You are on page 1of 3

SMK MUADZAM JAYA

26 700 MUADZAM SHAH


PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA KEHADIRAN
BIL.1 2022/2023

Tarikh : 30/3/2022
Masa :12.30 tgh hari
Tempat : Bilik Disiplin

Kehadiran :
1. En. Fazili bin Ahmad (GPK HEM)
2. En. Mohd Hafizi Fairuz bin Alias (Setiausaha Kehadiran murid)
3. Pn. Lailatun binti Mohamad (Setiausaha HELWA)
4. Pn. Mastura ‘Aqasiah binti Muktar (Pen. Setiausah HELWA)
5. En. Fakaruddin bin Mohamad Ali
6. Cik Wan Norzihan binti Wan Salleh
7. En. Ahmad Rushdan bin Mohamad Ghazali
8. En. Mohd Noor Isma bin Ismail
9. Pn. Sharifah Noor Azmidah binti Syed Salleh
10. En. Mohd Rosni bin Che Hasan
11. Pn. Nurain binti Jinal Ahbidin
12. En. Sharulaza bin Kamaruddin
13. Pn. Rosmawati binti Abd Majid

Tidak hadir (bersebab):


1. En. Rudi bin Syaripuddin ( mesy. Penyelarasan Sejarah)
2. Pn. Rohaniah binti Muda (cuti kuarantin)

Agenda mesyuarat:
1. Ucapan aluan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat bil.3 sesi 2021
3. Perkara berbangkit
4. Pengurusan Disiplin
5. Pembentangan perancangan aktiviti tahun 2022/2023 (OPPM)
6. Hal-hal lain

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi:


1.1 Pengerusi (En. Fazili bin Ahmad) memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-
Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
badan disiplin kerana sudi hadir ke mesyuarat bil.1 bagi sesi 2022/2023.
1.3 Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat menjalankan tugas dan amanah
yang diberi dengan penuh dedikasi agar dapat mengurangkan masalah disiplin
dalam kalangan murid dan meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat:


2.1 Pn. Lailatun mencadangkan supaya minit mesyuarat bil.3 2021 disahkan.
2.2 En. Noor Isma menyokong pengesahan minit mesyuarat bil.3 2021 disahkan.
Tindakan : Makluman semua guru

3.0 Perkara Berbangkit:


3.1 Perkara 4.3 berkaitan peratusan penglibatan dalam sistem SSDM dalam kalangan
guru yang semakin meningkat pada sesi 2021. Pengerusi berharap ianya dapat
diteruskan dan ditingkatkan lagi pada sesi 2022/2023.
3.2 Perkara 4.7 berkaitan penyemakan buku kawalan kelas oleh guru-guru disiplin
dan penyediaan cop badan disiplin untuk semakan buku kawalan kelas.
Tindakan : Makluman semua guru

4.0 Pengurusan Disiplin:


4.1 En. Ahmad Rushdan melaporkan bahawa masalah disiplin yang tertinggi pada
tahun 2021 ialah masalah ponteng dan kekemasan diri murid.
4.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru disiplin agar sentiasa berhati-hati dan
mengikut s.o.p yang ditetapkan sepanjang menjalankan tugas atau menjalankan
penyiasatan dalam menangani masalah disiplin murid.
4.3 Setiausaha memaklumkan bahawa setiap kesalahan disiplin yang dilakukan oleh
murid perlu direkodkan dan perlu mendapatkan pengakuan murid itu sendiri
secara bertulis (borang kuning) sebelum diambil tindakan.
4.4 Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid perlu direkodkan dalam system
SSDM selepas murid mengisi borang pengakuan.
4.5 Guru disiplin digalakkan untuk merekodkan juga amalan baik apabila murid
melakukan kerja amal.(borang putih)
4.6 Setiausaha memaklumkan bahawa peti aduan disiplin telah diletakkan
berhampiran dengan bilik kaunseling dan akan diuruskan oleh guru kaunseling
dengan kerjasama guru-guru disiplin.
4.7 Setiausaha menjelaskan tatacara pengurusan peti aduan disiplin kepada ahli
mesyuarat.
Tindakan : Makluman semua guru

5.0 Pembentangan Perancangan Aktiviti/Program Tahun 2022/2023 (OPPM):

5.1 Program “Ziarah Cakna” akan dilaksanakan pada tiga bulan sekali.
Tindakan: Setiusaha Kehadiran, Kaunselor

5.2 Program “Jom Ke Sekolah” bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta unit
kehadiran akan dijalankan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah.
Tindakan : SU Disiplin, Kaunselor, SU Kehadiran

5.3 Program “Sekolahku Sejahtera” bersama unit Bimbingan dan Kaunseling akan
dilaksanakan bagi mengatasi masalah buli di sekiolah.
Tindakan : SU Disiplin, Kaunselor

5.4 Aktiviti pemeriksaan mengejut akan diadakan pada setiap 2 bulan secara berfokus
kepada tingkatan dan kelas tertentu.
Tindakan : Makluman semua guru

5.5 Pengemaskinian rekod SSDM perlu dilakukan oleh setiap penyelaras tingkatan
pada setiap minggu terakhir setiap bulan.
Tindakan : Penyelaras tingkatan

6.0 Hal-hal Lain:

6.1 En. Sharulaza mencadangkan agar penggunaan pas keluar kelas diaktifkan semula
bagi mengatasi masalah ponteng kelas.
6.2 En. Ahmad Rushdan mencadangkan agar mengenakan denda kerja amal kepada
murid yang datang lewat ke sekolah tanpa sebab yang munasabah.

Penutup:
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan bacaan surah Al-Asr dan
tasbih kifarah.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………………… …………………………..
(En. Mohd Hafizi Fairuz bin Alias) (En. Fazili bin Ahmad)
Setiausah Kehadiran GPK Hal Ehwal Murid
SMK Muadzam Jaya. SMK Muadzam Jaya.

You might also like