You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AGONG

BADAN BERUNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK SK ALOR PONGSU


Bil 1/2021

Tarikh : 14 Ogos 2021


Tempat : Kediaman masing-masing
Kaedah : Google meet

Kehadiran guru :
1.Puan Hafizah Binti Mustafa (Ketua Unit)
2.Encik Mohd Azham Bin Abdul Aziz
3.Encik Sharul Azlan Bin Sungit
4.Puan Balkhis Binti Amran
5.Puan Nurul Syafiqah Binti Rusli
6.Puan Noorsyarmizan Binti Abd Rahim
7.Puan Rohaida Binti Din
8.Puan Nor Azean Binti Tarmizi
9.Puan Siti Muzalifah Binti M.Ghazali

Kehadiran murid :
1. Murid PPIM Tahun 6
2. Murid PPIM Tahun 5
3. Murid PPIM Tahun 4

Tidak hadir : Tiada

1. Ucapan Ketua Guru Pemimpin


1.1 Puan Hafizah mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat. Beliau
meminta murid berusaha untuk meningkatkan minat mengenai pengetahuan
dalam setiap program yang dijalankan oleh unit.

2. Ucapan Pengerusi
2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Puan Hafizah di atas ucapan
aluan beliau tadi.
2.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru dan ahli-
ahli sekalian.
2.3 Pengerusi menerangkan mengenai perkaraa-perkara yang harus diputuskan di
dalam mesyuarat pertama ini agar perlaksanaan aktiviti PPIM SK Alor
Pongsu akan dapat dijalankan dengan baik bermula dari tahun ini.

3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa


3.1 Perlantikan ahli jawatankuasa dilakukan secara undian atas talian di dalam
flatform telegram
3.2 Perlantikan ahli jawatankuasa PPIM dipersetujui seperti berikut
Pengerusi : Muhammad Amirul Hakim Bin Ahmad Lotfi
Naib pengerusi : Nur Aleyya Zulaikha Bt Suhaimi
Setiausaha : Syamir Aizat Bin Mat Azrim
Bendahari : Muhammad Haikal Ikhwan Bin Sabran
Ahli Jawatankuasa :
Tahun 5 : Ahmad Ramadhan Bin Abdul Muhaimin
Tahun 4 : Muhammad Aliff Najmi
Tahun 3 : Muhammad Nur Iman Bin Sahizin
3.1 Mesyuarat pada hari ini mengcapkan tahniah kepada semua murid yang
dilantik dan berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dalam
unit ini.

4. Perancangan Aktiviti Tahunan


4.1 Unit akan merancang 12 aktiviti untuk 12 kali perjumpaan sepanjang tahun.
4.2 Berikut adalah 12 aktiviti yang telah dipersetujui untuk dijalakan
a. Mesyuarat agung dan lantikan ahli jawatankuasa pengakap kanak-
kanak
b. Undang-undang pengakap
c. Tabik hormat Pengakap
d. Cogan kata
e. Cerita hutan
f. Laung Hutan
g. Laung Agong
h. Lencana Wajib
i. A)Kesetian
j. B)Kesihatan dan keselamatan
k. C)Kecekapan
l. D)penyertaan
4.3 Mesyuarat pada hari ini berharap agar semua ahli unit dapat mengikut semua
program yang dirancang.

5. Hal-hal Lain
5.1 Guru penasihat unit mengharapkan semua murid dapat melibatkan diri dalam
program yang dirancang, agar guru mudah memberi pemarkahan dan
penilaian kokurikulum di dalam PAJSK.
5.2 Murid yang melibatkan diri dalam peringkat daerah atau negeri akan
mendapat markah yang lebih dalam penilaian
5.3 Guru penasihat juga berharap, semua ahli unit menyediakan alatan seperti alat
tulis dan buku log setiap kali perjumpaan.
5.4 Pemakaian baju unit uniform sangat digalakkan untuk setiap kali perjumpaan
unit.
5.5 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli
dan guru. Beliau berharap agar perlaksanaan aktiviti dan program pada tahun
ini akan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang


Dicatat oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ………………………….
( Syamir Aizat Bin Mat Azrim ) (Pn.Hafizah Bt Mustafa)
(Ketua Guru Penasihat)

Tarikh :14 ogos 2021 Tarikh : 14 Ogos 2021

Disahkan oleh :

……………………………………………….
(Muhammad Salji Bin Yunus)
Guru Besar SK ALor Pongsu

You might also like