You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMUAN CHINA BESAR,

78300 MASJID TANAH, MELAKA.


TEL/FAX: 063844531 EMEL: MBA0005@moe.edu.my
_________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 1/2022

Tarikh : 12 April 2022


Hari : Selasa
Masa : 2.00 pm
Tempat : Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Kehadiran :
1. En. Talib bin Ludin ( Guru Besar )
2. En. Ahmad Nor Khushairi bin Jamali (GPK Pentadbiran )
3. Pn. Zalihah binti Md Sah ( GPK Hal Ehwal Murid )
4. Pn. Zabidah binti Md Yasin ( GPK Kokurikulum )
5. En. Azizul bin Jamin
6. En. Asmaniza bin Mohamed
7. En. Mohamad Azri bin Mohd Nizam
8. En. Muhd Hafizan bin Yaacob
9. Pn. Zaharah binti Sarip
10. Pn. Nurul Syuhada binti Azman
11. Pn. Normunyati binti Hashim
12. Pn. Norziana binti Ismail
13. Pn. Noor Hamiza binti Ab Karim
14. Pn. Siti Hajar binti Rahim
15. Pn. Maslina binti Mahtar
16. Pn. Siti Atikah binti Ismail
17. Pn. Norfadhilah binti Othman
18. En. Muhamad Hazrul bin Kasim
19. Pn. Shahidah binti Zakaria
20. Pn. Norashikin binti Ilias
21. Pn. Rabiatuladawiyyah binti Mohamed
22. Pn. Asyiah Binti Zolkipli
23. En. Mohd Alhafiz bin Abd Rahim

Tidak hadir :
1. En. Yussaini bin Md Yusoff – urusan keluarga ( dengan kebenaran Guru Besar )
2. En. Mohd Fairus bin Marjani - urusan keluarga ( dengan kebenaran Guru Besar )
Agenda:

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi - Pn Zabidah Binti Md Yasin


1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
meluangkan masa menghadiri mesyuarat kokurikulum bilangan 1/2022.
1.2 Beliau berharap agar guru-guru dapat meneruskan kerjasama dalam
unit kokurikulum bagi kemenjadian murid SKRCB.
Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Guru Besar- En Talib Bin Ludin


2.1 Beliau mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua guru
kerana dapat menyertai mesyuarat kokurikulum secara bersemuka ini.
2.2 Beliau memaklumkan pihak sekolah dilarang menjemput pihak luar
sebagai jemputan untuk sebarang aktiviti di dalam premis sekolah.
2.3 Tuan guru besar juga mengingatkan tentang faktor keselamatan murid
seperti ancaman haiwan liar seperti monyet dan ular.
2.4 Beliau juga turut mengingatkan aktiviti kokurikulum sebagai salah satu
medium ‘release tension’ untuk murid-murid dan berharap agar guru
tidak terlalu rigid dan mewujudkan aktiviti kokurikulum yang seronok
untuk murid hadir.
2.5 Tuan guru besar juga mengucapkan tahniah kepada pasukan ‘stacking’
sekolah kerana pencapaian membanggakan sepanjang tahun 2021 dan
berharap terus konsisten untuk tahun ini.
2.6 Beliau juga memaklumkan bahawa SKRCB akan menjadi penganjur
peringkat daerah Pertandingan ‘stacking’ pada 18 April 2022 ini.
Tindakan: Makluman

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat lepas (bil.2/2021)


Cadangan : Pn Maslina binti Mahtar
Sokongan : Pn Norfadhilah binti Othman

4.0 Bangkitan minit


4.1 Tiada

5.0 Agenda perbincangan aktiviti kokurikulum


5.1 Gerak kerja & bidang tugas
- Pasukan sekolah rugbi diganti dengan pasukan stacking seiring
dengan prestasi pasukan stacking semasa.
- Surat lantikan tugas setiap guru telah diedarkan sebagai punca
kuasa menjalankan amanah untuk tahun ini.
Tindakan: Semua guru penasihat
5.2 Perancangan setiap unit kokurikulum 2022/2023
5.2.1 setiap ketua unit kelab/permainan, unit beruniform dan
kelab/persatuan diminta menghantar perancangan tahunan sebelum
10 Mei 2022.
Tindakan: Ketua penasihat

5.3 Tugas dan peranan guru penasihat


5.3.1 Sila rujuk surat pekeliling semasa sebagai panduan dan guru-
guru diminta melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran
berkaitan.
5.3.1 Murid perlu dipupuk sikap positif semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum
Tindakan: semua guru penasihat

5.4 Bilangan perjumpaan aktiviti kokurikulum


5.4.1 Pn. Zabidah mencadangkan agar aktiviti ini dijalankan pada
setiap hari Selasa pukul 2.30-4.30pm.
5.4.2 Pn. Zabidah turut menyatakan bilangan perjumpaan adalah
sebanyak 72 jam setahun dan setiap perjumpaan selama 2
jam interaksi.
5.4.3 Guru diminta merujuk takwim kokurikulum sebagai panduan
asas.
5.4.4 Sukan sekolah dicadangkan pada 4/10/2022 (Selasa).
5.4.5 Perkhemahan unit beruniform dicadangkan diadakan secara
dalaman.
Tindakan: Semua guru penasihat

5.5 Senarai agihan murid untuk setiap unit


5.5.1 En. Asmaniza bin Mohamed (S/U sukan) memaklumkan agihan
rumah sukan telah dilaksanakan termasuk murid tahun 1 dan murid
baharu secara seimbang.
Tindakan: Makluman

5.6 Sukan stacking


5.6.1 GPK kokurikulum memaklumkan sekolah akan menjadi tuan
rumah sukan stacking peringkat daerah Alor Gajah tahun ini.
5.6.2 Setakat hari ini 42 orang murid SKRCB akan menyertai
pertandingan tersebut.
5.6.3 Jenis kategori ialah 3-3-3, 3-6-3 dan cycle
5.6.4 Guru dan PPM turut digalakkan menyertai pertandingan
selepas Tarikh penyertaan dilanjut sehingga 17 April
2022/RM10 setiap penyertaan.
Tindakan: Makluman
5.7 Meriah Kokurikulum
5.7.1 Meriah kokurikulum merupakan sebuah program usahasama
bersama PPDAG, SK Ayer Limau, SK Demang Taha dan
SJKT Ladang Sg. Baru
5.7.2 Setakat ini dimaklumkan program ini akan dijalankan secara
online sahaja.
Tindakan: Setiausaha Kokurikulum
6.0 Hal-hal lain

6.1 En. Ahmad Nor Khushairi bin Jamali ( GPK Pentadbiran )


memaklumkan agar murid digalakkan untuk menyertai aktiviti ko-akademik
sama ada secara atas talian atau bersemuka.

Tindakan: Makluman

7.0 Ucapan Penangguhan


7.1 Pn. Zabidah berharap semua guru memberikan yang terbaik buat
murid SKRCB dengan melaksanakan amanah yang diberi sebaiknya
untuk kepentingan murid.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan oleh,

____________________

Mohd Alhafiz bin Abd Rahim


Pencatat minit
Mesyuarat kokurikulum bil. 1/2022

You might also like