penasihat memaklumkan mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat kali ketiga
bagi tahun 2019. Harapan beliau agar semua jawatankuasa dapat memberi kerjasama
bagi meningkatkan pencapaian sukan bola keranjang di sekolah kita.

2.0 AGENDA 2 : Pengesahan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Dibentang oleh Encik Norzaimi Bin Md Isa.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh Muhammad Fadhli Danial Bin Roslan (5 Al-Zahrawi)
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh Lina Liyana Binti Abdul Jamil (5 Al-Biruni)

1
3.0 AGENDA 3 : Aktiviti sehingga bulan Jun
3.1 Murid melakukan latihan kemahiran asas mengelecek bola
3.2 Murid diperkenal dengan permainan kecil three on three.

4.0 AGENDA 4 : Penerapan nilai sivik dan penulisan impak

4.1 Impak laporan perlu ditulis dalam angka yang boleh diukur.
4.2 Laporan aktiviti hendaklah mempunyai penerapan elemen sivik seperti kegembiraan, hormat-
menghormati, bertanggungjawab dan sebagainya.

5.0 AGENDA 5 : Pembentangan kehadiran murid


5.1 Encik Norzaimi meminta agar semua ahli permainan bola keranjang
dapat memberi komitmen dan kerjasama setiap kali perjumpaan.
5.2 Encik Norzaimi mengucapkan tahniah kepada semua ahli kelab atas peningkatan
dalam kehadiran hingga minggu kesepuluh dalam perjumpaan.

6.0 AGENDA 6 : Perkara-perkara berbangkit


Tiada

7.0 PENUTUP
7.1 Ketua penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang
hadir dan mengingatkan semua murid agar dapat menghadirkan diri pada setiap kali
perjumpaan.
7.2 Majlis diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00
petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ ______________________________
( Encik Norzaimi Bin Md Isa) ( Puan Dalia binti Johari )
Guru Penasihat Pemainan Bola Keranjang, Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Batu Maung. Sekolah Kebangsaan Batu Maung.

You might also like