You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JERNANG

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

BIL. 2/2023

TARIKH : 10 Julai 2023


HARI : Isnin
TEMPAT : Makmal Sains
MASA : 1.45 petang – 3.00 petang

KEHADIRAN:-

1. En Jamri Bin Hj Jelani Guru Besar


2. En Fadrussham bin Ajmain PK Pentadbiran
3. En Muhammad Rafiqi Bin Arifen Ketua Panitia
4. Cik Ros Ilya Surya Binti Roslan Setiausaha
5. En Muhammad Fathul Haziq Bin Khairi Azari AJK
6. En Muhammad Shahida Binti Abdul Razak AJK

AGENDA:

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Ucapan GPK 1
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1/2023
4. Perkara Berbangkit
5. Laporan dan Perbincangan Panitia
6. Hal-Hal Lain
7. Penutup

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para guru.
Tindakan: Pengerusi

2. Ucapan GPK Pentadbiran


2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kerana dapat mengadakan mesyuarat Bil 2
Panitia Pendidikan Islam bagi tahun 2023.
2.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran Guru Besar yang baharu En Jamri bin Hj Jelani
menggantikan En Hamedan bin Aziz yang telah bersara.
2.3 Beliau menyatakan bahawa semua perlu mengikut tatacara dan tatakelola
pentadbiran Guru Besar yang baharu.
2.4 Beliau juga mengharapkan agar ada di antara program panitia Pendidikan Islam
mestilah melibatkan pihak luar seperti gabungan diantara sekolah.

Tindakan: Makluman semua guru

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1/2023


3.1 Cadangan : En Muhammad Fathul Haziq Bin Khairi Azari
Disokong : Cik Ros Ilya Surya Binti Roslan

4. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada.

5. Laporan dan Perbincangan


5.1 Jadual Waktu Guru
5.1.1 Terdapat beberapa perubahan waktu mengajar guru. Jadual ini
berkuatkuasa pada 30 Jun 2023.
5.1.2 Sesi persekolahan akan dibuka semula dengan kehadiran guru-guru
sekolah menengah Komprehensif 9.
Tindakan: Makluman Semua Guru

5.2 Aktiviti dan Program Panitia


5.2.1 Kem Bestari Solat akan dijalankan mengikut Tarikh yang ditetapkan iaitu
pada 7 September 2023.
5.2.2 Kegiatan Pendidikan Islam sempena bulan kebangsaan akan diputuskan
semula.
Tindakan: Makluman Semua Guru

5.3 Perbelanjaan Panitia


5.3.1 PCG Panitia belum dibelanjakan
5.3.2 Wang KBS hanya RM7.90 untuk seorang murid.

Tindakan: Makluman Semua Guru

6. Hal-hal Lain
6.1 Tiada.

7. Penutup
7.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan Oleh,

……………………………….
CIK ROS ILYA SURYA BINTI ROSLAN
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Jernang.

Disemak Oleh,

……………………………..
EN MUHAMMAD RAFIQI BIN ARIFEN
Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Jernang.

Disahkan Oleh,

………………………………
EN FADRUSSHAM BIN AJMAIN
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Jernang.

You might also like