You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN G10

BIL. 2 / 2022

Tarikh : 18 APRIL 2022 ( Isnin )


Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

Bil Nama Jawatan

1. En. Azis bin Jalel Pengetua


2. Pn. Azmiah binti Abd Aziz Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Zulkifli bin Ab. Kadir Penolong Kanan HEM
4. En. Nor Hashim bin Zakaria Penolong Kanan Ko-kurikulum
5. Pn. Siti Norfitriyah binti Zainal Abidin Penolong Kanan Tingkatan 6
6. Pn. Nor Badariah binti Bakar GKMP Bahasa
7. Pn. Fazlina binti Mustafa GKMP Matematik dan Sains
8. Pn. Rohaniyah binti Manaf GKMP Kemanusiaan
9. Pn. Suhaila binti Yusuf Kaunselor
10. Baharudin bin Alias Setiausaha mesyuarat G10

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Pn. Noraini binti Osman


2.
1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat G10 kerana dapat
hadir ke Mesyuarat Pengurusan G10. Kerjasama daripada semua ahli dalam memastikan
perjalanan sekolah dapat diurus dengan baik . Pengerusi memaklumkan agar pentadbir
memahami dan melaksanakan skop tugas masing-masing.

1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat yang dihadiri mengenai taklimat setiap unit / bidang
G10.

2.0 SESI TAARUF

2.1 Tuan Pengetua memperkenalkan diri dan menyatakan sejarah peribadi dan pengalaman
mengajar.

3.0 PENGESAHANA MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat Pengurusan G10 Bil 2/2022 disahkan tanpa sebarang pindaan.

Dicadangkan oleh : Pn. Siti Norfitriyah binti Zainal Abidin


Disokong oleh : Pn. Suhaila binti Yusuf

4.0 PERKARA-PERKARABERBANGKIT
Tiada Perkara Berbangkit

1
5.0 PERBINCANGAN
5.1 TAKLIMAT UNIT TINGKATAN ENAM
5.1.1 Jumlah guru terkini tingkatan 6 ialah seramai 10 orang. Terdapat 2 orang guru
tingkatan 6 yang telah ditagging iaitu En Zawawi dan Cik Nazirah, manakala 2
orang lagi akan diuruskan perlantikan iaitu Pn Shahriza dan Pn Affidayatul.
Makluman

5.1.2 Bilangan terkini pelajar tingkatan enam atas ialah seramai 21 orang manakala
bilangan pelajar tingkatan enam bawah ialah 26 orang.
Makluman

5.1.3 Terdapat dua aliran tingkatan enam iaitu sains tulen (matematik T, kimia dan
biologi) dan sains sosial (Bahasa Melayu, Geografi, Pengajian Am, Pengurusan
Perniagaan dan Pendidikan Seni Visual
Makluman

5.1.4 Baki terkini wang kecemerlangan adalah sekitar RM5000+.


Makluman

5.1.5 Melaksanakan lantikan terus untuk penjawatan DG44 dan mengisi DG 52.
Tindakan: GPK Tingkatan 6

5.1.6 Mengadakan program kecemerlangan STPM menggunakan wang kecemerlangan


yang ada.
Tindakan: GPK Tingkatan 6

5.1.7 Pemegang akaun wang kecemerlangan iaitu bendahari Pn Affidayatul harus


menamakan penama kedua akaun
Tindakan : Bendahari T6

5.1.8 Mewujudkan jadual kelas tambahan STPM sekurang-kurangnya 1jam


Tindakan : SU STPM

5.2 TAKLIMAT UNIT KO-KURIKULUM

5.2.1 Mesyuarat pertama unit kokurikulum telah diadakan dan gerak kerja unit
kokurikulum juga telah diagihkan
Makluman

5.2.2 Perjumpaan badan berunifom, persatuan dan sukan & permainan diadakan setiap
hari rabu dengan kaedah penggiliran setiap minggu.
Makluman

5.2.3 Mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) pada 19 mei 2022.


Tindakan: SU Kokurikulum

5.2.4 Mengadakan perjumpaan melibatkan semua guru bagi agihan gerak kerja KOT
pada 28 April 2022.
Tindakan: SU Kokurikulum

2
5.3 TAKLIMAT UNIT HEM

5.3.1 Jumlah terkini pelajar SMK Seri Rompin ialah 340 orang. Kehadiran pelajar bagi
bulan mac mencapai 90 %. PPD telah menetapkan target peratus kehadiran
tahunan sebanyak 92%.
Makluman

5.3.2 Encik Firdaus daripada YaPEIM telah menyumbangkan peruntukan bantuan


sebanyak Rm100 kepada 50 orang pelajar. Wang ini akan diterima pihak sekolah
mulai 27 April.
Makluman

5.3.3 Ustazah Rohaniyah telah menghantar permohonan bantuan kepada MUIP,


Agrobank dan Bank Rakyat. Namun setakat yang terkini, hanya Bank Rakyat
yang telah memberikan respon dengan menyumbangkan sebanyak Rm34900.
wang ini telah disimpan di dalam akaun surau sekolah.
Makluman

5.3.4 Asrama lelaki terkini hanya berkapasiti 70 orang. Asrama lelaki yang dapat
digunakan hanyalah aras 1, manakala aras 2 dan 3 mengalami masalah
kebocoran dan tidak dapat digunakan. Isu ini telah dibawa ke PPD dan JPN.
Makluman

5.3.5 Surat permohonan pelupusan katil dan tilam harus diserahkan semula setiap 6
bulan ke PPD.
Tindakan: Unit Hem

5.3.6 Melaksanakan majlis tadarus quran dalam kalangan guru dan pelajar, program
bacaan surah tertententu dalam kelas dan menggalakkan pelajar untuk solat
zohor di surau.
Tindakan: Unit Bina Insan

5.3.7 Koperasi SMK Seri Rompin telah melalui penjenamaan semula dan telah berdiri
sebagai sebuah koperasi baharu bermula tahun 2022.
Makluman

5.3.8 Jumlah pelajar yang menerima biasiswa dan yayasan pahang seramai 182 orang
pelajar. Makluman

5.3.9 Kontrak kantin selama (2+1) tahun dan tamat pada tahun hadapan.kadar sewa
kantin terkini ialah Rm300. Aduan telah diterima dalam kalangan guru dan pelajar
yang menyatakan harga makanan mahal, namun kualiti makanan yang
disediakan adalah terbaik.
Makluman

5.3.10 Laporan daripada unit 5K menyatakan bahawa sekolah mengalami masalah


ganguan anjing, terdapat pintu pagar yang berlubang dan ini merupakan punca
anjing luar dapat masuk ke sekolah Makluman

5.3.11 Kecemerlangan telah diraih daripada Program Kitar Semula Squad apabila SMK
Seri Rompin berjaya merangkul naib johan peringkat negeri.

3
Makluman
5.3.12 Cikgu Faizah telah dilantik untuk menguruskan tabung kebajikan pelajar.
Makluman

5.4 TAKLIMAT UNIT PENTADBIRAN

5.4.1 Pada tahun ini, sekolah telah melaksanakan 2 minggu kelas PDPR dan sekolah
dibuka sepenuhnya mulai 4 April 2022. Kita juga berjaya mengekalkan 4 kelas
tingkatan satu dan ini menunjukkan bahawa sekolah kita mendapat sambutan
daripada ibu bapa yang tinggal berdekatan sekolah untuk mendaftarkan anak
mereka di SMK Seri Rompin.
Makluman

5.4.2 SMK Seri Rompin telah tergolong dalam G30, iaitu sekolah menengah terpilih
negeri Pahang yang menyumbang kepada peningkatan GPS negeri.
Makluman

5.4.3 Sekolah mengalami defisit bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 2 orang.
Makluman

5.5 TAKLIMAT UNIT KAUNSELING

5.5.1 Unit kaunseling telah mengadakan satu program untuk pelajar SPM iaitu Road
Tour. Pkp akan pergi dari kelas ke kelas untuk memberikan motivasi dan
suntikan semangat kepada pelajar SPM.
Makluman

5.5.2 Mengadakan program seminar bagi subjek kelas-kelas peperiksaan


Tindakan: kaunselor

5.5.3 Program guru penyanyang telah dilaksanakan pada hari pertama persekolahan
Makluman

5.5.4 Unit Kaunseling telah memuat naik ucapan selamat hari lahir setiap bulan kepada
guru-guru dan pelajar. Ucapan ini dimuat naik dalam kumpulan whatsapp pelajar
dan guru.
Makluman

5.5.5 Unit kaunseling pernah mengadakan program perkampungan ilmu, iaitu beberapa
orang pelajar terpilih akan dihantar ke sekolah tertentu yang telah dirunding
secara usahasama. Program ini bertujuan memberikan peluang kepada pelajar
kita menimba pengalaman belajar di luar daripada SMK Seri Rompin.
Makluman

5.5.6 Jumlah terkini pelajar SPM ialah 30 orang.


Makluman

5.6 TAKLIMAT KETUA BIDANG MATEMATIK DAN SAINS

5.6.1 Bilangan terkini guru dibawah bidang ialah 12 orang iaitu 11 orang guru tetap dan
1 orang guru praktikal. Terdapat 2 subjek teras iaitu matematik dan sains, dan
juga 4 subjek elektif iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan. Subjek-
subjek elektif ini hanya diambil oleh pelajar kelas 4 ibnu sina dan 5 ibnu sina
sahaja. Pelajar yang diberikan kebenaran untuk mengambil subjek elektif
diputuskan setelah mereka mengambil ujian psikometrik .

4
Makluman

5.6.2 Mengadakan program Bulan Sains dan Matematik peringkat sekolah


Tindakan: KB

5.6.3 Wang terkini sebanyak Rm7000+ haruslah segera digunakan untuk membeli
peralatan dan membiayai program dibawah bidang matematik dan sains
Tindakan: KB

5.6.4 Guru Fizik dan Biologi memaklumkan supaya meja yang reput di makmal fizik dan
biologi segera dibaiki bagi memastikan keselesaan belajar.
Tindakan: Pentadbir

5.7 TAKLIMAT KETUA BIDANG BAHASA

5.7.1 Bilangan terkini guru ialah 15 orang yang terdiri daripada guru subjek Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan Bahasa German. Bilangan guru
opsyen bagi Bahasa Inggeris ialah 3 orang. Bilangan guru opsyen Bahasa Melayu
ialah 2 orang. Bilangan guru Bahasa Arab seorang dan bilangan guru Bahasa
German ialah seorang . Pada masa ini, kelas Sains Agama bagi tingkatan 4 tidak
ditawarkan. Baki terkini wang ialah Rm3000+.
Makluman

5.8 TAKLIMAT KETUA BIDANG KEMANUSIAAN

5.8.1 Terdapat 9 panitia dibawah bidang kemanusiaan iaitu Panitia Pendidikan Islam,
mp Pendidikan Al Quran dan Sunnah, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Panitia Geografi, Panitia Sejarah, Panitia Seni Visual, Panitia Pendidikan Moral,
dan mp Syariah Islamiah. Semua panitia ini terlibat dengan subjek SPM kecuali
KKQ dan Pjpk. Bilangan guru adalah seramai 17 orang. Baki terkini wang panitia
Pendidikan Islam ialah sebanyak Rm200+. LMS Sejarah dan Bahasa Melayu bagi
SPM 2020 ialah 100%
Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pengetua menyatakan bahawa setiap guru haruslah menepati masa menghadiri
mesyuarat. Penetapan waktu mesyuarat haruslah mengambil kira waktu untuk guru-guru
rehat dan solat terlebih dahulu

6.2 Ustaz Zulkifli memaklumkan bahawa bilik SPBT mengalami masalah pendawaian dan
terdapat beberapa soket yang rosak.

6.2 Pengetua telah merancang untuk mengadakan mesyuarat guru pada hari khamis 21 April
pada pukul 2.30 petang

6.0 PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.55 petang dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli
yang hadir dan bacaan tasbih kaffarah.

5
Disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................... ........................................
( BAHARUDIN BIN ALIAS ) ( AZMIAH BINTI ABD AZIZ )
Setiausaha Mesyuarat Pengurusan G10 PK Pentadbiran
SMK Seri Rompin. SMK Seri Rompin
Kuala Rompin, Pahang. Kuala Rompin, Pahang.

You might also like